Monday 15 March 2021

Zamri and His Gang Planned the 'Attack' on Hinduism/Shiva Linga

 Zamri and His gang Planned the 'Attack' on Hinduism/Shiva Linga 


1. Zamri had spoke bad on Sivalingga before in Kelantan 2019 . zamri-vinoth-kalimuthu-sembah-batu.html

2.He Whatsapp me and ask about Sivalingga and tried to instill his opinion...,1 November 2020, I didn't respond and on 4 November 2020 (Today), he tries to provoke… (Screenshots below)

3. Demeaned Sivalinga, Latest 27 February 2021 in Perlis.

zamri-dengan-mentaliti-zakarismenya.html


4. Ahmad Iqram and Firdaus Wong of MRM previously attacked Hinduism and the latest is their new video on Sivalinga and Trident.

Zamri assumes Sivalinga as a penis based on his ignorance and prejudiced mind to demean Hinduism. He uses/used (1) references from atheist, anti-Hindu versions, (2) used/selected wrong meaning of the words, (3) taken out of context, (4 ) he has no authority to interpret the scriptures, and (5) not used from original Sanskrit text. He concluded so out of his own 'research'. He tried to provoke me to agree with his opinion but failed and finally assumed I got no info on linga and blocked me.


What is the agenda and who is behind this?




Below are some of the screenshots from Whatsapp.


Out of his research on Linga, that (penis) is the meaning he concluded!

And he wants to conclude that I agreed with his opinion.



I posted the actual meaning on Sivalinga Hindus follow. And told him I am not responsible for his conclusion...And no Hindus will agree with him.



He thinks a dictionary gives the right information and must have an authentic source, but uses false source.

He posted the story of Daruvana of Sivalinga formation…’they hold his penis…’, he claims it is written by Hindus.



I said no Hindus will have such low minded opinion. But he claims 
there are 'Hindus' concluded as such.


He shared some misinterpreted stories.

He shared some misinterpreted stories. And ask for my opinion.



I asked for the source of the informations, from the authentic Sanskrit version, and he posted some internet links.



He claims that is his authentic source. I told him the are many version out there.



I told him even Salman Rushdie also got his version...




I told him, I don't need an explanation from a non Hindu. And let God decide.

I clearly told him about Hindus' stand and understanding of Sivalinga.


He blocked at 2.53 pm 4 November 2020

ps.

I kept these screenshots because I had a doubt about his intention to seek info from me.




He thinks by demeaning the Hindu worship method, he will gain something good but he forgot he is against his own scripture. He is such a low-minded person indeed.


His parents should be ashamed for failed to educate him, he claims because he was taught so during his early Hindu life!


He/they planned the 'attack' on Hinduism.


Om Namasivaya.

Sivasiddhi

Sivasiddhi Spiritual Foundation.

15 March 2021


PS. Siapa mulakan isu Kaabah dan Sivalinga di Malaysia.? (Update 6/4/24)


Kronologi Masa.


  1. 2017 - Firdaus Wong buat artikel Fb secara terbuka

  2. 2017 - Zamri cakap dalam majlis tertutup, ada orang yang keluarkan video ke media sosial..

  3. Februari 2021 - Budak dari Johor buat video mengenai Kaabah Sivalinga

  4. Februari 2021 - Zamri buat live di OCM Perlis (selepas 1 minggu video budak itu

  5. 15 Mac 2024 - Zamri buat podcast, ulang isu Kaabah Sivalinga

  6. 16 Mac 2024 - Cikgu Chandra buat posting sivalinga dalam Kaabah.


Maksud Sivalinga

Bagi Firdaus, Zamri Sivalinga itu ialah Zakar/ Faraj. ( Berdasarkan Siva Purana versi orang barat/ Missionary dan Kamus)

Orang Hindu lihat sebagai Lambang Tuhan Mahaesa. (Kitab Rujukan Autoriti 4 Veda dan 28 Saiva Agama )


Firdaus Wong

Mengapa Firdaus mulakan pada 2017, adakah sebab ada orang Hindu di Malaysia klaim? Tetapi atas alasan hendak buat perbandingan agama…


Zamri

Zamri sentiasa ulang benda yang sama dr 2017, 2019, mungkin kes budak itu trigger dia untuk buat open live ocm, rasa marahnya itu mungkin diredakan dengan tindakan beliau, ok kita boleh faham.. Tetapi mengapa benda itu ditimbulkan pada Mac 2024? Apa yang trigger kali ini? Dia cuba blame Cikgu Chandra, pada hal Cikgu Chandra post sehari selepas Zamri…


