Wednesday 31 May 2017

Warkah Terbuka.

Warkah terbuka kepada semua orang Islam. (Semua Mukmin and Mukminah)
Wahai orang Islam ,sedarkah kamu?

Zakir menghina  semua agama lain termasuk agama Hindu.
Asri menghina agama Hindu,
Hakikatnya mereka menghina Quran,(tidak menghayati kitab sendiri.
Zakir dan Asri menghina Islam  secara tidak sedar diri.

Kitab Islam
(Q.6.108- do not insult religion...,they will insult back..., they will return to their lord...)

Jika kamu orang Islam benar -benar ikhlas/beriman terhadap agama/Tuhan kamu, Kamu sekalian patut menasihati Zakir dan Asri supaya meminta maaf kepada umat Hindu  dan mendidik kedua-dua mereka supaya bertaubat dan meminta ampun daripada Tuhan kamu ( Tuhan yang Satu).

Menurut Islam,sesiapa yang berdosa, hukuman neraka menunggu, Mufti ,pendakwah,pemimpin mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding umat Islam biasa. Hukuman pun pasti lebih besar pada hari yang ditentukan itu!

Jahanam/ azab neraka sudah pasti menunggu!

Wahai orang Islam sedarlah dari lalai.
Orang Islam yang mempercayai Zakir akan ‘fakta’ (pembohongan) mengenai tafsiran dia berkaitan kitab - kitab Hindu.  Semuanya adalah pembohongan dan manipulasi ayat-ayat kitab Hindu di putar belit dalam mencapai propagandanya.

Soalan saya.
Adakah di antara kamu orang Islam telah menghayati  dan menilai kesahihan ‘ fakta- fakta’ Zakir daripada sumbernya yang asal? Menurut kitab kamu orang Islam, adalah berdosa untuk mempercayai sesuatu informasi tanpa usul periksa dengan sendiri.

Kitab Islam.
Q.17.36- do not accept info,unless you verify it...you are responsible (49.6).

Mempercayai sesuatu secara membuta tuli akan mengundang jahanam.(azab neraka).

Wahai orang Islam. Sedarlah kamu dari ketaksuban diri.

Jika Zakir benar -benar tidak bersalah , maka dia selamat daripada azab neraka. Jika Zakir bersalah, maka setiap seorang yang mempercayainya juga  akan bersalah, maka azab neraka akan menanti semua yang mempercayai Zakir.

Maka , adalah menjadi tanggungjawab kamu sendiri untuk menyiasat dan memastikan kesahihan informasi terutamanya melibatkan keimanan dan ketaqwaan supaya terselamat dari azab neraka.
Kitab Islam
Q.17.15-no one is carrying the burden of another…

Kamu bertanggungjawab untuk diri sendiri bagi menentukan jalan ke syurga. Di antara 73 mahzab, hanya satu sahaja benar, akan masuk syurga.(Tentukanlah diri kamu berada di pihak yang benar.)

Saya prihatin terhadap Zakir,Asri dan semua orang yang mempercayai Zakir. Kalaulah Zakir bersalah?

Hanya satu cara sahaja untuk  menyelesaikan kemelut ini. Zakir mesti bertanggungjawab bagi apa yang dimulakannya.
  1. Buktikan semua pendakwaannya (claim) dan ‘fakta - fakta’ mengenai agama Hindu berdasarkan kitab asal Hindu, bukannya tafsiran sendiri.
  2. Menjawab semua pertanyaan  berkaitan agama Hindu oleh orang Hindu sendiri secara terbuka (langsung) supaya semua dakwahan/ tohmahan dapat pencerahan.
Kalau ada sebuah Mahkamah Agama Universal. Saya ingin mendakwa Zakir atas tuduhan kesalahan menghina agama Hindu.
Biar Zakir membela diri. Kalau Zakir benar,saya rasa tiada isu menghina agama Hindu lagi. Dan kamu orang Islam akan berada di pihak yang benar.

Wahai orang Islam,  kekuatan Malaysia adalah dengan perpaduan masyarakat majmuknya. Marilah sama-sama  menyelesaikan kemelut yang melanda negara tercinta kita.

Harap tidak disalah tafsir sebagai campur tangan dalam agama Islam atau menghina Islam.

Sekian.
Penganut Agama Hindu.
Om Namasivaya. 
Sri  Sivasiddhi


Sivasiddhi Spiritual Foundation  Malaysia


2 comments: