Saturday 21 October 2017

Surat Tuntutan Kepada Firdaus Wong Wai Hung dan MRM

Surat Tuntutan Kepada Firdaus Wong Wai Hung dan MRM

Saya/Kami mewakili  umat Hindu di Malaysia.

Melalui,
1. Malaysia Hindu Sangam.
2. Malaysia Hindudharma
    Mamandram
3. Mahaasabha, Malaysia.

Tuntutan Memohon Maaf.
Susulan kepada Surat Terbuka Firdaus Wong Wai Hung dan Team MRMnya kerana tidak dijawab. Surat tuntutan ini adalah untuk saudara Firdaus dan team MRM saudara supaya meminta maaf secara terbuka kepada umat Hindu  melalui paparan fb dan menarik balik paparan yang salah mengenai agama Hindu.Dan segala tulisan mengenai agama Hindu di masa hadapan jika ada / hendak, perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak-pihak yang tersenarai di atas atau pihak kami di Sivasiddhi Spritual Foundation. Ini adalah kerana supaya tulisan saudara tidak akan mengelirukan atau menyebabkan salah faham dikalangan pembaca mengenai agama Hindu.

Renungan Kembali: Kronologi
Perkembangan Lanjut mengenai isu  Surat Terbuka Kepada  Firdaus Wong Wai Hung dan Team MRMnya.(FWWHO) bertarikh 28/7/2017.

Setelah saya mengepos  surat terbuka itu melalui fb, saya telah hantar beberapa salinan surat itu ke pihak Firdaus Wong dalam bentuk komen (dalam beberapa paparan fb beliau, FWWHO), mesej peribadi (fb) dan melalui whatsapp (telefon). Pada mulanya beliau seolah-olah tidak menyedari/mengendahkan surat berkenaan. Tetapi setelah surat itu diutarakan dalam paparan fb beliau  dan disuarakan supaya bertanggungjawap keatas paparan umum beliau, akhirnya pihak admin Firdaus Wong Wai Hung (Official) mengeluarkan kenyataan dalam bentuk komen beliau yang menyatakan  beliau ( Firdaus) berhak untuk tidak menjawab surat terbuka berkenaan.

Petikan daripada paparan fb beliau, (FWWHO)

“Saudara …., anda boleh teruskan untuk membuat surat terbuka menjawab artikel kami kerana itu hak anda. Ianya juga hak kami untuk tidak membalasnya & hak kami untuk terus menulis. “
Admin..  Firdaus Wong Wai Hung (Official).

Saya seterusnya  cuba menghubungi rakan beliau Saudara Zamri Vinod supaya menasihatkan/ mengusahakan satu langkah harmoni untuk menyelesaikan isu ini. Namun ia tidak berhasil.

Saya terpaksa  membuat komen lanjutan di fb FWWH (O),supaya beliau bertanggungjawab ke atas pandangan/kenyataan terbuka pihak beliau mengenai paparan umum. Jika beliau berdiam diri, ini akan menjejaskan kredibiliti dan integriti beliau sebagai seorang pendakwah. Saya tidak mahu perkara sebegini berlaku kepada mana-mana pihak.

Beberapa petikan komen saya di fb FWWHO (diubahsuai)

“Firdaus Wong. …., tak nak jawap ' hak aku', tak nak  jawap atau tak tahu jawap. Inilah akibatnya kalau …...”

“Saudara - saudara Islam yang komen, renunglah sedikit.  Firdaus mengeluarkan artikel/pernyataan yang salah mengenai agama Hindu. Saya meminta beliau menjawab fitnah beliau terhadap agama Hindu. Kamu semua, kalau mukmin/mukminah yang sebenar,nasihatkanlah beliau supaya menjawab surat terbuka berkenaan. Kejujuran dan integriti seseorang itu bergantung kepada kekuatan dia memegang pada perkataan yang diutarakan. Kalau beliau benar ,suruh beliau menjawab. Sikap tidak mahu menjawab menunjukkan / boleh diandaikan   bersalah / dosa seseorang.”

“Jika seseorang membuat perbandingan cara En.Firdaus, petik beberapa ayat daripada kitab kamu, kemudian buat tafsiran berdasarkan kefahaman sendiri, seterusnya menyeru kepada umum. Adakah anda setuju ?  Apabila diminta untuk membuktikan dakwaan beliau, beliau berdiam diri.”
Berdiam diri tidak semestinya benar, banyak yang bersalah juga diam.

Dalam masa menunggu, saya juga telah menghantar satu salinan surat berkenaan kepada  Saudara Kamaruddin Abdullah melalui mesej peribadi fb beliau. Namun tiada sebarang reaksi.

