Thursday 11 April 2024

Siri 2 : Zamri dengan Mentaliti Zakarismenya

 


Siri 2 : Zamri dengan Mentaliti Zakarismenya


Bahagian Kedua: Bukti- bukti lanjutan Fitnah dan Nista Zamri terhadap sembahan orang Hindu/ Sivalinga.(Lanjutan daripada Siri 1.)


Para rakyat Malaysia, Para Mukmin yang Dihormati,

Salam Sejahtera kepada semua.                                                                                Zamri Vinoth menghina sembahan orang Hindu atas alasan hendak menjawab seseorang.

Siri 1 : Zamri dengan Mentaliti Zakarisme, (http://sivasiddhi.blogspot.com/2021/03/zamri-dengan-mentaliti-zakarismenya.html / Sila baca dahulu jika belum baca)


Ringkasan Siri 1

Metodologi Zamri Salah/ Fitnah / Nista

  1. Pilihan maksud linga yang salah.

  2. Tafsiran/Rujukan Zamri daripada Sumber Bukan Hindu/Ateis.

  3. Mengapa Teks Siva Purana Asal/ Autentik  daripada Sanskrit tidak dirujuk? (cetakan sebelum British)

  4. Kelayakan Zamri untuk Membincangkan Kitab Hindu?

  5. Dosa Menghina Sembahan Orang.

  6. Tiada satu mantra (Kitab Saiva Agama) yang menyebut maksud Zamri dalam penyembahan Sivalinga.

Cabaran kepada Zamri dalam Siri 1.

Cabaran-cabaran sebelum ini tidak pernah disahut/ dijawab oleh samada Zamri Vinoth, Firdaus Wong (pernah mencabar tetapi tidak mahu menyahut cabaran sendiri) ataupun Ahmad Iqram (Video berkaitan hina agama Hindu). Namun, saya mencabar lagi, khas mengenai tajuk Sivalinga.

  1. Sila berikan sekurang-kurangnya SATU mantra yang digunakan oleh orang Hindu semasa upacara penyembahan Mahadewa Siva dalam bentuk Sivalingga yang diucapkan perkataan-perkataan yang berdefinasikan alat sulit yang menjurus kepada unsur seks/nafsu. Contohnya  seperti ‘Oh alat sulit…’, ;Oh…’. 

  2. Berikan satu ayat atau mantra daripada Kitab Hindu Autoriti Saiva Agama yang mengatakan Lingga ialah alat sulit.

  3. Tunjukkan siapakah itu individu yang dikatakan  J.L. Shastri dan buktikan agama dia  ialah Hindu seperti klaim anda dalam program anda itu.

Seperti biasa, memang saya tidak harap anda akan berani menyahut cabaran ini dan berikan bukti.

Zamri tidak pernah menjawab cabaran ini. (Sejak Mac 2021)

……………………..

Siri 2 : Bukti- bukti lanjutan yang menunjukkan/ membuktikan  Fitnah dan Nista Zamri terhadap sembahan orang Hindu/ Sivalinga.

1. Sumber Zamri tidak Sahih

a.Rujukan Zamri Sumber Palsu.

Ke semua klaim Zamri yang didedahkan setakat ini datang daripada sumber alihbahasa oleh Missionari Barat. Atau ‘kitab’ yang disusun pada zaman British. Tiada satu pihak yang mempunyai agenda penukaran agama akan membantu agama tertentu untuk alihbahasa sesuatu kitab secara tulin/sahih tanpa minda prejudis. Didapati penukaran perkataan tertentu seperti linga (huruf Sanskrit) dilakukan/berlaku secara meluas, maka teks alihbahasa sudah pasti tidak boleh diguna pakai sebagai autoriti rujukan agama tertentu. Dalam hal Sivalinga kesemua ‘bukti’ zamri tidak boleh pakai sama sekali, kecuali jika dia merujuk kitab autoriti seperti Kitab  Saiva Agama. Apakah dalam agama baharu Zamri, kaedah menggunakan sumber anti agama /dia ini boleh pakai/ dikira di pihak benar?


b.Purana bukan autoriti rujukan penyembahan Sivalinga. Purana dihafal oleh pendita setelah dicakapkan oleh pendita lebih awal kemudian disusun dalam bentuk cetakan pada zaman British. Purana ialah sejarah klasik berkaitan sesuatu peristiwa yang berlaku, kejadian pelbagai isu. Terdapat banyak purana telah diselitkan dengan unsur anti Hindu oleh kumpulan yang beragenda seperti penterjemah barat. Penggunaan Purana harus ditapis sebelum diguna pakai.


c.Kitab Autoriti Mazhab Saiva.

