Sunday 15 September 2019

Mengapakah Zamri Vinoth Kalimuthu Sembah Batu?



Mengapa Zamri Vinoth Kalimuthu Sembah Batu?

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
          google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
          enable_page_level_ads: true
     });
</script>
Melalui sebuah video yang tular di media massa, saya melihat 
Zamri berceramah. Dalam ceramah agama itu, Saudara Zamri
Vinoth mengaku beliau mati akal untuk berfikir (tak boleh brain)
semasa kecil kerana pada masa itu beliau sembah batu dan
kemudian bagi batu itu makan. Kedangkalan akal fikiran Zamri
menyebabkan beliau sembah batu.

Saya tidak tahu siapa ajar beliau untuk sembah batu tetapi
setiap orang Hindu tahu dengan jelas bahawa mereka sembah
Tuhan dalam bentuk Murthy (berhala / Idol).
Apa yang Zamri nampak ialah patung batu,
memang benar ia patung batu, dan dalam keadaan  malang
itu, Zamri sembah batu. Apa yang dilihat oleh Zamri hanyalah
bentuk fizikal tetapi Zamri gagal melihat secara spiritual (rohani).
Arca (murthy) dan patung berbeza.


Orang Hindu sembah Tuhan dalam bentuk Murthy (Arca). Setiap
seorang Hindu sedar dan faham dengan jelas bahawa Murthy itu
hanya digunakan sebagai medium fokus. Orang Hindu tahu dan
sedar Tuhan juga boleh disembah tanpa imej.


Video 1
Keratan  1
Zamri Vinod  berucap di Kelantan.


Zamri  berkata  bahawa, pada peringkat awal semasa beliau kecil,
beliau (kami) rasa ada yang tak betul dengan agama,  beliau
ingat semua orang bukan Islam  pun rasa begitu. Penganut
agama lain mesti ada rasa tak betul  dengan agama mereka,
'something wrong somewhere'.

Saya percaya Zamri sendiri  ‘something wrong somewhere’,
dia tidak menggunakan akal dengan baik pada ketika dia kecil.
Bapanya seorang  Kristian, manakala ibunya seorang  Hindu,
ini menunjukkan beliau hilang haluan sehingga tidak memahami
agama sendiri.  


Kata Zamri, 2.40 


[1.Zamri: “Pada saya, orang Hindu percaya 330 juta Tuhan,
sembah batu, bagi makan pada batu, 1 hari sembah satu
Tuhan, sampai mati pun tak habis sembah semua tuhan.
Tak logik langsung, Tak boleh brain”]


a.Orang Hindu percaya 330 juta Tuhan?
Orang Hindu yang sebenar faham maksud satu Tuhan dan
banyak Tuhan. Kalau otak (brain) tidak digunakan, memang
tak akan  faham. Konsep Ekan anekan, jelas menyatakan
Brahman dan keadaan Nirguna tiada imej, hanya satu, tiada
anak dll tetapi Tuhan yang Mahaberkuasa , Mahasempurna dll
boleh,mampu dan akan mengambil rupa atau bentuk pada
bila-bila masa tempat, waktu atau keadaan (Srimad Bhagavatam
10.33.36 Tuhan mengambil rupa bentuk manusia  untuk
menunjukkan rasa kasih kepada bhakta.). Iaitu Tuhan dalam
keadaan Sarguna. Apabila Tuhan mengambil rupa , maka kita
boleh lihat rupa itu, boleh ada imej, bentuk, gambar. Boleh juga
ada anak,keluarga dll sekiranya Tuhan mengambil Avatara.
Dalam  Bhagavata Purana 9:24:56, “Apabila berlakunya
keruntuhan dharma dan meningkat kedosaan, Tuhan akan
reinkarnasi dirinya sendiri”. Dalam Bhagavad Geeta, Bab 4,
Ayat 7-8: Apabila berlakunya keruntuhan dharma, O Bharata,
dan meningkat keburukan, maka saya akan manifes diri saya
sendiri. ..., Saya lahir dari  Yuga ke yuga’. Apabila Tuhan
mengambil Avatara, memang Avatara berkenaan itu akan
terikat kepada 'law of Nature' di situ. Zamri tidak tahu maksud
konsep Tuhan dalam agama Hindu. Dia ingat dia tahu maksud
sebenar, tetapi kedangkalan ilmu menyebabkan dia hanya
sembah batu.
Brahm (Brahman)  hanya satu dalam keadaan nirguna (formless), 
Brahman mahakuasa untuk manifest, maka banyak rupa boleh
wujud, manakala  330 juta Tuhan itu salah tafsir orang yang
kurang arif (mantra trayastraiamsat disalah tafsir )


b. Orang Hindu sembah batu?
Zamri sembah Batu, patutlah tak ada otak ( brain). Mana ada
orang Hindu sembah batu? 


