Wednesday 31 May 2017

Dilema Muslim

Dilema Muslim ?

Orang Muslim percaya Zakir Naik bercakap benar dan  tidak hina agama lain.
Beberapa persoalan berkaitan teori Zakir berkaitan agama Hindu.
Zakir amat yakin dan percaya (undoubtly) bahawa nama Nabi telah diramalkan dalam kitab kitab Hindu. Antaranya Zakir mendakwa bahawa Kalki avatar (Inkarnasi Tuhan Vishnu) itu ialah Nabi Muhammad, Zakir menyenaraikan banyak bukti berkaitannya.

Persoalan Pertama
1.Adakah saudara/i Muslim percaya  dakwaan Zakir ini benar. Ya atau Tidak

Orang Islam hanya patut percaya al Quran dan Hadis selaras dengan Rukun Iman dalam dilema kerana terpaksa mempercayai kitab Hindu kerana Zakir amat yakin dan percaya Nabi Muhammad adalah Kalki avatar ( inkarnasi Vishnu). Bukankah ini membawa kepada kesyirikan?

Bagi orang Islam yang mempertuhankan Zakir (maaf....definisi dr maza), Saudara/i boleh teliti video dlm youtube kalau tidak percaya,sila rujuk.https://youtu.be/AM9sT80M9pk
Zakir kata 'Kalki is undoubtedly is the prophet' dalam video itu.
(Adakah Zakir sudah jadi  syirik mempercayai kitab Hindu?)


Kita andaikan jawapan saudara/i sebagai Ya bagi persoalan pertama, kerana kalau jawapannya Tidak,maka Zakir akan menjadi penipu.

Teori Zakir mengatakan Kalki avatar ialah  Nabi Muhammad.( Zakir berkata Kalki adalah messenger selaras dengan Islam ,menolak cerita inkarnasi Vishnu.)
Jika teori ini diterima , maka orang yang mempertuhankan Zakir perlu juga mempercayai kesemua 23 avatar Tuhan Vishnu yang lain sebagai Nabi-Nabi Islam yang lebih awal.

Persoalan kedua
2.Adakah saudara/i Muslim akan mempercayainya kesemua 23 avatar Vishnu ialah Nabi-Nabi yang awal?.( Adakah Zakir mengetahui sepenuhnya kitab-kitab Hindu ? Adakah Zakir mendidik orang Islam ke arah jalan yang lurus?)
Orang Muslim terpaksa menerima dan mempercayai kesemua avatar Vishnu sebagai Nabi Nabi yang lebih awal. Adakah Zakir sedar atau menyedari ?  ,akan adanya beberapa avatar Vishnu berupa haiwan, contohnya Kurma avatar (penyu).Simha avatar (singa),..Varaha avatar (babi).dll .

Persoalan ketiga
3.Adakah orang Islam menerima akan Nabi awalnya pernah mengambil rupa atau menggunakan nama berkaitan babi?
Sedangkan Islam dan babi amat bercanggahan.
(Jikalau menolak teori ini, maka Zakir akan menjadi penipu.) Adakah Zakir menipu?

Persoalan keempat
4. Adakah orang Islam/Zakir mempercayai ramalan?

Ramal dan mempercayai ramalan adalah dosa dan syirik. Mempercayai nama Nabi telah diramalkan dalam kitab yang tidak berkaitan dengan Islam merupakan dosa besar. Ia adalah perbuatan melanggar rukun imam, iaitu beriman kepada al Quran dan Hadis sahaja.

Persoalan kelima

5. Adakah Zakir menyekutukan Allah dengan Tuhan Hindu?

Menyekutukan Allah dengan Vishnu adalah dosa yang paling laknat. Perbuatan menyamakan Nabi dengan Kalki ,bukankah adalah seperti menyamakan Allah dengan Vishnu? Zakir juga pernah menyamakan Tuhan Shiva sebagai Allah.

Persoalan keenam
6.Adakah Zakir menipu mengenai Kalki avatar?

Mengikut Kalki Purana,
a.Kalki ada 2 isteri.....Nabi ada banyak isteri.
b. Kalki ada  abang.... Nabi tiada abang.
c. Ibubapa Kalki hidup sampai usia tua.....Nabi yatim/ piatu.
d.Kalki ada anak lelaki….Nabi tiada anak lelaki.
e.Kalki dan 3 companion …...Nabi dan 4 Sahabat.
f. Dll…

Persoalan ketujuh.
Adakah Zakir menipu atau benar?

Saya percaya orang yang menipu/mengubah fakta agama  adalah sama dengan orang menghina  agama,( Q.6.108), dosa, azab neraka menunggu, bagaimana yang mempercayainya?

Persoalan  untuk Semua Muslim

Adakah di antara kamu orang Islam telah menghayati  dan menilai kesahihan ‘ fakta- fakta’ Zakir daripada sumbernya yang asal?

Menurut kitab kamu orang Islam, adalah berdosa untuk mempercayai sesuatu informasi tanpa usul periksa dengan sendiri.

Kitab Islam.
Q.17.36- jangan menerima sebarang info tanpa usul periksa sendiri...kamu bertanggungjawab... (49.6).

Mempercayai sesuatu secara membuta tuli akan mengundang jahanam.(azab neraka).

Wahai orang Islam. Sedarlah kamu dari ketaksuban diri.

Jika Zakir benar -benar tidak bersalah , maka dia akan selamat daripada azab neraka. Jika Zakir bersalah, maka setiap seorang yang mempercayainya juga  akan bersalah, maka azab neraka akan menanti semua yang mempercayai Zakir.

Maka , adalah menjadi tanggung jawab kamu sendiri untuk menyiasat dan memastikan kesahihan informasi terutamanya melibatkan keimanan dan ketakwaan supaya terselamat dari azab neraka.
Kitab Islam
Q.17.15- ...tiada orang yang menanggung beban orang lain...
Q.6.108- ...mereka (bukan Islam) akan kembali kepada Tuhan mereka, Tuhan mereka akan memberitahu akan perbuatan mereka….

Kamu bertanggung jawab untuk diri sendiri bagi menentukan jalan ke syurga. Di antara 73 mazhab, hanya satu sahaja benar, akan masuk syurga.(Tentukanlah diri kamu supaya berada di pihak yang benar.)

Saya prihatin terhadap Zakir, dan semua orang yang mempertuhankan Zakir. Kalaulah Zakir bersalah?

Om Namasivaya. 
Sri  Sivasiddhi

Sivasiddhi Spiritual Foundation  Malaysia
31 Mei 2017

No comments:

Post a Comment