Thursday 1 June 2017

Kepada Orang Yang Mempertuhankan Zakir

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307", enable_page_level_ads: true }); </script>

 Kepada Orang Yang Mempertuhankan Zakir.

 Wahai orang Muslim yang mempercayai kata -kata Zakir sebagai benar dan tidak menghina agama lain atau tidak bercanggah dengan agama Islam, maka kamu juga menerima metodologi/pendekatan Zakir memetik ayat -ayat daripada Kitab Hindu, kemudian membuat andaian dan tafsiran sendiri berdasarkan pemahaman sendiri. Seterusnya membuat kesimpulan yang memihak kepada agama Islam dengan menuduh penganut Hindu sebagai telah terpesong daripada ajaran sebenar.
Jika pendekatan Zakir dikira ilmiah apabila  saya mengunakan kaedah Zakir  dan membuat tafsiran sendiri yang juga patut dikira ilmiah.  Saya dapat menyimpulkan perkara- perkara berbangkit daripada kaedah Zakir yang perlu direnung oleh masyarakat Islam.
Zakir percaya dan yakin bahawa nama Nabi terakhir telah diramalkan dalam kitab-kitab Hindu. Ini secara langsung Zakir mempercayai dan mengesahkan kesahihan Kitab kitab Hindu telah diturunkan oleh Tuhan yang satu.
1.Masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada Rukun Iman, iaitu beriman kepada al Quran dan Hadis sahaja. Tetapi kini masyarakat telah menerima Veda dll kitab, banyak yang menggunakan ayat- ayat daripada Veda. Bukankah mempercayai kitab kitab lain daripada ajaran Islam boleh menyimpangkan akidah orang muslim?
2. Amalan meramal masa depan adalah suatu perbuatan yang dikira syirik dalam Islam. Lebih lebih lagi mempercayai ramalan daripada kitab Hindu.  Jika ramalan adalah syirik, maka mempercayai ramalan juga syirik. Dengan mempercayai ramalan Zakir mengenai nama Nabi, bukankah perkara ini telah menyebabkan semua orang yang mempercayai Zakir juga turut berdosa kerana mempercayai ramalan?
3. Zakir amat yakin bahawa Nabi terakhir adalah orang yang sama yang disebut dalam kitab Hindu, dipercayai  Kalki avatar ( reinkarnasi Tuhan Vishnu) . Andaikan perkara ini benar ( pembohongan semata-mata,tiada sepatah perkataan yang menyebut nama Nabi), jika masyarakat Islam setuju dengan Zakir dan menerima Nabi adalah Kalki , maka wahai orang Muslim renunglah lebih mendalam.
Kalki avatar dipercayai adalah yang terakhir, tetapi ada kesemua 24 avatar yang berbeza sebelum ini. Jika pandangan Zakir dikira ilmiah, maka orang yang mempercayai Zakir harus juga mempercayai kesemua avatar Tuhan Vishnu yang lebih awal sebagai Nabi - Nabi Islam yang lebih awal. Jika ianya dikira ilmiah,maka orang yang mempercayai Zakir tiada pilihan lain melainkan menerimanya. Oleh hal yang demikian, orang Islam juga harus membuka minda lebih dalam  sedikit.
Dikalangan 24 avatar yang diambil oleh Vishnu, ada diantaranya bukan manusia ,contohnya Kurma ( penyu), Matsya(ikan) dan Varaha(babi). Persoalannya, adakah masyarakat Islam yang percaya Zakir menerima bahawa Nabi - Nabi Islam  itu mungkin juga terdiri daripada kalangan haiwan, lebih - lebih lagi babi? (Varaha avatar- Ada orang Hindu tidak makan babi kerana Tuhan Vishnu mengambil reinkarnasi ini.) Babi dikira haram dalam agama Islam. Adakah seorang Nabi Islam yang awal telah dilahirkan sebagai babi? Adakah pendekatan Zakir boleh diterima pakai orang Islam sendiri?

Siapakah yang telah terpesong? Tepuk dada tanya selera! Tafsiran Zakir mengenai kitab Hindu tidak jauh beza dengan Salman Rushdie. Kedua-duanya tafsir ikut kepala sendiri. Tafsiran yang salah, bohong,fitnah dan nista.

Om Namasivaya.

Sri  Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation  Malaysia
31 May 2017

Rujukan
1. Kalki Purana.

No comments:

Post a Comment