Budak dan kekasih dia

 Kes budak itu, telah ditahan…kes personel, isteri/teman wanita Muslim amalkan agama Hindu, dia dah covent… Ucapan budak itu diluar jangkaan, seorang yang waras di Malaysia tidak buat statement untuk convert orang Islam ke agama lain kerana sistem perundangan amat ketat. Apakah agenda sebenar budak itu? Dimana dia sekarang, mengapa dia bisu dalam hal ini walaupun keadaan sangat keruh sekarang?


Reference.

1. Zamri had spoke bad on Sivalingga before in Kelantan 2019 . Zamri Vinoth Kalimuthu Sembah Batu? https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/09/zamri-vinoth-kalimuthu-sembah-batu.html


2.3. Demeaned Sivalinga, Latest 27 February 2021 in Perlis.

Zamri Dengan Mentaliti Zakarismenya.

https://sivasiddhi.blogspot.com/2021/03/zamri-dengan-mentaliti-zakarismenya.html


3.Shiva Linga Dan Konsep Tuhan. (Zamri Tak Tahu)

http://sivasiddhi1082.blogspot.com/2018/02/shiva-linga-dan-konsep-tuhan.html


4. Jangan Jadi ‘PANDAI’  Bersama Zamri!

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/10/jangan-jadi-pandai-bersama-zamri.html


5.Zamri Vinoth Tunjuk 'Pandai' Lagi.

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/12/zamri-vinoth-tunjuk-pandai-lagi.html



Thursday 4 March 2021

Zamri dengan Mentaliti Zakarismenya. (Siri 1)

 Zamri dengan Mentaliti Zakarismenya. (Siri 1)


Para Mukmin yang Dihormati,

Salam Sejahtera kepada semua.


Zamri Vinoth menghina sembahan orang Hindu atas alasan hendak menjawab seseorang.



Fikirlah Para Mukmin.

Fikirlah sedikit tentang apa yang sedang berlaku di negara tercinta ini. Kitab Islam melarang umat Islam menghina sembahan orang. Tetapi Zamri menghina secara terang-terang, membuat serangan terhadap agama Hindu. Perbuatan dia ini tidak membina tetapi memusnahkan keharmonian. Adakah Zamri memahami kitab agamanya sendiri?


Program Bertujuan untuk Menghina.

Isu Zamri Vinoth tersasar daripada menjawab persoalan seorang budak India pada 27 Februari 2021. Sepatutnya Zamri hanya menjawab soalan mengenai bulan sabit, batu hitam, isu murtad dll yang dipersoalkan oleh seorang lelaki dari Johor itu berdasarkan konsep Islam bagi membetulkan tuduhan palsu budak itu. Pemuda itu salah dan patut dihukum, pihak berkuasa telah pun mengambil langkah penguatkuasaan terhadapnya. Tetapi daripada fokus menjawab soalan-soalan itu, Zamri sengaja mengungkitkan hal sembahan orang Hindu seperti mana dia sering/pernah lakukan sebelum ini. Tujuan Zamri bukannya untuk menjawab persoalan tetapi mengambil peluang  untuk menghina sembahan orang Hindu.


Munafik yang Mengambil Peluang?

Sebenarnya tiada keperluan membincang bab bahagian Hindu. Apa sebenarnya Sivalingga bukan hal Zamri. Kalau ya pun Sivalinga itu seperti apa yang Zamri andaikan, Sivalingga  ialah sembahan orang.  Apa yang dihuraikan/diutarakan  oleh Zamri ialah tafsiran golongan ateis atau anti-Hindu, amat menyimpang daripada perkara sebenar. Seorang Mukmin mempunyai ketakwaan tinggi atau seorang  Muslim yang mencintai keamanan tidak akan menghina sembahan orang kerana Kitab Islam melarangnya sama sekali. Adakah Zamri seorang Mukmin, Muslim atau Munafik?


Siva Lingga.

Siva lingga bermaksud lambang Siva. Lingga bermaksud lambang, tanda atau simbol. Maka Siva lingga bermaksud simbol Siva untuk Zaman Kali. Lingga juga dimaksudkan sebagai Siva. Maka Siva lingga juga disebut Siva Siva. Bukan bermaksud alat sulit Siva. 