Murthy berhala (arca) ialah patung yang telah di tabal  atau
dipasang atau diprogram dengan proses pratista ( installation)
melalui proses mantra dan ritual. Manakala patung yang ada
merata-rata tempat,di kedai tidak di program. Maka ada beza
ketara antara berhala dengan patung. Boleh di analogi sebagai
komputer yang siap dengan programnya dengan komputer yang
belum dipasang dan diprogram. Orang Hindu hanya sembah
Tuhan dalam bentuk berhala dan bukannya patung.


Setiap Orang Hindu tahu bahawa mereka sembah Tuhan
kerana kita menggunakan mantera yang menyebut nama-
nama kebesaran Tuhan sebagai Mahaesa (Mahesan).
Paramjoothy ( Nur agung), Mahasempurna , Sarvaesvara
(Mahamenuhi) , Paramesvara ( Tuhan Mahabesar / Allahuakbar)
dll. Mungkin Zamri sembah dengan kata-kata seperti Oh batu,
berilah aku makanan! atau Oh patung bagilah aku wang atau
Oh pokok lindungilah …. Tiada seorang Hindu pun sembah
sedemikian rupa. Memang jelas Zamri punya otak (brain) tidak
berfungsi dengan waras pada masa itu. Tetapi lebih malang
kerana akal pemikirannya masih di tahap itu kerana video
beliau yang baharu ini mengesahkan beliau masih bertanggapan
begitu..( sembah-patung )


c. Bagi makan kepada batu?
Bagi makan pada batu,  apa punya kesesatan budak Zamri ini. 
Kalau tak tahu, baik buat tak tahu. Ada orang bagi makan
kepada elemen negatif seperti  toyol dan pontianak. Kalau bela
toyol, pontianak, hantu raya baru memang kena bagi makan.
Masyarakat alam ,memang popular dengan pembelaan
toyol dll elemen negatif.

Tetapi di kuil, orang Hindu letak makanan kerana ia mewakili
simbol tanah, selain makanan kita juga letak air, api (deepa),
udara (colok / kemeyan)  dan ruang (bunga / space) iaitu lima
elemen asas kehidupan semua benda di bumi. Ia bukan memberi
makanan kepada unsur / entiti tertentu. Dalam golongan mistik,
ada kumpulan yang salah tafsir atau salah ritual. Memang Zamri
sesat pada masa itu. Manakala golongan yang menjalani amalan
Bhakti, mereka meletakkan makanan sebagai tanda kesyukuran
kepada Tuhan. Dalam Bhagavad Gita ada disebut, " orang yang
tidak meletak makanan di tempat sembahan boleh dikatakan
sebagai 'pencuri' kerana setiap rezeki datang daripada Tuhan"


2. [Tiga agama tak sama]
Saya setuju dengan pernyataan ini. Memang agama Hindu
tidak sama dengan agama aliran Abraham. Agama Hindu
utamakan dharma dan asas utama amat berbeza.



3.Way of life. 
[Agama Islam lengkap dengan segala ajaran, tetapi agama
lain tiada]


Saya tiada masalah mengenai pandangan beliau mengenai
agama Islam.
Orang Hindu melihat Sanatana Dharma dalam pelbagai cara,
antaranya ‘way of life/ cara hidup, agama atau spiritualisme.
Mana-mana pilihan tiada masalah kepada Hindu yang lain.
Selain itu ada 4 marga / path boleh dipilih iaitu Raja Yoga,
Jnana Yoga , Bakthi Yoga atau Karma Yoga. Masing-masing
ada pandangan sendiri tanpa bercanggah dengan marga
yang lain dalam perkara asas.