Penyembahan Sivalinga daripada Mazhab Siva (salah satu daripada 6 Mazhab) menggunakan 4 Veda dan 28 Saiva Agama sebagai rujukan utama/ autoriti. Dalam Saiva agama semua perkataan merujuk kepada Sivalinga ialah lambang/ tanda, dalam tulisan ia  mengunakan   लिङ्ग (lingam). Mengapa Kitab autoriti Rujukan Mazhab Siva tidak didedahkan kepada umum? Bolehkah Zamri membuktikan klaim dia menurut Kitab Saiva Agama? Tunjukkan satu ayat daripada Kitab Agama yang menyatakan klaim Zamri?


2.Kamus Jadi Kitab?

a.Kamus dirujuk seolah-olah kitab rujukan autoriti agama Hindu. Kamus hanya untuk cari maksud/ alih bahasa sahaja. Perkataan dan maksud sentiasa ditokok tambah dari masa ke semasa apabila ada keperluan mengikut masa/keadaan. Jika rujuk semua kamus berbeza sudah pasti maksud yang di rujuk itu sama. Apakah kaedah begini diterima pakai dalam agama baharu Zamri?


b.Kamus yang dijadikan 'bukti' oleh Zamri ialah versi moden zaman semasa/selepas era British di India, Sejak 1719 perbendaharaan kamus moden diselit perkataan linga sebagai Zakar dan Yoni sebagai faraj. Ini berlaku secara meluas selepas Richard Burton mengalih bahasa Kamasutra pada1883, perkataan linga ditafsir/ alih bahasa sebagai zakar manakala yoni sebagai faraj.


c.Kamus tradisi Hindu seperti Nighandu Amarakosa atau Yaksa  tidak dirujuk. Dalam kamus awal, maksud linga merujuk kepada lambang, simbol, tanda atau jantina. Tiada perkataan maksud seperti Zamri tidak wujud,  perkataan spesifik lain seperti sisna, pulinga, pumlinga, strilinga untuk jantina digunakan. Semua purana klaim Zamri tiada perkataan spesifik berkenaan untuk membuktikan klaim dia.


3.Terminologi Lingam vs Limgam dan tulisan Sanskrit.

a.Dua terminologi ini disalahguna oleh pengalihbahas/ pentafsir barat secara meluas dalam memanipulasi kitab Hindu untuk tujuan memenuhi agenda mereka.


Perkataan Lingam   ( liṅga).   Bermaksud tanda, simbol, atau lambang (iconism)

  Tulisan  लिङ्ग


Perkatan  Limgam  bermaksud alat sulit lelaki

   Tulisan     लिंगं 


a. ‘Kitab’ / tafsiran Biayaan British, dalam tulisan  majoriti mengunakan लिंगं , ini memang maksud alat sulit. Jika rujuk seratus buah kamus berbeza pun sudah pasti maksud yang di rujuk itu sama seperti klaim dia.


b. Kitab autoriti rujukan Mazhab Siva, ialah 4 Veda dan  28 buah Saiva Agama. Dalam Saiva Agama, dalam tulisan ia  mengunakan   लिङ्ग   bermaksud lambang atau simbol. Contoh Kamika Agama Sanskrit version , Trans. Dr. S. P. Sabharatanam.pdf page. 941/1174


c. Kesan lain 

Jika linga ditafsir kepada Zakar. Kesemua orang Hindu yang nama mereka ada perkataan Lingam akan menjadi sangat lucah. Contoh Mahalingam menjadi Mahakunji / Mahazakar. Apakah orang alim Hindu yang menyusun/ menghafal kitab Hindu lebih 5000 tahun melakukan kesilapan besar seperti ini? Tindakan fitnah Zamri merupakan penghinaan terhadap semua mereka yang mempunyai nama Linga.


4.Maksud SivaLinga

Secara umum Sivalinga ialah lambang Siva atau lambang Tuhan Mahaesa/ Mahesan. Manakala jika dikaji secara spesifik/ literali maksud Sivalinga perlu dikupas. 