Teori Pembentukan Sivalingga.

Ada banyak teori berbeza mengenai kewujudan Sivalingga dalam sistem penyembahan orang Hindu. Antaranya ialah jenis lingga berkonsepkan Lingodbhava, Brahmanda dan Sivasakti.


Konsep Lingodbhava.

Teori pembentukan lingga jenis Stamba/Skambha/Lingodbhava, berkonsepkan Trimurthi, iaitu Brahma, Vishnu dan Siva sebagai reinkarnasi Parabrahman. Lingga jenis ini paling awal digunakan atau dipasang di kuil atau tempat lapang sejak zaman awal.


Contoh Sivalingga jenis Lingodbhava (Gambar Wikipedia)


Konsep Brahmanda.

Parabrahman/ Shiva yang memenuhi seluruh alam semesta  disembah dengan lingga  jenis saligrama mewakili  Brahmanda (Alam Semesta/ Saligrama). Seluruh alam semesta ialah Tuhan. Paling mudah diurus dan mudah alih. Sering digunakan oleh penganut yang dalam perantauan.


Contoh Sivalingga jenis Saligrama (Gambar Wikipedia)


Konsep Sivasakti.

Konsep popular ini  ialah jenis lingga Sivasakti (Lingga,yoni/Simbol,perumah), ia digunakan dalam penyembahan yang berkonsepkan Mahadeva Siva dan Mahadevi Parvati. Amalan Tantrik  dan teori sumpahan berteraskan konsep ini. Paling popular dan utama di zaman kini.


Contoh Sivalingga jenis Sivasakti (Gambar Wikipedia)


Modal Golongan Anti Hindu Menyerang Agama.

Teori  sumpahan ke atas Siva digunakan oleh anti-Hindu dengan tujuan menghina agama Hindu tanpa memahami konsep sebenar. Termasuk Zamri seorang yang mempunyai karma negatif, memilih teori Sivasakti/sumpahan yang berdasarkan tafsiran golongan anti-Hindu dengan merujuk kitab Koti Rudra Samhita, Siva Purana. Hujah yang diutarakan oleh Zamri itu salah dan  nista terhadap kitab dan agama.


Tafsiran Sebenar Hindu.

Koti Rudra Samhita, Buku 4, Bab 12, Siva Purana. Perlu baca seluruh bab itu yang mempunyai 54 ayat untuk memahami konteks sebenar. 


Sejarah Purana Koti Rudra Samhita ini sebenarnya merujuk kepada Sejarah pembentukan Sivalinga jenis Sivasakti, Kaedah prana pratista lingga baharu  dan Cara sembahan Mahadeva Siva dalam bentuk Sivalingga (Simbol Siva/ Aruparupa) versi Sivasakti. 


Sinopsis Peristiwa.


Rayuan Parvati dan Belas Kasihan.

Kisah bermula dengan para pendita Brahmana membuat ‘trikala Sivapuja’/ upacara pemujaan 3 waktu untuk Mahadeva Siva, bermeditasi, nyanyian lagu suci Tuhan Siva di hutan Daruvana untuk ratusan tahun untuk mendapatkan restu Siva. Tetapi tidak mendapat restu Mahadeva Siva kerana mereka tidak cukup beriman (dipenuhi dengan sifat kemarahan dan nafsu).  Namun Parvati meminta mereka dikasihani, atas rayuan  Parvati dan belas kasihan, Siva setuju.


Manusia Gagal Ujian Keimanan.

Maka Mahadeva Siva turun ke hutan itu, untuk menguji keteguhan/ memperlihatkan (kepada Parvati)  keimanan mereka, Siva membuat permainan lila/permainan Tuhan, lalu mengambil rupa seorang Sadhu Naga (sapu bhasma/abu suci sahaja pada seluruh badan, tanpa pakaian, nur muka yang menarik), melakukan pelbagai perbuatan gangguan dan akhirnya semasa para pendita tiada (pergi mencari kayu untuk Yagna), Sadhu (Siva ) berkelakuan memegang  lingga dengan tangan (tidak dapat dipastikan maksud sebenarnya, kemungkinan besar Sivalinga jenis batu hitam Saligrama, perkataan lingga ini ditafsirkan sebagai alat sulit Siva oleh golongan anti Hindu/missionary, tiada perkataan spesifik seperti perkataan ‘pumlinga’ yang membawa maksud alat sulit dalam mana-mana ayat bab ini). Kelakuan itu menyebabkan para isteri pendita terkejut dan nur badan sadhu itu menyebabkan ada wanita yang memegang sadhu itu.(unsur nafsu). 


Sumpah dan Sariralingga.

Setelah kembali dari mencari kayu, para pendita amat terkejut, kecewa dan marah melihat kejadian Sadhu (Siva) memegang lingga (permainan maya Siva tidak disedari oleh para pendita), lalu mereka mencemuh/menyumpah supaya lingga jatuh (semua pahala para pendita itu hilang kerana unsur marah tidak dikawal, sepatutnya melayan tetamu yang datang dengan baik tanpa mengira darjat/kelakuan). Maka lingga itu (termasuk Sariralingga/seluruh jasad Sadhu/ Parasiva) jatuh menuju ke arah bawah (bahagian ini disalahtafsir sebagai alat sulit Siva sahaja jatuh). 


Sariralingga Membakar Menjadi Jyotirlingga.

Sebenarnya pada waktu itu, seluruh jasad Sadhu (Sariralinga/badan) bertukar menjadi Jyotirlingga/Jaluran Api (Agni Juvalaya/ seperti meteor) dan turun ke bawah bergerak sangat laju. Jyotirlingga/Jaluran Cahaya/meteor yang bergerak sangat kuat itu menyebabkan pemusnahan teruk berlaku pada laluannya  di ketiga-tiga dunia (Patala/Neraka, Syurga dan Bumi). Pergerakan laju Jyotirlinga itu boleh membawa pralaya/kiamat kepada alam semesta jika tidak dihentikan. (Brahmanda

Purana, Mahadeva Siva hilang/Vanished kemudian Jelmaan lain iaitu Bhava Siva bertukar menjadi Linga)


Brahma Memberi Jalan Penyelesaian.

Kemusnahan akibat Jyotirlingga itu mengejutkan/menakutkan para pendita, Deva-Deva dan segala penghuni 3 dunia. Untuk menghentikan pemusnahan itu, para Dewa/Malaikat  berjumpa dengan Brahma untuk mencari jalan penyelesaian. Atas nasihat Brahma, untuk menghentikannya, hanya Mahadevi Parvati sahaja mampu menghentikan pemusnahan/Juvalaya itu kerana hanya Parvati sahaja ialah kuasa yang setara dengan Siva. Mereka meminta bantuan Parvati, maka  Parvati bersetuju untuk membantu. Parvati terpaksa bersetuju kerana Dewi Parvathi yang memulakan masalah ini tanpa sedari akibatnya semasa Siva diminta memberi belas kasihan kepada para pendita pada awalnya. 


Siva dan Parvati Bersatu.

Seluruh jasad Parvati (Parasakti) bertukar menjadi bentuk perumah berongga (yoni/semacam black hole) untuk menyerap/memerangkap Jyotirlingga/jalur cahaya/meteor besar itu, Parasiva.  Maka Parvati berjaya memerangkap Jyotirlinga itu dalam bentuk perumah berongga, Parasakti. Percantuman Parasiva dan Parasakti bertukar menjadi Sivalingga.


Upacara Prana Pratista.(Patung Berhala di 'cas' dengan kuasa kosmik Tuhan)

Sementara itu, para pendita memulakan/melakukan upacara pemujaan Siva (Upacara Prana Pratista) atas nasihat Brahma, membuat Kumbha Kalasa puja, dengan melukis  diagram berbentuk lapan kelopak dan meletak Kumbham di isi air dari Sapta Sindhu (7 Sungai) dalam diagram itu dan membaca mantera Satarudriya daripada Veda untuk menyediakan air mantera untuk  meredakan Jyotirlingga/Parasiva yang di perangkap oleh Parvati, lalu dituangkan air mantera daripada kumbham itu ke atas Lingga supaya meredakannya.  Jyotirlinga yang diperangkap itu  dan dikunci dengan panah/sulam. Akhirnya, ia bertukar menjadi bentuk Sivalinga (Simbol Siva) yang terdiri daripada lingga (Parasiva), yoni (Parasakti/tapak). Kerana itulah, di setiap Kuil Siva, air sentiasa dititis di atas bahagian Parasiva (Sivalingga) untuk kekalkan suhu/sejuk.


Keamanan.

