Friday 4 October 2019

Jangan Jadi ‘PANDAI’ Bersama Zamri!

Jangan Jadi ‘PANDAI’  Bersama Zamri!


<script async src="https://pagead2.googles
yndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
          google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
          enable_page_level_ads: true
     });
</script>

Melalui sebuah video yang tular
di media massa, saya melihat 
Zamri berceramah. Dalam ceramah
agama itu, saudara Zamri Vinoth
mengaku beliau mati akal untuk
berfikir (tak boleh brain) semasa
kecil kerana pada masa itu beliau
sembah batu dan kemudian bagi
batu itu makan. Kedangkalan akal
fikiran Zamri menyebabkan beliau
sembah batu. Saya tidak tahu siapa
ajar beliau untuk sembah batu tetapi
setiap orang Hindu tahu dengan
jelas bahawa mereka sembah
Tuhan dalam bentuk Murthy (berhala
/ Idol). Apa yang Zamri nampak ialah
patung batu, memang benar ia patung
batu, dan dalam keadaan  malang itu,
Zamri sembah batu. Apa yang dilihat
oleh Zamri hanyalah bentuk fizikal tetapi
Zamri gagal melihat secara spiritual
(rohani). Arca (murthy) dan patung
berbeza.
Manakala, Shivalinga pula, dia ingat
alat sulit setelah memahami maksud
perkataan yang salah. Brain (Otak)
dia gagal berfungsi macam Salman
Rushdie yang tafsir kitab orang ikut
kepala sendiri.


Sembah Tuhan.
Orang Hindu sembah Tuhan dalam
bentuk Murthy (Arca). Setiap seorang
Hindu sedar dan faham dengan jelas
bahawa Murthy itu hanya digunakan
sebagai medium fokus. Orang Hindu
tahu dan sedar Tuhan juga boleh
disembah tanpa imej.


Tuhan dalam bentuk nirguna, tiada
imej atau rupa. Kita boleh sembah
Tuhan yang tiada rupa/imej dengan
cara menyebut /vak / mantra / syahadah 
Tuhan dan juga dengan ritual / solat /
pergerakan tertentu.


Tuhan dalam bentuk sarguna mempunyai
rupa.  Maka imej tertentu telah dilihat atau
avatar diketahui. Murthy dibentuk untuk
upacara ritual di kuil atau rumah. 


Shiva Linga.
Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili
Tuhan yang tiada rupa. Konsep Tuhan
dalam bentuk  Nirguna ( tiada rupa /
arupam) seperti Brahman, bentuk
Sarguna (rupa /rupam) seperti Shiva,
Krishna dll  dan rupa untuk yang tiada
rupa (arupa rupam) (Saivism) seperti
Linga mempunyai pengaruh penting
dalam agama Hindu. 


Linga ialah SIMBOL Tuhan yang tiada
rupa.  Pada zaman Kali, Shiva dikatakan
tidak akan mengambil rupa, manusia
hanya boleh sembah  tanpa rupa atau
hanya dalam simbol Linga.


Mengikut Mahabharata, pada penghujung
zaman Dwapara, Shiva memberitahu
penganutnya bahawa Dia tidak akan
menjelma dalam sebarang bentuk rupa.
Bentuk rupa wujud pada zaman Satya,
Dwapara dan Treta sahaja.


Shiva yang dikenali sebagai Rudra dalam
Veda, Upanishad dan Purana mengambil
rupa.  Tetapi pada zaman Kali, hanya
simbol Shiva Linga akan digunakan
mewakili Tuhan yang tiada rupa ,yang
Mahaesa. 


Bukti sejarah menunjukkan pemujaan
Shivalinga telah wujud sejak 3500 SM -
2300 SM. Bukti paling awal dijumpai di
Lembah Indus dalam bentuk Linga. 
Om Namasivaya.

Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation
1 Oktober 2019

Sila baca.

1. Zamri Vinoth Kalimuthu Sembah Batu?




2.Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.
(Zamri Tak Tahu)