Cuma untuk pengetahuan beliau, dalam agama Hindu, semua
adab pun telah diajarkan, daripada  bangun sampai ke tidur,
daripada hidup sampai mati, adab jaga di dunia dan alam
fana juga disebut. Kitab-kitab Hindu telah menjelaskan semua
perkara daripada satu atom sampailah kepada alam smesta,
setiap sesuatu telah dijelaskan. Malangnya Zamri  tak baca,
sesat masa kecil pulak. Inilah masalah rasa atau andaian.
Masalah sendiri Zamri ialah tak kenal kebesaran Tuhan dalam
Hindu. Beliau telah bertukar agama kepada yang baharu,
ini bukan masalah orang Hindu kerana segala perbuatan itu
ditanggungnya sendiri. Hutang Karma tetap perlu dibayar.
Pertukaran agama itu dosa besar, perlu di tanggung oleh
diri sendiri. 


Keratan  2.


Zamri mendakwa bahawa,
4.[ Ada orang bukan Islam ingat Kaabah sebagai berhala?...
Tiada seorang Islam yang sembah yang dengan anggapan
sembah Kaabah.]


Kalau ada orang bukan Islam mempunyai tanggapan sebegitu
terhadap Kaabah, orang Hindu tidak patut dikaitkan dengan
pandangan itu. Itu masalah orang yang berpandangan begitu.

Tiada satu orang Hindu pun sembah Tuhan (Murthy) dengan
anggapan bahawa sembah patung. Sebagai mana orang Islam
sembah Tuhan bukannya Kaabah atau Hajar aswad walaupun
sujud di hadapan bangunan Kaabah.


5.[Ada orang pijak Kaabah, adakah orang Hindu memijak berhala?]
Perbandingan yang tidak relevan. Kaabah ialah bangunan, berhala
ialah batu hitam. Sepatutnya kaabah patut dibandingkan dengan Kuil,
mana kala batu hitam hajar aswad patut  dibandingkan dengan batu
hitam berhala.Saya pulangkan soalan beliau itu. Adakah orang pernah
pijak batu Hajar aswad? (Firdaus-wong-  perbandingan bodoh)


6.[Zamri,"Maksud lingam ialah kemaluan. Sivalingam ialah kemaluan
sivalingam".]


Linga bermaksud simbol. Simbol yang mewakili Shiva yang
merangkumi alam smesta. Tiada seorang Hindu yang sembah
Tuhan dalam bentuk Shivalinga dengan tanggapan seperti
yang didakwa oleh Zamri. Pihak seperti golongan jahiliah
( bodoh ilmu ) dan anti Hindu selalu mentafsir sebegitu dengan
tujuan menghina. Contoh terbaik ialah tafsiran orang seperti
Salman Rushdie yang mentafsir ikut kepala sendiri. Maksud
Lingam di tafsir oleh  Monier Williams, dalam  Upanishads dan
Kitab Hindu, ia dirujuk kepada tanda, simbol, perlambangan atau sifat.


Kesimpulan.
Jangan main rasa-rasa, membuat andaian sendiri! Rasa atau
andaian itu boleh menjadi fitnah sekiranya perkara yang  itu
salah. Ia ialah fitnah namanya. Jangan kekal bodoh selamanya.
Masa kecil dahulu, mungkin anda bodoh, tak boleh brain tetapi
sekarang dah matang tetapi otak masih kekal tak boleh brain
ialah keadaan yang sangat malang. Kitab baharu anda ada jelas
menyatakan jangan hina sembahan orang (Quran 6.108). Baik
tumpukan perhatian untuk mendalami agama baharu supaya
dapat peluang untuk mendekati Tuhan.


Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
2 Ogos 2019


Rujukan.
1.Link asal Zamri hina agama Hindu. Video 1 (keratan 1 dan 2)


2. Second link


3. Zamri Hina Sivalinga


4. Zamri  Rasa tak betul…


5.A lingam (Sanskrit) means  "sign, symbol or mark"


6.Sembah Patung? Agama Apa Itu?


7.33 Crore of Hindu Gods?


8. Shiva Linga Dan Konsep Tuhan


9. Firdaus Wong Wai Hung dan MRM R&D TEAM Membuat
Perbandingan Bodoh Lagi. 
(Kaabah di bandingkan dengan berhala)


10.Wrong Perception on Hinduism by non-Hindus – Tell Them
The Truth


No comments:

Post a Comment