Setelah hampir seminggu saya menunggu, saya cuba menghubungi beliau melalui telefon pada 3/8/2017,12.40 pm +-, beliau menjawab panggilan itu.Kami berbual hampir 20 minit, perbualan yang agak harmoni.Setelah meletakkan pandangan masing-masing , akhirnya beliau berjanji untuk berbincang mengenai perkara ini,(mencari masa untuk bertemu beliau di pejabatnya) dan akan menghubungi saya setelah sampai di pejabat. Namun sehingga kini (21 Oktober 2017),saya tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak beliau.

Ringkasan perbualan telefon.

Saya menegaskan supaya beliau perlu menjawab fitnah beliau ke atas agama Hindu.

Beliau berpegang bahawa beliau tidak salah gunakan fakta terhadap agama Hindu. Mempersoalkan terjemahan orang Hindu/saya, siapa penterjemah,buku belum habis baca,belum faham,berbeza pendapat. ( Adakah  Firdaus Wong sudah baca habis Veda,Yajur Veda, sudah faham? Siapakah Firdaus Wong untuk terjemah/persoal kitab Hindu?)

Dengan itu saya meminta beliau membuat kenyataan umum melalui fb beliau ,mengenai pendirian beliau supaya dapat menjaga kredibiliti dan integriti beliau.
Beliau berjanji akan hubungi saya setelah sampai di pejabat pada hari itu. Namun  sehingga ke hari ini ,tiada sebarang reaksi positif daripada beliau.


Ringkasan Surat Terbuka.

Saya meminta En Firdaus Wong supaya memberi bukti.
1. Y.40.9- berikan perkataan mana yang disebut ‘natural elemen, air,water,fire’, beri tafsiran untuk ayat Y.40.10-11) serta tafsiran asal teks.
2. Ayat mana dalam Kitab Hindu / Veda yang menyatakan penyembahan Tuhan dalam bentuk patung berhala (idol) itu salah (ayat sebenar,bukan tafsiran).
3. Mantra mana yang digunakan oleh orang Hindu untuk menyeru batu,patung dsb.
Ada banyak persoalan sampingan ditimbulkan / akan ditimbulkan dalam surat berkenaan.  ( untuk pencerahan ,sila baca surat pertama bertarikh 28/7/2017, rujuk #SivasiddhiSpeaks

Kesalahan - kesalahan  Firdaus Wong dan Admin FWWHO

Kesalahan Pertama.
Petik ayat di luar konteks (out of context)  disalahtafsir dan dimanipulasi berdasarkan kefahaman sendiri.
Kesalahan Kedua.
Saudara ada menyebut ayat - ayat dari Veda melarang sembahyang berbentuk idol (patung berhala)
Kesalahan Ketiga
Mengambarkan bahawa orang Hindu sembah Patung/Batu.  Lain daripada Tuhan.dll

Kesalahan 4
Shiva Lingam dikatakan sebagai alat sulit manusia.

Kesalahan 5
Veda dan Upanishad menyatakan “tidak boleh dipatungkan, tidak boleh diwajahkan”

Kesalahan 6
Percubaan kaitkan Trisula Shiva dengan simbol setan (red devil).

Kesalahan 7
Paparan fb menyebut agama Brahma.Tiada agama Brahma dalam agama Hindu

Kesalahan 8
Saudara kata ada amalan kasta dalam agama Hindu. Amalan kasta tidak pernah wujud dalam agama Hindu.



Kesalahan 9
Amalan monoteism memang asas agama Hindu, penjelmaan Tuhan dalam pelbagai bentuk rupa dilihat / disalahtafsir sebagai politeism

Kesalahan 10
Upacara Thaipusam dipaparkan sebagai upacara menebus dosa. Salah.



Adalah menjadi tanggungjawab saudara Firdaus sendiri  sebagai seseorang penulis dan pendakwah agama bagi menjamin kredibiliti, integriti dan kewibawaan diri dan team MRM dengan mempertanggungjawabkan segala setiap perkataan yang diutarakan kepada umum.

Masyarakat Muslim juga mengharapkan  Saudara  Firdaus Untuk Menjawab Surat Saya.

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa ahli komentar dalam fb FWWHO yang menyokong permintaan dan persoalan saya. Antaranya Saudara Abu Umar, Apha Mada,Habib Husuain dan Iliyas Ismail, masing - masing berharap dan menunggu jawapan daripada pihak Firdaus Wong berkaitan surat terbuka berkenaan. Terima kasih  saudara - saudara mukmin.

Saya berjanji untuk menunggu panggilan atau jawapan saudara Firdaus dan tidak akan melanjutkan surat baru. Dalam proses menunggu, Saudara Firdaus Wong Wai Hung tidak
menjawab. Tetapi,tiba-tiba beliau  paparkan satu lagi artikel baru berkaitan Thaipusam  pada 5 Oktober 2017 , paparan yang amat memesongkan fakta sebenar upacara Thaipusam.

