Sunday 31 March 2024

Menolak Sesi Dialog Prakash Saguntala Anand Zamri

 


Menolak Sesi Dialog Prakash Saguntala Anand Zamri : Tidak Mewakili Umat Hindu Malaysia.


Para rakyat Malaysia,

Zamri tidak membuktikan dakwaan dia, Panel tidak menuntut bukti-bukti daripada Zamri atas dasar menjaga keharmonian rakyat Malaysia.  Maka saya menolak pencapaian kesimpulan /persefahaman antara mereka itu.


Kesimpulan Sesi Dialog. (30/3/24/ Tiktok )


Ucapan penutupan.

Prakash (host) : Zamri avar manavarththai teriya vaikethum /biar dia beritahu rasa

                          sedihnya…

      (Prakash tidak minta/ tuntut pengakuan permohonan  maaf terbuka daripada Zamri)


Anand (Panel 1):  Indian sarba na mannipu kethu kolgiren/ saya minta maaf bagi pihak

                             orang India**…. , ningge unge karuthei sollelam/ saudara boleh cakap 

                            pendapat anda (kepada Zamri)…

       (Anand tidak minta/ tuntut pengakuan permohonan maaf daripada Zamri)


Zamri  : Saya tidak akan kompromi dengan Fakta…,saya berpegang kepada kebenaran…,

             mungkin cara penyampaian saya menyinggung…,saya ‘boleh’ minta maaf ….

            (Zamri tidak mohon maaf langsung)


Anand : Jangan berdebat isu ini lagi..., permintaan saya.


Zamri  : Saya tidak akan berdebat isu ini lagi hanya kerana anda (Anand), kalau ada yang 

             panggil untuk debat, saya hubungi awak. 

      (Janji Zamri kepada Anand, bukan kepada umat Hindu/ orang India)


Saguntala (Panel 2) : Jangan hina keluarga…


Kesimpulan,

Zamri kekal dengan pendiriannya bahawa kenyataan dia ialah fakta / kebenaran, tidak minta maaf. Penal 1 minta maaf bagi pihak orang India/Hindu.


Persoalan.

  1. Adakah persetujuan antara mereka itu ‘a win-win solution’ atau menerima nista sebagai 'fakta’ Zamri?  

  2. Mengapa tidak menuntut Zamri untuk kemukakan bukti-bukti yang sahih untuk membuktikan bahawa dia  tidak hina dan nista Sembahan orang Hindu?


Kesimpulan yang saya faham.


  1. Masalah pokok tidak selesai, ‘Penghinaan terhadap sembahan orang Hindu /Sivalingga oleh Zamri Vinoth tidak dikupas atau diselesaikan. (tergantung seperti mana sejak 2017 hingga sekarang)

  2. Fakta belum di analisa atau dibuktikan. (Selagi tidak dibentangkan selagi itu bukan kebenaran).

  3. Sesi ini agak berjaya membina suatu ruang hubungan harmoni yang positif.

  4. Hasil keputusan sesi dialog ini merupakan percubaan yang baik untuk mengukuhkan perpaduan.

  5. Badan-badan Hindu yang utama tidak dijemput/ tidak terlibat.Kebanyakan masa sesi dalam bahasa Tamil, ia hanya boleh difahami oleh Zamri dan golongan berbahasa Tamil, dan majoriti penyokong Zamri ialah Melayu,


Atas dasar menjaga hubungan harmoni, fakta perlu dikemukakan secara terbuka oleh Zamri dihadapan wakil-wakil Pertubuhan - Pertubuhan Agama Hindu di Malaysia. (Majlis Agama Hindu Malaysia*)


Sekian.

Perpaduan Kunci Kejayaan Malaysia


Ps. 
1. **Tindakan Panel meminta maaf kepada masyarakat Islam, saya setuju sepenuhnya. Tindakan undang-undang perlu diambil keatas semua yang melanggar undang-undang secara saksama.
2, Siapakah Host program? 

Om Namasivaya

Nages @ Sivasiddhi

31 Mac 2024

Co.opt Member of Malaysia Hindudharma Maamandram 

Email sivasiddhi1082@gmail.com

Hubungi 01123508108


Sk. Majlis Agama Hindu Malaysia*

1. Malaysia Hindudharma Maamandram (MHDM)

2. Global Human Rights Federation (GHRF)


Update. 31/3/24 9pm

1. Panel 1 berjaya mengupas banyak benda mengenai masalah masyarakat yang sering diungkitkan oleh Zamri dan beberapa pendakwah/ orang bebas lain. Antaranya Panel 1 tanya mengenai hal sekolah Tamil, 300,000 buah Kuil, isu lain yang sering diungkitkan oleh Zamri. Kudos kepada beliau, En. Anand.  

2. Panel 2 pula menerangkan mengenai Sivalinga.

Keseluruhan program ini berjaya meningkatkan hubungan baik daripada netizen yang mengikuti program itu. Perkara dapat dilihat daripada komen akhir penutup.