Tuesday 2 April 2024

Apakah Motif Sebenar Zamri? Serangan Terhadap Agama Hindu?

Apakah Motif Sebenar Zamri? Serangan Terhadap Agama Hindu?

Apakah isu Sivalinga ialah suatu Percubaan atau Strategi untuk Memusnahkan Keimanan Orang Hindu? Apakah ini ialah serangan terancang terhadap agama Hindu? Apakah semua pihak berkuasa berwajib sengaja menutup sebelah mata?

Bagaimana Acuan begitulah bentuk kuih...

2014 - Dimulakan oleh Zakir dengan serangan terhadap Kitab suci Veda. Sejak 2017 hingga kini, anak muridnya, Zamri menyerang Tuhan Mahaesa, Siva. Modus operandi mereka nampak sama sahaja, melontar sumber palsu kepada umum, khusus kepada masyarakat  Hindu dengan tujuan untuk kelirukan, menimbulkan resah dan gelisah,dll. Apakah agenda tersembunyi mereka?


Modus Operandi

Kemukakan Ayat suci Kitab Hindu Yajurveda 40.9 yang ditafsir PALSU (Zakir dan kuncu-kuncunya seperti Firdaus Wong, dll)

Mereka cuba membuktikan bahawa menyembah Tuhan dalam bentuk berimej/ berhala itu salah. Dan mendakwa orang Hindu sudah menyimpang daripada Veda.


Ditafsirkan salah. (Palsu) Nista oleh Zakir.

Yajurveda 40.9 : “Mereka masuk dalam kegelapan, yang menyembah elemen alam  (asambhuti) seperti  udara,air,api dsb. Mereka masuk ke kegelapan yang lebih dalam,yang menyembah benda ciptaan (sambhuti) seperti gambar,kerusi,... patung.”


Sloka Lengkap yang Sebenar. (Sahih)

Yajurveda 40.9 : “Mereka masuk dalam kegelapan, yang menyembah  dalam bentuk tanpa imej  (asambhuti)  SAHAJA. Mereka masuk ke kegelapan yang lebih dalam, yang hanya menyembah  dalam bentuk imej (sambhuti) SAHAJA”

Yajur 40.10 : “Sembah Tuhan dalam bentuk tiada imej (asambhuti)   dan sembah Tuhan dalam bentuk berimej (sambhuti)  dapat hasil yang berbeza”.

Yajur 40.11 : “Dan HANYA mereka yang  mempercayai kedua - dua bentuk  Tuhan ,tiada imej dan berimej  ialah penganut yang sebenar, akan sampai ke pangkuanNya.”


Tafsiran Sebenar.

Mantra itu sebenarnya menyatakan Tuhan dalam bentuk tiada imej  (asambhuti/ formless/arupam) dan berimej (sambhuti/form/rupam). Jangan sembah sambhuti atau asambhuti  sahaja secara berasingan dengan menolak salah satu. Hasil menyembah Tuhan dalam bentuk  asambhuti berbeza dengan sembah dalam bentuk  sambhuti. Jadi sembah Tuhan dalam kedua - dua bentuk sambhuti dan asambhuti. Keimanan sebenar ialah mempercayai Tuhan Mahaberkuasa, Tuhan yang tidak berupa mampu dan boleh mengambil sebarang rupa atau bentuk. Orang yang hanya PERCAYAI salah satu bentuk sambhuti atau asambhuti  SAHAJA sebenarnya dalam kegelapan. Orang yang percayai Tuhan Mahaberkuasa, mampu dan boleh menjelma dalam bentuk  sambhuti dan asambhuti  akan sampai kepangkuannya, Moksha/ Syurga. (Isu ini disenyapkan selepas tafsiran sah diterbitkan 2019)


Kami Rakyat Malaysia Masyarakat Hindu masih berpegang teguh dan masih meletak harapan penuh ke atas prinsip Rukun Negara. Harap memartabatkan Keluhuran perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang terutamanya dalam keadaan semasa.


Om Namasivaya.

Nages @ Sivasiddhi.

2 April 2024.

Ps. Apakah masyarakat  Hindu keliru, resah, gelisah, seperti yang dia mahukan? Mula-mula mungkin sedikit tetapi pengakhirannya dia become laughing stock... Hahaha 🤣

Poodah Andavane nalavange pakkam irukan. Hara Hara Mahadeva.


References









No comments:

Post a Comment