Bahagian seterusnya mengenai cara sembahan, mantra dan sebagainya. Ketiga-tiga dunia menjadi aman. Begitulah dikisahkan dalam bab ini. 


Zamri Berniat Hina.

Bukanlah seperti huraian Zamri (percubaan memberi gambaran lucah), ‘alat sulit Siva jatuh itu disambut oleh alat sulit Parvati’. Penghinaan yang paling durjana yang boleh menyebabkan dosa laknat 7 keturunan. Huraian yang diberi oleh Zamri amat menyimpang, menghina dan lucah.

Pelbagai persoalan di sini, 

  1. Kalaulah alat sulit Sadhu sahaja jatuh (tafsiran Zamri), maka mana jasad sadhu/Siva  itu pergi? 

  2. Begitu juga Parvati, mengapa seluruh jasad Parvati  bertukar menjadi bahagian Yoni/ perumah berongga, bukan hanya bahagian alat sulit sahaja ? 

  3. Semasa pendita membuat trikala Sivapuja, adakah mereka menggunakan lingga atau tidak?

  4. Sekiranya lingga yang jatuh itu ialah alat sulit sahaja, mengapa ia bergerak laju ke 3 alam dan memusnahkan segala dalam laluannya? Mengapa Zamri tidak ceritakan bahagian ini?

  5. Mengapa tiada perkataan spesifik digunakan untuk mendefinisi alat sulit?

  6. Mengapa Sivalingga konsep Lingodbhava dan Brahmanda tidak difokuskan/diutarakan?

Pakailah OTAK  sikit Zamri wei?  Orang boleh buat tafsiran bermacam-macam. Jangan lupa Salman Rushdie dan pelbagai manusia ateis juga ada membuat tafsiran ikut KEPALA mereka sendiri. 


Metodologi Zamri Salah.


  1. Pilihan maksud lingga yang salah.

Maksud lingga ada pelbagai dalam bahasa Sanskrit, antara maksud asal Sanskrit ialah simbol ( a mark), tanda (sign), lambang (emblem), jantina (gender),...  zakar (penis),...(penggunaan maksud zakar hanya mula diperkenalkan pada 1719, masa golongan misionari dan orientalis barat mula alih bahasa kitab-kitab Hindu, terutamanya popular selepas  Kamasutra di alih bahasa oleh Richard Burton pada 1883). Pilihan perkataan zakar sering digunakan oleh pihak alih bahasa/pentafsir misionari, indologis barat dan ateis. 

Sekiranya  kita membacakan  Bab 12 itu dalam versi J.L. Shastri dengan versi teks sanskrit, maksud sangat berbeza. Sebagai contoh, cuba bandingkan maksud ayat  “Sebab Åšiva mengambil  rupa ZAKAR”  dengan “Sebab Åšiva mengambil rupa LINGGA”. Jelas nampak bagaimana maksud sebenar boleh terpesong dengan dua pilihan perkataan yang berbeza maksud itu, hasil pemahaman akan jauh menyimpang daripada maksud tersirat asal.

Lebih lagi, dalam tulisan Sanskrit, alat sulit/jantina lelaki  ditulis sebagai pullingga/ pumlingga manakala alat sulit/jantina wanita ditulis sebagai strilingga untuk maksud spesifik. Perkataan- perkataan ini tidak diguna langsung dalam bab ini.


  1. Tafsiran/Rujukan Zamri daripada Sumber Bukan Hindu/Ateis.

a. Rujukan yang diguna oleh Zamri ialah daripada J.L. Shastri (Zamri salah sebut J.L Sasta). Perlu diingatkan di sini, J.L. Shastri bukan seorang individu Hindu. Malahan ia ialah daftar nama kumpulan editorial barat di India yang banyak terlibat dalam alih bahasa kitab-kitab Hindu bertujuan missionari pada zaman British. Hampir kesemua buku-buku alih bahasa zaman British memang tidak boleh dipakai bulat-bulat.

b. Zamri pinjam tafsiran versi kumpulan MRM (Firdaus Wong dan Muhd Iqram,...). Sebelum  ini pernah ada artikel-artikel MRM mengenai Sivalingga memberi tafsiran yang sama seperti Zamri ini dengan menggunakan sumber penulis Ateis seperti Swami Balendu dan Prof. Utthaya Naidu (seorang Kristian, bukunya diharamkan). Tafsiran Zamri ini  memang sama dengan tafsiran Swami Balendu. Lebih malang  lagi, Zamri menggunakan 'petikan teks' bahasa Melayu yang di alih bahasa olehnya daripada bahasa Inggeris.

c. Tafsiran pihak British/misionari biasanya bukan bertujuan untuk membantu pengumpulan teks Hindu. Ia lebih kepada kepentingan mereka untuk menceduk informasi yang mereka boleh guna dan bertujuan memesongkan akidah orang Hindu melalui tafsiran berpropaganda.