 Jalan Penyelesaian
 Perkara ini boleh diselesaikan dalam dua cara dan disiarkan secara terbuka di fb saudara.
1. Kalau silap/salah, betulkannya dengan meminta maaf dan menarik balik semua pernyataan yang diuar-uarkan di semua paparan fb beliau. Jangan tulis lagi mengenai agama Hindu tanpa pengesahan.
2. Kalau benar, pertahankannya dengan cara menjawab semua persoalan dengan bukti - bukti sokongan secara terbuka, berdialog harmoni secara terbuka / berdebat secara terbuka ( live).


Saya mewakili umat Hindu di Malaysia menuntut supaya saudara menarik balik semua paparan saudara mengenai agama Hindu dalam paparan saudara dan memohon maaf secara terbuka melalui satu posting di paparan Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Sekian. Salam harmoni.



Om Namah Shivaya.

Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia.
20 Oktober 2017


Sk.
1. Datuk R.S. Mohan Shan,
    Presiden Malaysia Hindu
    Sangam.
2. En. Radhakrishnan, Presiden
    Malaysia Hindudharma
    Mamandram.
3. Swami Brahmananda,
    Presiden Mahaasabha,
    Malaysia.
4. Firdaus Wong Wai Hung (Official)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1737267279915808&id=1637620529880484

Link Surat Terbuka .
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1707474889561714&id=1637620529880484

Wednesday 18 October 2017

Menjawab kepada petikan [Perkembangan Agama Di India]


Menjawab kepada petikan
[Perkembangan Agama Di India] Firdaus Wong Wai Hung (Official) bertarikh 18/7/17.

Kepada Firdaus dan team MRM .Tahniah diucapkan terlebih dahulu kerana memperkenalkan Agama Hindu kepada orang Islam yang rata-ratanya tiada pengetahuan. Namun agak mendukacitakan apabila membaca keseluruhan artikel kerana ada unsur bias yang cuba mengambarkan penganut Hindu telah terpesong daripada ajaran sebenar.Saudara perlu menarik balik artikel sebegini , perlu  pembetulan dilakukan dan meminta maaf kerana menukarkan fakta.Kesalahan- kesalahan dalam artikel ini.
1. Tiada agama Brahma. Agama Hindu / Sanatana Dharma / Arya Dharma . Vedanta membawa unsur Brahmanisme ,Bukan agama Brahma. Brahma ialah Trimurthi selain Vishnu dan Shiva. Brahman ialah Tuhan yang satu.

2. Brahman bermaksud Tuhan. Tuhan tidak bernama.Penjelmaan Tuhan/Brahman ada nama seperti Brahma,Vishnu,Shiva..

3. Idea Dravida dan Arya adalah agenda British untuk memecahbelahkan masyarakat India untuk memudahkan penguasaan penjajahan. Masyarakat Harapa hingga Zaman puranik sampai kini adalah masyarakat yang sama melalui evolusi masa ,budaya dan lokasi.

4.Kitab Veda  diturunkan sebagai wahyu /Sruti ( direct revelation of God). Benar seperti ditulis dalam post. Kitab ini diperolehi oleh Vyasa melalui pertapaan /meditasi dan direkodkan oleh Tuhan Ganesha pada waktu ia diturunkan. Manakala  Smriti (remembered Text / dikumpul semula setelah sekian masa yang lama)  ialah  teks dikumpul semula, huraian,tafsiran dll supaya tidak hilang dan lebih mudah difahami. Ia berasaskan syariat asal agama Hindu.Tiada unsur penambahan.

5. Amalan kasta tidak pernah wujud dalam agama Hindu. Perkataan kasta dibawa masuk / diperkenalkan oleh mubaligh Kristian Portugis untuk memudahkan pencerobohan dan dalam memesongkan akidah orang Hindu. Vasudewa Kudampakam, bermaksud setiap insan ialah ahli keluarga Tuhan. Yang wujud ialah Varna, manusia dikelaskan mengikut tahap minda. Tetapi pada waktu kemudian ia disalah tafsir dan disalahguna oleh masyarakat yang tamak kuasa sehingga lupa ajaran sebenar agama Hindu. Ia juga dimanipulasi oleh golongan penjajah agama. Brahmin ialah golongan yang mengamalkan ajaran / tuntutan agama 100% . Sesiapa yang amalkanya ialah Brahmin.
6. Untuk pengetahuan saudara.., orang Hindu tidak menyembah patung,haiwan atau pokok. Berikan ayat / mantra mana dari Kitab Hindu yang menyatakan / membuktikan bahawa orang Hindu menyembah patung…?  PERINGATAN.
Orang Hindu menyembah Brahman/Tuhan dalam pelbagai bentuk. Ini kerana Brahman Maha berkuasa,..Orang Hindu percayai Tuhan boleh menjelma., Tuhan boleh mengambil sebarang rupa,bentuk pada bila bila masa dan di mana mana saja. Kalau Tuhan tidak mampu, ia menjadikan sifat Tuhan tidak sempurna. Adakah sifat Tuhan lemah? Berikan ayat / mantra daripada kitab Hindu yang menyatakan bahawa Tuhan tidak akan atau tidak mampu menjelma…?