Perkataan Siva ialah Tuhan Mahaesa. Manakala perkataan Linga  (  लिङ्ग  ) pula, dalam Sanskrit  Linga (Ling + Ga), iaitu Ling  bermaksud kiamat / dissolution dan Ga bermaksud ciptaan /Creation.  Semua benda/ manusia dicipta oleh Nya dan akan kembali kepada NYA.


Maksudnya ialah Mahadeva Siva ialah Tuhan Mahaesa yang berhak memberi Moksha, (manusia bebas daripada kelahiran semula), Kalau hendak mencapai moksha maka perlulah sembah Sivalinga. Setiap kali sembah Sivalinga kita perlu lihat Rudra bhaga (bahagian oblon atas Sivalinga) untuk mendapatkan anugerah daripadaNya.



5.Mana Pramana/ Bukti (Shat Pramana)?

Semua ilmu / info yang disusun dalam Smriti berdasarkan 6 Pramana/ bukti/Proof. Sesuatu info itu hanya akan diterima sahih setelah dinilai oleh sebuah Sanggam/ Jabatan /Pertubuhan di ketuai oleh tokoh agama. Dalam kes Zamri. Dia perlu membuktikan kesemua 6 Pramana untuk klaim sedemikian. (Kisah gajah dengan 6 orang buta). Apakah Zamri telah membuktikan kesemua 6 Pramana itu kepada pihak berkuasa? Kalau ya, sila umumkan kepada orang ramai, terutamanya umat Hindu.



6.Lebih 1200 Laporan dan Kesnya ditolak. (Kita hormati keputusan pihak berkuasa)

Menurut Press Conference Zamri di pejabat Hanif Khatri, 8/3/24, pengakuannya sendiri, Kesnya ditolak setelah dia tunjukan ‘semua bukti’ kepada pihak berkuasa. Jika benar, mana satu ayat/ bab daripada Kitab Autoriti Mazhab Siva yang telah menyakinkan pihak berkuasa untuk tiada tindakan?

Bolehkah atau beranikah  Zamri umumkan/dedahkan kesemua ‘bukti’ secara terbuka supaya semua rakyat Malaysia dapat melihat kejujuran dan integriti beliau. Jika Zamri berbuat demikian, ia akan 'menaikkan' nama beliau, masyarakat Hindu juga akan faham kitab mereka dan semua orang berpuas hati…


7. Persoalan.

a.Apakah seorang bukan beragama berkenaan/tertentu boleh buat klaim keatas agama lain seperti mana Zamri (bukan Hindu) buat klaim yang menyentuh dasar kepercayaan agama/umat Hindu terhadap sembahan Sivalinga?

b.Apakah kes Zamri ini akan membuka jalan kepada sesiapa pun boleh buat klaim terhadap agama lain?

c.Apakah modus Operandi sama seperti Zakir, melontar satu fitnah terhadap agama Hindu, kemudian senyap apabila dibuktikan fitnah itu? Kemudian melontar fitnah baharu?


SIVA LINGGA IALAH LAMBANG SIVA.                                                                    Mahadeva Siva ialah Tuhan Mahaesa yang berhak memberi Moksha, Kalau hendak mencapai moksha maka perlulah sembah Sivalinga. Sembahyanglah Sivalinga sebelum terlambat.                                                                                                 

Sekia, Salam hormat. Perpaduan ialah Kunci Survival Malaysia.

Om Namasivaya.

Sivasiddhi @ Nages                                                                                                                   

Sivasiddhi Spiritual Foundation.                                                                                                  

11 April 2024

Boleh dihubungi.... Tel... 011 23508108                                                                    Email... sivasiddhi1082@gmail.com

Siri 2 : Zamri dengan Mentaliti Zakarismenya

Bahagian Kedua: Bukti- bukti lanjutan  Fitnah dan Nista Zamri terhadap sembahan orang Hindu/ Sivalinga. (Lanjutan daripada Siri 1.)

https://sivasiddhi.blogspot.com/2024/04/siri-2-zamri-dengan-mentaliti-zakarisme.html

Ps. 1. Ada kumpulan serpihan dikalangan masyarakat India tertentu yang klaim mengenai Kaabah dengan Sivalinga, ia tiada kaitan atau tidak mewakili pandangan 1.6 juta orang Hindu di Malaysia, orang Hindu tiada agenda tertentu untuk kelirukan sesiapa pun. Malahan orang yang bertukar agama hanya tanggung dosa sendiri, masyarakat Hindu umum tidak menanggung dosa itu. Maka tiada keperluan untuk klaim sedemikian.