  1. Mengapa Teks Siva Purana Asal daripada Sanskrit tidak dirujuk?

Sepatutnya petikan atau seluruh bahagian patut diambil daripada teks original Sanskrit. Kegagalan memberikan teks sanskrit, tidak dipaparkan semasa pembentangan menunjukkan kelemahan dan sikap bias Zamri. Kelemahan Zamri boleh di lihat semasa menyebut perkataan Inggeris ‘enskai.. (ensiklopedia) dan salah sebut nama penulis sebagai Sastra (Shastri). Apatah lagi bahasa Sanskrit? Sebarang tafsiran haruslah merujuk kepada teks Sanskrit yang asal.


  1. Kelayakan Zamri untuk Membincangkan Kitab Hindu.

  1. Seorang ‘outcast’/keluar daripada agama Hindu tidak layak dan tiada hak  untuk bincang mengenai agama Hindu. Orang yang memahami agama Hindu, tidak akan keluar daripada agama pilihan Tuhan kerana berdosa kalau tukar agama kelahiran. Orang yang keluar agama dianggap ‘outcast’/ anarya.

  2. Apakah seorang murtad Islam, BOLEH/LAYAK bercakap tentang Islam? Lebih-lebih bercakap negatif tentang agama asalnya.


  1. Dosa Menghina Sembahan Orang.

Andaikan tafsiran  Zamri terhadap maksud itu benar sebagaimana dikatakannya, namun  ia masih sembahan orang Hindu. Tindakan ini jelas telah menghina sembahan orang. Maka akibat perbuatan tidak matang Zamri, banyak daripada masyarakat Hindu akan rasa marah dan mencemuh. Tanggunglah dosa ini.

Kitab-kitab Hindu seperti Garuda Purana, melarang sebarang perbuatan menghina sembahan orang kerana dikatakan bahawa setiap agama atau ajaran termaktub dalam perancanganNya. Segala itu ditentukan oleh karma.

Manakala, Kitab al Quran amat jelas dalam hal ini. Surah al Anam, ayat 108 jelas menggariskan umat Islam supaya “jangan menghina sembahan orang kerana nanti mereka akan hina ALLAH  tanpa pengetahuan, oleh itu Kami/Tuhan sudah puas/merestui perbuatan mereka dalam setiap komuniti, mereka akan kembali kepada Tuhan mereka, dan Dia akan memberitahu mereka apa yang telah mereka lakukan”.*

*(mungkin terjemahan ini kurang tepat, sebarang pembetulan, tolong kemuka)


And do not insult those they invoke other than Allah, lest they insult Allah in enmity without knowledge. Thus We have made pleasing to every community their deeds. Then to their Lord is their return, and He will inform them about what they used to do.

Zamri Vinoth, adakah anda memahami maksud kehendak Tuhan dalam ayat ini?

6.Tiada satu mantra (Agamic) yang menyebut maksud Zamri dalam penyembahan Sivalinga.

 

Tohmahan dan Nista Penulis Anti Hindu.

Tohmahan begini sering  bertujuan untuk menghina dan menjatuhkan imej agama Hindu. Tohmah dan nista dilakukan berdasarkan beberapa faktor.

1.Amalan menyembah alat sulit pernah diamalkan pada masa lalu. Terdapat pengaruh barat, Greek, Latin, Egypt dll yang mana di kawasan Eropah ada segelintir penyembah alat sulit dikenali Priapus atau Osiris. Penulis barat anti Hinduisme  cuba kaitkan ia dengan penyembahan Sivalingga untuk tujuan menghina dan membantu propaganda mereka.

2. Cuba kaitkan dengan  suatu kisah menurut Rigveda,  Sembahan Sisna Deva yang diamalkan sekumpulan penduduk tribal dikenali Dasyus, dipercayai mengamalkan penyembahan alat sulit, tetapi ia dimusnahkan oleh Dewa Indera. Kumpulan anti Hindu sering gunakan kisah ini dalam usaha memecahbelahkan umat Hindu.