7. Berkenaan petikan dari Veda.... Na tasya...., saudara . Tuhan yang Esa,ia adalah kebenaran mengenai Tuhan yang disumbangkan oleh agama Hindu kepada agama lain. Orang Hindu mempercayai Tuhan yang satu,tidak berupa,tidak bernama...., kebanyakan agama kemudian meminjam dari agama Hindu.

8. Penyembahan Tuhan dalam bentuk kuil dan murthy ( patung) memang diperkenalkan kemudian oleh pendita Hindu.  Ia merupakan konsep dinamisme dan perkembangan sains dan teknologi untuk memudahkan umat manusia mendekati Tuhan. Ia berasas syariat agama Hindu. Ia diturunkan secara Sruthi. Pembinaan Kuil  membawa kebaikan kepada manusia di dunia. (Hayati Yajur 40.10 dan 11) jangan hanya cuba tunjukan Yajur 40.9 untuk tujuan manipulasi. TIADA SATU AYAT YANG HALANG penyembahan Tuhan dalam bentuk Patung Berhala.
9. Amalan monoteism memang asas agama Hindu, penjelmaan Tuhan dalam pelbagai bentuk rupa dilihat / disalahtafsir sebagai politeism oleh segelintir manusia yang tiada ilmu.
10. Kuil Brahma tidak dibina bukan kerana pengaruh Empayar Gupta atau sanskrit. Ia mempunyai sejarah tersendiri untuk tidak membinanya,kecuali sebuah kuil sahaja di Rajastan.
11. Cerita mengenai orang Arya adalah pembohongan semata- mata , perkara yang sebenar diputar belit ikut manipulasi dan propaganda penulis.
Kesimpulan
Tuhan maha mengetahui, janganlah tulis  secara prejudis. Mungkin boleh temberang dengan orang yang tidak tahu. Tetapi kamu tidak boleh temberang pada Tuhan.
Penulis cuba mengambarkan bahawa orang Hindu telah terpesong daripada ajaran agama Hindu. Tulisan begini menunjukan niat tidak baik (bad faith) penulis dengan memesongkan atau memberi gambaran yang salah kepada pembaca. Rujukan yang ditonjolkan oleh saudara tidak semestinya mewakili agama Hindu.

Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia

Saturday 14 October 2017

Menjawab Kemungkaran dan Persoalan-Persoalan Firdaus Wong Wai Hung Terhadap Ibadat Mencucuk Badan pada Upacara Thaipusam. Bah. 2

Menjawab Kemungkaran dan Persoalan-Persoalan
Firdaus Wong Wai Hung Terhadap  Ibadat Mencucuk Badan pada Upacara Thaipusam.


(Bahagian. 2 daripada 2 : Menjawap Persoalan)

Bertarikh  5 Oktober 2017 di fb.
Link fb Firdaus Wong.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1316550585122591&id=285669801544013

Paparan Fb Firdaus yang bertajuk:
[Menyeksa Diri Untuk Mendekatkan Diri Dengan Tuhan: Ia Anjuran Agama?]

Tajuk paparan itu sendiri menunjukkan niat buruk  ( bad faith)   Firdaus terhadap agama-agama lain termasuk agama Hindu.

Menjawab Persoalan - Persoalan Firdaus Wong dan MRMnya

Persoalan 1
a)..terdapatkah sumber atau ... kitab suci utama menganjurkan ritual mencederakan diri untuk diampunkan dosa?

Jawapan: Tidak. Tiada kitab Hindu menyuruh mencederakan diri ,kerana tiada unsur mencederakan  (mortification of flesh) atau meminta ampun ( redeem sins) dalam Thaipusam. 
Kitab Skanda Purana ada menjelaskan bagaimana Idumban melakukan ibadat ini paling awal, kemudian disambut sebagai Thaipusam. Ia juga menjelaskan kebaikan membuat ibadat Thaipusam.
Upacara ( ritual) berasaskan Kitab Veda, bahagian Karma Khanda dikenali Upasana. Ritual adalah sebahagian dari agama.
Unsur mencederakan diri untuk memohon ampun (mortification of flesh ) wujud dalam agama Abraham BUKAN Hinduisme.

 b)Adakah ia simbolik semata-mata?
Jawapan: Tidak. Tiada unsur simbolik. Ia ialah unsur ketakwaan dan keimanan kepada Tuhan. Meliputi unsur sejarah dan penjelasan tersendirinya.