2. Ada juga kumpulan serpihan dikalangan orang India yang mengaitkan Sivalinga dengan alat sulit, contohnya agama jumpaan terbaharu sejak kebelangkangan ini iaitu "Agama Tamil" dikalangan segelintir orang Tamil pengikut taksub dari Tamil Nadu, India.  Pandangan kumpulan sebegini ini tidak mewakili umat Hindu majoriti yang berpegang kepada Kitab Rujukan Autoriti Mazhab Siva, iaitu  4 Veda dan 28 saiva Agama. Malahan kumpulan seperti ini mengaku mereka itu BUKAN Hindu.

3. Umat Hindu. Kesemua masalah ini timbul/ orang seperti Zamri, Zakir, Firdausdll mudah memanipulasi kitab Hindu hanya kerana sikap orang Hindu yang mengabaikan Sanskrit, Veda dan Agama. Perlu diingatkan bahawa Sanskrit, Kitab Saiva Agama dan Veda diberi oleh Siva Peruman sendiri melalui sruti/revelation. Menolak Sanskrit/ Kitab Agama/ Veda bermaksud menolak Siva Peruman, ia akan jadi nista (Siva ninthanai) terhadap Dia. 

Rujukan

1.Shiva Linga Dan Konsep Tuhan. http://sivasiddhi1082.blogspot.com/2018/02/shiva-linga-dan-konsep-tuhan.html

2. Kamika Agama, Purva Pada.

Kamika Agama, Purva Pada, Trans, Dr. S.P. Sabharatanam

3. Apakah Motif Sebenar Zamri? Serangan Terhadap Agama Hindu?

 https://sivasiddhi.blogspot.com/2024/04/apakah-motif-sebenar-zamri-serangan.html

4.https://en.wikipedia.org/wiki/Lingam




Rujukan Tambahan

Mana kredibiliti,  integriti dan maruah Firdaus Wong, Zamri,... (anak murid Zakir)  untuk menjawab perkara yang diungkitkannya sendiri ?                                                     1.Menyahut Cabaran Firdaus https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/menyahut-cabaran-firdaus-wong-wai-hung.html

2.CABARAN TERBUKA KEPADA ZAKIR NAIK DAN SEMUA ANAK MURIDNYA. https://www.facebook.com/1637620529880484/posts/2029297564046110/ http://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/cabaran-terbuka-kepada-zakir-naik-dan.html

3.Berani kerana Benar https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/berani-kerana-benar-kronologi-cabaran.html

4.Salah Siapa? https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/salah-siapa.html             

5.Malu apa Awongku! https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/malu-apa-awongku.html 6.Ahmad Iqram Mohd Noor menghina agama Hindu.  TUHAN RAMA MAKAN DAGING LEMBU….Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3 January 18, 2019. Ahmad Iqram Mohamad Noor http://cintaimalaysiaku.blogspot.com/2019/01/anda-biadab-kerana-menghina-agama-1.html                                                                                                  7. Zamri Vinoth Kalimuthu Sembah Batu? https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/09/zamri-vinoth-kalimuthu-sembah-batu.html       

8. Jangan Jadi ‘PANDAI’  Bersama Zamri! https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/10/jangan-jadi-pandai-bersama-zamri.html 

9.Zamri Vinoth Tunjuk 'Pandai' Lagi. https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/12/zamri-vinoth-tunjuk-pandai-lagi.html

Fitnah dan Nista Zakir 

1. A Demand for Public Apology from  Zakir for Insulting Hinduism. 

http://sivasiddhi.blogspot.com/2018/02/an-open-letter-to-drzakir-naik-hindus.html

2. Kepada Orang yg Mempertuhankan Zakir.

http://sivasiddhi.blogspot.com/2017/05/kepada-orang-yang-mempertuhankan-zakir.html


3. 4 Soalan Membongkar Kebodohan Zakir 

http://sivasiddhi.blogspot.com/2018/02/4-soalan-yang-membongkar-pembohongan.html


4. Zakir's Modus Operandi 

http://sivasiddhi.blogspot.com/2017/05/zakirs-modus-operandi-on-religion.html


5. Dilemma Muslim… 

http://sivasiddhi.blogspot.com/2017/05/dilema-muslim.html


6. Warkah Terbuka untuk Muslim 

http://sivasiddhi.blogspot.com/2017/05/warkah-terbuka.html


7. Lies of Zakir on Hinduism 

http://sivasiddhi.blogspot.com/2016/05/lies-of-zakir-on-hinduism.html



Tuesday 2 April 2024

Apakah Motif Sebenar Zamri? Serangan Terhadap Agama Hindu?