 

3.Selain itu, sebuah kuil di Gudimallam, Andhra Pradesh sering dikaitkan dengan alat sulit, tetapi ia sebenarnya suatu bentuk yang luar biasa, terpencil dan tiada dalam mana-mana kitab Hindu. Ia ialah suatu bentuk pemujaan tempatan seorang tokoh wira yang tiada kaitan dengan Mazhab Siva. Bentuk patung ukiran itu seakan-akan alat sulit tetapi tidak. Zamri cuba kaitkan ia dengan Sivalingga.

 

Pandangan orang Hindu Terhadap Sivalingga.

Setiap seorang Hindu melihat dan menyembah di hadapan Sivalingga dengan persepsi melihat Tuhan Mahaesa (Mahesan). Yang beriman ‘nampak’ Tuhan, yang tiada iman nampak batu, tetapi hanya orang malang Karma sahaja akan melihatnya sebagai alat sulit. Samada Swami Vivekananda, Swami Sivananda, Swami Subrahmani dan lain-lain tokoh agama Hindu pada masa zaman moden atau Agastya, Rama, Pancha Pandava, atau Sapta Rishi, dll tokoh zaman dahulu, tiada seorang pun yang melihat Sivalingga sebagai alat sulit. Tiada satu kitab daripada Mazhab Saiva atau Hinduisme yang mengatakan Sivalingga sebagai alat sulit

 

Pandangan Sarjana Barat.

Sarjana barat yang popular seperti Wendy Doniger, A.L.Basham, Asko Parpola dan banyak lagi menolak pandangan lingga sebagai alat sulit, teori anti Hindu ini mengenai Sivalingga ditolak. Hanya golongan anti Hindu, misionari atau ateis versi Karrupar Kootham yang mengatakan/FITNAH mengenai  Sivalingga sebagai alat sulit.

 

Cabaran  Baharu kepada Zamri.

Cabaran-cabaran sebelum ini tidak pernah disahut/ dijawab oleh samada Zamri Vinoth, Firdaus Wong (pernah mencabar tetapi tidak mahu menyahut cabaran sendiri) ataupun Ahmad Iqram (Video berkaitan hina agama Hindu). Namun, saya mencabar lagi, khas mengenai tajuk Sivalingga.

  1. Sila berikan sekurang-kurangnya SATU mantra yang digunakan oleh orang Hindu semasa upacara penyembahan Mahadewa Siva dalam bentuk Sivalingga yang diucapkan perkataan-perkataan yang berdefinasikan alat sulit yang menjurus kepada unsur seks/nafsu. Contohnya  seperti ‘Oh alat sulit…’, ;Oh…’. 

  2. Berikan satu ayat atau mantra daripada Kitab Hindu yang mengatakan Lingga ialah alat sulit.

  3. Tunjukkan siapakah itu individu yang dikatakan  J.L. Shastri dan buktikan agama dia  ialah Hindu seperti klaim anda dalam program anda itu.

Seperti biasa, memang saya tidak harap anda akan berani menyahut cabaran ini dan berikan bukti.

 

Kesimpulan.

Golongan para Mukmin seharusnya menasihati Zamri dan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap Zamri (dan kumpulan MRM). Kalaulah seseorang murtad Islam melakukan perkara memburukkan agama Islam, apakah tindakan anda? Cara Zamri ini lebih kurang macam Salman Rushdie mentafsir kitab orang mengikut kepala sendiri untuk tujuan menghina. 

Apakah Zamri seorang munafik yang sedang berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia dengan berselimutkan agama Islam?

Anda sekalian yang mempercayainya,  seharusnya menyiasat sendiri kesahihan info yang diberi oleh Zamri Vinoth, Kitab anda telah mengariskan bahawa anda bertanggujawab untuk menyiasat dan memastikan perkara itu benar sebelum mempercayainya. (Q.17.36, Q.49.6)

 

Semoga  Parabrahman/ Mahadeva Siva mengampuni dosa Zamri, doa saya untuk Zamri kerana menista Tuhan boleh membawa musibah untuk seluruh 7 keturunannya.

 

SIVA LINGGA IALAH LAMBANG SIVA.

 

Siva Siva.

Om Namasivaya.