c)Adakah agama ini terbina dengan simbolik-simbolik tersebut dan kemudian hari generasi seterusnya juga akan membina simbolik-simbolik ritual yang baru yang boleh menenggelamkan ritual yang ada sekarang. 
Jawapan: Tidak. Agama Hindu wujud secara abadi, sebab itu ia dikenali Sanathan Dharma ( Undang-undang Abadi). Upacara ritual hanyalah satu bahagian kecil dalam Hinduisme. Setiap satu ritual ada hikmahnya, tiada yang menenggelamkan yang lain. Tetapi ada unsur dinamisme untuk menambah baik selagi tiada unsur melanggar syariat asas  agama Hindu.

Persoalan 2

a)Dan adakah mereka membina ritual ini hanya berfalsafah untuk mendekatkan diri dengan Tuhan atau untuk diampuni dosa mereka dengan menganggap dengan menyakiti diri maka ia boleh menebus dosa?
Jawapan: Ritual adalah sebahagian daripada cara mendekati Tuhan, dan tiada unsur meminta ampun dalam ritual Thaipusam.

b)Tidakkah hal ini lebih dipandu oleh beragama dengan hawa nafsu?
Jawapan:Tidak. Mengawal hawa nafsu merupakan langkah awal utama yang wajib dipenuhi sebelum menyertai upacara Thaipusam. Berpuasa 48 hari, Tidur berasingan untuk mengelakkan sebarang hubungan kelamin,tidur atas tikar biasa, memakan makanan sayuran dengan ala sekadar sahaja. Mengawal minda daripada tidak memikirkan unsur bernafsu ,hanya bertafakur,meditasi,sembahyang sahaja.

Persoalan 3

Adakah ritual sebegini hanya berdiri di atas emosi, elemen sedih dan mengharapkan pengampunan semata-mata?

Jawapan:  Tiada unsur emosi, ianya ketakwaan sepenuhnya. Tiada unsur menyedihkan,ianya nikmat, hikmah, kesyukuran semata-mata. Tiada unsur meminta ampun.

Persoalan 4
a) Malah agama juga diwajahkan seakan begitu menyeksakan. Malah kesemua mereka akan melalui hari-hari yang keras sebelum perayaan itu seperti berpantang terhadap segala keselesaan dan seumpamanya.

Jawapan:  Tiada unsur keseksaan langsung. Hanya saudara Firdaus dan team Mrm cuba memaparkan atau mewajah upacara Thaipusam sebagai menyeksakan . Saya harap saudara  tidak menulis dengan niat jahat untuk memburukkan agama Hindu.

b) Adakah itu agama? Sedangkan agama berasal dari 2 suku kata Sanskrit iaitu A dan GAMA, A bermaksud ‘tidak’ dan GAMA bermaksud huru hara.

Jawapan: Ritual Thaipusam ialah sebahagian daripada ibadah agama dan tidak bercanggah dengan kitab Hindu.
Tafsiran bagi perkataan ‘agama’ yang saudara uarkan ini sangat luarbiasa.(Mana saudara dapat tafsiran begitu?) Sila bagi rujukan untuk tafsiran saudara. Adakah tafsiran ini ciptaan Ahmad Iqram dan MRM?

Maksud agama dalam Sanskrit ialah peraturan ,doktrin atau hukum yang wajib diikuti apabila melakukan sesuatu upacara keagamaan, ia menjadi tradisi ,ianya diturunkan dalam bentuk Sruthi ( Wahyu ) daripada Tuhan yang Mahaesa melalui masa dan keperluannya. Ia diturunkan sepanjang zaman.( unsur dinamisme Hinduisme)
Perkataan gama and agama tiada kaitan langsung, cara Firdaus mentafsirkan kedua-dua perkataan itu menunjukkan kedangkalan ilmu dan mentaliti sempit saudara. Inilah akibatnya,jika berguru dengan orang yang bergantung kepada formula tadika (2+2=4). Firdaus mungkin dalam keadaan  ['huru hara' (gama) pada mulanya,kemudian setelah jumpa  huruf 'a' ( tidak) , dia menjadi ' tidak huru hara' (agama).  …tafsiran Firdaus]

 c)Maka melihat kepada ritual ini adakah ia mencapai maksud kepada makna agama itu sendiri?
Jawapan. Ya. Ritual Thaipusam mencapai maksud dan menepati makna  agama Hindu. Saudara Firdaus tidak perlu rasa sebarang kesangsian terhadapnya. Mungkin saudara Firdaus sesat dalam pencarian dan keliru dalam proses mencari ketenanganan jiwa.