Apakah Motif Sebenar Zamri? Serangan Terhadap Agama Hindu?

Apakah isu Sivalinga ialah suatu Percubaan atau Strategi untuk Memusnahkan Keimanan Orang Hindu? Apakah ini ialah serangan terancang terhadap agama Hindu? Apakah semua pihak berkuasa berwajib sengaja menutup sebelah mata?

Bagaimana Acuan begitulah bentuk kuih...

2014 - Dimulakan oleh Zakir dengan serangan terhadap Kitab suci Veda. Sejak 2017 hingga kini, anak muridnya, Zamri menyerang Tuhan Mahaesa, Siva. Modus operandi mereka nampak sama sahaja, melontar sumber palsu kepada umum, khusus kepada masyarakat  Hindu dengan tujuan untuk kelirukan, menimbulkan resah dan gelisah,dll. Apakah agenda tersembunyi mereka?


Modus Operandi

Kemukakan Ayat suci Kitab Hindu Yajurveda 40.9 yang ditafsir PALSU (Zakir dan kuncu-kuncunya seperti Firdaus Wong, dll)

Mereka cuba membuktikan bahawa menyembah Tuhan dalam bentuk berimej/ berhala itu salah. Dan mendakwa orang Hindu sudah menyimpang daripada Veda.


Ditafsirkan salah. (Palsu) Nista oleh Zakir.

Yajurveda 40.9 : “Mereka masuk dalam kegelapan, yang menyembah elemen alam  (asambhuti) seperti  udara,air,api dsb. Mereka masuk ke kegelapan yang lebih dalam,yang menyembah benda ciptaan (sambhuti) seperti gambar,kerusi,... patung.”


Sloka Lengkap yang Sebenar. (Sahih)

Yajurveda 40.9 : “Mereka masuk dalam kegelapan, yang menyembah  dalam bentuk tanpa imej  (asambhuti)  SAHAJA. Mereka masuk ke kegelapan yang lebih dalam, yang hanya menyembah  dalam bentuk imej (sambhuti) SAHAJA”

Yajur 40.10 : “Sembah Tuhan dalam bentuk tiada imej (asambhuti)   dan sembah Tuhan dalam bentuk berimej (sambhuti)  dapat hasil yang berbeza”.

Yajur 40.11 : “Dan HANYA mereka yang  mempercayai kedua - dua bentuk  Tuhan ,tiada imej dan berimej  ialah penganut yang sebenar, akan sampai ke pangkuanNya.”


Tafsiran Sebenar.

Mantra itu sebenarnya menyatakan Tuhan dalam bentuk tiada imej  (asambhuti/ formless/arupam) dan berimej (sambhuti/form/rupam). Jangan sembah sambhuti atau asambhuti  sahaja secara berasingan dengan menolak salah satu. Hasil menyembah Tuhan dalam bentuk  asambhuti berbeza dengan sembah dalam bentuk  sambhuti. Jadi sembah Tuhan dalam kedua - dua bentuk sambhuti dan asambhuti. Keimanan sebenar ialah mempercayai Tuhan Mahaberkuasa, Tuhan yang tidak berupa mampu dan boleh mengambil sebarang rupa atau bentuk. Orang yang hanya PERCAYAI salah satu bentuk sambhuti atau asambhuti  SAHAJA sebenarnya dalam kegelapan. Orang yang percayai Tuhan Mahaberkuasa, mampu dan boleh menjelma dalam bentuk  sambhuti dan asambhuti  akan sampai kepangkuannya, Moksha/ Syurga. (Isu ini disenyapkan selepas tafsiran sah diterbitkan 2019)


Kami Rakyat Malaysia Masyarakat Hindu masih berpegang teguh dan masih meletak harapan penuh ke atas prinsip Rukun Negara. Harap memartabatkan Keluhuran perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang terutamanya dalam keadaan semasa.


Om Namasivaya.

Nages @ Sivasiddhi.

2 April 2024.

Ps. Apakah masyarakat  Hindu keliru, resah, gelisah, seperti yang dia mahukan? Mula-mula mungkin sedikit tetapi pengakhirannya dia become laughing stock... Hahaha 🤣

Poodah Andavane nalavange pakkam irukan. Hara Hara Mahadeva.


References