Sivasiddhi

Sivasiddhi Spiritual Foundation.

Co-Opted Member of Malaysia Hindhudharma Maamandram, Hq.Malaysia.

4 Mac 2021


Boleh dihubungi....

Tel... 011 23508108

Email... sivasiddhi1082@gmail.com


Ps. Updated Siri 1 11/3/24)


Ribuan Terimakasih.

  1. Shivachariyar Murugananda Gurukal, Kajang, Malaysia.

  2. Pandit Anantharaman Shastri, Sanskrit Scholar, Bharatiya Vidya Bhavan, Chennai, India

  3. Guruji Anand Krishna, Global Hindu Foundation, Bali, Indonesia.

  4. Datuk Pardip Kumar, President, Global Hindu Heritage Foundation, Malaysia.

  5. Datuk R.S. Mohan Shan, President, Malaysia Hindu Sangam.Hq.Malaysia.

  6. En. A.RadhaKrishnan, President, Malaysia Hindhudharma Maamandram, Hq.Malaysia.

  7. Dr. M. Bala Tharmalingam, Founder President, Malaysia Hindu Arivalayam.

 


Reference.

1.Shiva Linga Dan Konsep Tuhan. 

http://sivasiddhi1082.blogspot.com/2018/02/shiva-linga-dan-konsep-tuhan.html


2.More Accurate Version of Interpretation of Chapter 12, Koti Rudra Samhita based on Sanskrit text.

https://docs.google.com/document/d/1joivV919ejPUv9S1AY_vHb3wZgXiP_HQzVD4UlnjMOQ/edit?usp=sharing


3.Corrupted Version of Profesor J.L.Shastri, Koti Rudra Samhita, Section 4, Chapter 12

https://docs.google.com/document/d/1f6Ygs7HVqHctspnDD63tSdelYQW9twjnvfR-kzBET-E/edit?usp=sharing


4.Lord Siva and His Worship By Sri Swami Sivananda

A DIVINE LIFE SOCIETY PUBLICATION

https://www.dlshq.org/download/lordsiva.htm


5.Kesilapan Seorang Pemuda Hindu.

https://youtu.be/MAAP2FqkysU


6.Part of Zamri’s Demeaned Narration. 

https://youtu.be/nIJwNDQzOOs


7. Identiti JL Shastri?

https://www.librarything.com/author/shastrijl/names

Includes the names: Shastri, J. L. Shastri, Professor J. L. (editor) Shastri, J L A Board Of Scholars & Shastri


8.http://sanskritdictionary.com/?q=li%E1%B9%85ga&iencoding=iast&lang=sans


9.https://en.wikipedia.org/wiki/Lingam


10.https://en.wikipedia.org/wiki/Phallus


11.quran.com/6/108


Link-Link berkaitan.

Mana kredibiliti,  integriti dan maruah Firdaus Wong (anak murid Zakir)  untuk menjawab perkara yang diungkitkannya sendiri ?


1.Menyahut Cabaran Firdaus

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/menyahut-cabaran-firdaus-wong-wai-hung.html


2.CABARAN TERBUKA KEPADA ZAKIR NAIK DAN SEMUA ANAK MURIDNYA.

https://www.facebook.com/1637620529880484/posts/2029297564046110/


http://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/cabaran-terbuka-kepada-zakir-naik-dan.html


3.Berani kerana Benar

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/berani-kerana-benar-kronologi-cabaran.html


4.Salah Siapa?

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/salah-siapa.html


5.Malu apa Awongku!

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/04/malu-apa-awongku.html


6.Ahmad Iqram Mohd Noor menghina agama Hindu. 

TUHAN RAMA MAKAN DAGING LEMBU….

Anda Berdosa kerana Menghina Agama #1.3
January 18, 2019
Ahmad Iqram Mohamad Noor

http://cintaimalaysiaku.blogspot.com/2019/01/anda-biadab-kerana-menghina-agama-1.html



7. Zamri Vinoth Kalimuthu Sembah Batu?

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/09/zamri-vinoth-kalimuthu-sembah-batu.html



8. Jangan Jadi ‘PANDAI’  Bersama Zamri!

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/10/jangan-jadi-pandai-bersama-zamri.html


9.Zamri Vinoth Tunjuk 'Pandai' Lagi.

https://sivasiddhi.blogspot.com/2019/12/zamri-vinoth-tunjuk-pandai-lagi.html