Persoalan 5
Mungkin juga ritual sebegini wujud hasil dari cara manusia cuba memahami untuk mendapat kesenangan itu perlu dikorbankan dengan kesakitan dan kesusahan lalu mendorong mereka untuk bertindak mengorbankan anggota badan mereka.
Jawapan. Ritual Thaipusam wujud daripada Wahyu , bukan daripada pemikiran manusia Andaian saudara menunjukkan sifat mungkar saudara akan kebesaran Tuhan.
Andaian saudara mengenai keperluan pengorbanan untuk mencapai kesenangan itu ada kebenarannya. Tetapi bukan seperti andaian negatif saudara.Tiada sebarang anggota badan dipotong atau tercedera samada sebelum, semasa atau selepas  Thaipusam. ( Kecuali yang tidak ikut peraturan)
Setiap penganut Hindu yang terlibat dalam ritual Thaipusam banyak  berkorban  dan tidak menggunakan jalan pintas seperti dalam setengah agama. Contohnya Isis ,”golongan sesat Islam ( diakui sendiri oleh Zakir dan TPM Datuk Zahid) yang cuba guna jalan pintas ke syurga dengan membunuh” . Ada segelintir “golongan sesat ( pegebom ‘berani mati’ / pengecut) ingin menebus dosa dan masuk syurga dengan meledakkan bom  dikalangan insan tidak berdosa. Saya percaya saudara Firdaus amat arif mengenai perkara jalan pintas untuk mencapai syurga yang disalah tafsir oleh golongan sesat dalam Islam. Saudara lebih baik menumpukan perhatian untuk mendidik golongan sesat dalam Islam yang menjadi ancaman kepada umat manusia sedunia yang dicipta oleh Tuhan yang satu itu.

Pengorbanan yang dilakukan oleh penganut Hindu semasa upacara Thaipusam terdiri  daripada pelbagai segi,
a)  Masa.
     Penganut mengambil masa 48 hari maksima untuk mengambil bahagian dalam ritual Thaipusam. Setiap hari dilalui pelbagai ritual sembahyang yang mempunyai tujuan dan hikmah tertentu.
b)  Wang.
      Setiap sen yang dibelanjakan   untuk Thaipusam   datangnya dari hasil titik peluh sendiri. Bukannya daripada subsidi atau  bantuan... etc.
c)  Mengawal hawa nafsu.
Adalah salah satu prasyarat
utama yang wajib dipenuhi
bagi setiap penganut yang
akan menyertai upacara Thaipusam.
d)  Keseronokan.
     Mengawal diri daripada sebarang keseronokan ,  hiburan, minuman alkohol dsbnya. Tumpuan pada sembahyang
 diutamakan.
e)  Berpuasa.
    Puasa ada hikmahnya. Begitu juga puasa orang Hindu sebagai persediaan Thaipusam. Ada beberapa jenis puasa diamalkan.
    i).    Makan vegetarian sahaja.
    ii).   Makan vegetarian ala
           sekadar sekali sahaja
           dalam sehari.
     iii). Makan buah dan minum
           susu sahaja ala sekadar.
     iv). Minum air sahaja dalam
           sehari.
      v). Langsung tidak makan
           atau  minum sehingga
           ritual Thaipusam selesai.

Kesemua cara puasa ada hikmah atau tujuan tertentu akan diamalkan pada masa tertentu.Tidak ada yang rasa seksa atau dipaksa. Ia dilakukan atas dasar keimanan dan ketakwaan terhadap Tuhan. Kalau anda yang berpandangan sempit ingat ia sebagai seksaan, itu adalah kemungkaran diri sendiri terhadap Tuhan yang Mahaesa. Puasa yang diamalkan oleh saudara dalam Islam sangat berbeza dengan puasa orang Hindu.

Kesimpulan
Untuk pengetahuan saudara Firdaus, orang Hindu melakukan ibadah Thaipusam dengan penuh ketakwaan, penuh kesyukuran, menikmati kebesaran Tuhan dan menghayati hikmah Dewa Murugan. Tiada sebarang unsur seksa,menyakitkan atau menyusahkan.
 Setiap orang Hindu amat menghormati agama lain. Tetapi mentaliti segelintir orang Muslim seperti  Saudara Firdaus dan anak buah pimpinan saudara tidak faham agama orang lain seperti agama Hindu. Mentaliti sempit,membuat pelbagai andaian seperti:
a. Ingat orang Hindu sembah
    patung, batu dll.
b. Ingat  upacara nazar
    Thaipusam itu menyeksakan.
c. Ingat orang Hindu  akan masuk
    neraka.
d. Ingat orang Hindu sebagai kafir,
    tidak sembah Tuhan.
5....dll

Kami orang Hindu tiada masalah jika itu ialah pandangan saudara. Sebabnya, kami tahu kami hanya perlu menjawab kepada Tuhan dan Tuhanlah pengadil yang muktamad di akhirnya nanti.
Mentaliti sempit begini  boleh menyebabkan anda menyimpang daripada ajaran agama sendiri. Walau apa pun pegangan agama anda, anda tidak sepatutnya membuat perbandingan dan pentafsiran sendiri berdasarkan agama sendiri. Ini kerana ia akan bercanggah dengan agama anda sendiri dan etika perbandingan agama.

Saudara hayatilah kitab kamu.
Dalam al Quran  ada disebut:
a)  manusia tidak boleh
     melampau…” (anda telah
     melampaui batas) (Surah al
     Maidah: 87)
b)  ….jangan hina (bandingkan
     dengan niat jahat) agama  lain
      ...( Q.6.108)
c)  ….setiap info perlu dikaji
     sebelum mempercayainya
     (sebelum post di fb)...(Q.17.36)
d) ...

Nasihat Kepada Firdaus Wong dan Team RnD MRM.
1. Fokus dalam menambah baik ilmu agama sendiri dan mempraktikkan dengan ketakwaan dan keimanan,bukan mengikut HAWA NAFSU.
2. Mempelajari agama Hindu dengan lebih mendalam lagi kalau hendak menulis mengenai agama Hindu. Sekurang-kurangnya dapatkan nasihat daripada yang arif, seperti senarai cc.di bawah MHDM, MHS, Mahaasabha,  SSF dll sebelum post di fb.
3. Menumpukan perhatian kepada golongan Islam yang sesat daripada ajaran sebenar seperti Isis, militan dan pengebom  dan sebagainya. Cuba didik golongan penagih dadah yang sesat itu. ( pesanan Tun Mahathir)

Jangan sibuk atau risau mengenai Thaipusam atau agama Hindu. Tidak wujud amalan dan kepercayaan pelik yang  bercanggah dengan akal dan fitrah manusia. Hanya akal fitrah saudara tidak mampu untuk menilainya. Walau apa pun,biar Tuhan menentukannya.
Didik R&D Team MRM
            saudara dengan lebih
            baik supaya tidak
            merosakkan nama
            saudara sebagai
            pendakwah.

Malaysia negara majmuk amat perlu bagi setiap rakyat untuk hormat dan menghormati sesama kita. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia.Salam hormat.

Om Saravana Bhava.

Sri Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia.
12 Oktober 2017
#SivasiddhiSpeaks

C.c.

1. Malaysia Hindudharma Mamandram
2. Malaysia Hindu Sangam
3. Mahaasabha Malaysia
4. Firdaus Wong Wai Hung
    ( Official)

Firdaus Wong masih belum menjawap Surat Terbuka.
Link.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1707474889561714&id=1637620529880484

Link Bahagian 1 daripada 2: Menjawap Kemungkaran.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1733146380327898&id=1637620529880484

Menjawab Kemungkaran dan Persoalan-Persoalan Firdaus Wong Wai Hung Terhadap Ibadat Mencucuk Badan pada Upacara Thaipusam. Bah.1

Menjawab Kemungkaran dan Persoalan-Persoalan Firdaus Wong Wai Hung  Terhadap  Ibadat Mencucuk Badan pada Upacara Thaipusam.

(Bahagian 1 daripada 2: Menjawab Kemungkaran)

Bertarikh  5 Oktober 2017 di fb.
Link fb Firdaus Wong.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1316550585122591&id=285669801544013


Paparan Fb Firdaus yang bertajuk:
[Menyeksa Diri Untuk Mendekatkan Dengan Tuhan: Ia Anjuran Agama?]

Tajuk paparan itu sendiri seolah-olah menunjukkan niat buruk  ( bad faith)   Firdaus terhadap agama-agama lain termasuk agama Hindu.

Untuk pengetahuan saudara, setiap manusia yang mempercayai kewujudan Tuhan melakukan pelbagai bentuk ibadat dengan tujuan mendekati Tuhan dan mendapatkan berkatNya. Tiada orang yang akan berasa susah atau rasa seksa apabila mengerjakan ibadah. Misalnya dalam Islam , bersunat ( memotong kulit…), berpuasa ( tahan lapar) mengerjakan haji ( mengharungi cuaca,kesesakan manusia dll). Saya rasa dan percayai setiap Muslim ( Mukmin dan Mukminah) melakukan semua ibadat ini dengan rasa penuh kesyukuran,menghayati kebesaran ,menikmati atau merasakan hikmahNya. Saya tidak tahu mengenai saudara Firdaus dan MRMnya, daripada tulisan post beliau, saya rasa beliau bersama team MRMnya mungkar dalam hal ini. Kemungkinan besar Firdaus melakukan kesemua ibadah tuntutan agamanya dalam keadaan terpaksa, rasa terseksa dan rasa menyakitkan diri dan jiwanya. Harap ada golongan arif agama dapat memberi pendidikan yang sewajarnya kepada Firdaus dan teamnya supaya bebas daripada kemungkaran.

Thaipusam.

Saudara menulis mengenai Thaipusam. Saya lihat saudara menjelaskan dengan baik walaupun ada sedikit kesalahan. “Menyembah Murugan..., nazar,[menebus dosa (memohon ampun).....SALAH], puasa, mencucuk diri dengan [besi...SALAH], makan vegetarian, tidur/ hidup sederhana”. Saudara perlu membuat beberapa pembetulan.

1.Tujuan melakukan ibadah Thaipusam.

Beribu-ribu penganut Hindu daripada keturunan India pergi  ke Batu Caves dengan tujuan,
a) membayar nazar. ( tertunainya hajat tertentu)
b) memohon / untuk sesuatu kebaikan / kesejahteraan orang.(diri sendiri,orang kesayangan,semua orang,negara)
c) mengembirakan Murugan, (rasa puas apabila berbuat sesuatu kebaikan /menikmati hikmahnya)
d) menunjukkan rasa kesyukuran ( thanks giving / berterimakasih kerana memberi kehidupan ini).

2.Bukan untuk Menebus Dosa

Untuk perhatian Firdaus.
Tebus dosa atau mohon ampun BUKAN tujuan Ibadah Thaipusam. Thaipusam TIDAK digunakan untuk menebus dosa atau memohon ampun. Upacara menebus dosa dilakukan dalam ritual tertentu yang lain. Setiap dosa perlu dipertanggung jawapkan dan perlu dijawap pada hari penentuan. Mungkin dalam agama lain wujud unsur menebus dosa cara tertentu. Saudara Firdaus , jangan mencampur adukan agama Hindu dengan agama lain tanpa pengetahuan yang sewajarnya. (Rujukan daripada Wikipedia!? Sejak bila Wikipedia menjadi autoriti agama Hindu?)

3.Ritual mencucuk badan dengan benda tajam.

Petikan dari fb Firdaus.
“... jenis ritual yang membawa bentuk melukakan diri (ekstrem) samada…., mencucuk dengan objek tajam,... masyarakat Hindu Tamil,... Thaipusam”
(di petik mengikut kehendak tajuk))

Saudara Firdaus, Dalam agama Hindu, hubungan Tuhan dengan manusia ada pelbagai bentuk. Antara paling popular ialah hubungan Ayah/Ibu dengan anak. Kami percaya setiap insan ialah anak kepada yang Mahaesa. Oleh hal demikian Tuhan tidak pernah meminta atau menyuruh penganut Hindu mencederakan diri atau orang lain untukNya.
Dalam ritual mencucuk diri dilakukan oleh diri individu sendiri dengan bertujuan menguji tahap ketakwaan diri menjalani ibadah Thaipusam. Biasanya, tiada sebarang kecederaan berlaku samada dicucuk. (atau berjalan diatas api). Sekiranya berlaku kecederaan, maka orang itu tahu / dianggap tidak sempurna menjalani ibadahnya dan perlu melakukannya semula sehingga sempurna.   Biasanya sistem saraf badan dapat dikawal oleh minda bagi mengelakkan kesakitan disebabkan ketakwaan. Benda tajam yang digunakan bukan dibuat daripada besi. Besi boleh berkarat,bahaya! Biasanya kami menggunakan emas atau aluminium.
Kalau saudara menyamakan upacara  Asyura orang Islam ( Syiah) dengan Thaipusam, ia menunjukkan kekurangan ilmu pengetahuan saudara. Upacara Asyura memang bertujuan untuk mencederakan diri. JANGAN kaitkan dengan Thaipusam.

Untuk pengetahuan saudara Firdaus, orang Hindu melakukan ibadah Thaipusam dengan penuh ketakwaan, penuh kesyukuran, menikmati kebesaran Tuhan dan menghayati hikmah Dewa Murugan. Tiada sebarang unsur seksa,menyakitkan atau menyusahkan.

Nasihat kepada saudara Firdaus, jangan buat andaian dan kesimpulan sendiri mengenai agama Hindu. Sekurang-kurang tanya dan pastikan kepada organisasi Hindu atau saya. Jangan memburukkan nama baik saudara dengan cara yang tidak ilmiah ini.

Om Saravana Bhava.

Sri Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia.
8 Oktober 2017
#SivasiddhiSpeaks

C.c.

1.Malaysia Hindudharma Mamandram
2.Malaysia Hindu Sangam
3. Mahaasabha Malaysia
4. Firdaus Wong Wai Hung ( Official)

Firdaus Wong masih belum menjawap Surat Terbuka.
Link.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1707474889561714&id=1637620529880484

Link Bahagian 2 daripada 2: Menjawap Persoalan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1734609513514918&id=1637620529880484