Saturday 21 October 2017

Surat Tuntutan Kepada Firdaus Wong Wai Hung dan MRM

Surat Tuntutan Kepada Firdaus Wong Wai Hung dan MRM

Saya/Kami mewakili  umat Hindu di Malaysia.

Melalui,
1. Malaysia Hindu Sangam.
2. Malaysia Hindudharma
    Mamandram
3. Mahaasabha, Malaysia.

Tuntutan Memohon Maaf.
Susulan kepada Surat Terbuka Firdaus Wong Wai Hung dan Team MRMnya kerana tidak dijawab. Surat tuntutan ini adalah untuk saudara Firdaus dan team MRM saudara supaya meminta maaf secara terbuka kepada umat Hindu  melalui paparan fb dan menarik balik paparan yang salah mengenai agama Hindu.Dan segala tulisan mengenai agama Hindu di masa hadapan jika ada / hendak, perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak-pihak yang tersenarai di atas atau pihak kami di Sivasiddhi Spritual Foundation. Ini adalah kerana supaya tulisan saudara tidak akan mengelirukan atau menyebabkan salah faham dikalangan pembaca mengenai agama Hindu.

Renungan Kembali: Kronologi
Perkembangan Lanjut mengenai isu  Surat Terbuka Kepada  Firdaus Wong Wai Hung dan Team MRMnya.(FWWHO) bertarikh 28/7/2017.

Setelah saya mengepos  surat terbuka itu melalui fb, saya telah hantar beberapa salinan surat itu ke pihak Firdaus Wong dalam bentuk komen (dalam beberapa paparan fb beliau, FWWHO), mesej peribadi (fb) dan melalui whatsapp (telefon). Pada mulanya beliau seolah-olah tidak menyedari/mengendahkan surat berkenaan. Tetapi setelah surat itu diutarakan dalam paparan fb beliau  dan disuarakan supaya bertanggungjawap keatas paparan umum beliau, akhirnya pihak admin Firdaus Wong Wai Hung (Official) mengeluarkan kenyataan dalam bentuk komen beliau yang menyatakan  beliau ( Firdaus) berhak untuk tidak menjawab surat terbuka berkenaan.

Petikan daripada paparan fb beliau, (FWWHO)

“Saudara …., anda boleh teruskan untuk membuat surat terbuka menjawab artikel kami kerana itu hak anda. Ianya juga hak kami untuk tidak membalasnya & hak kami untuk terus menulis. “
Admin..  Firdaus Wong Wai Hung (Official).

Saya seterusnya  cuba menghubungi rakan beliau Saudara Zamri Vinod supaya menasihatkan/ mengusahakan satu langkah harmoni untuk menyelesaikan isu ini. Namun ia tidak berhasil.

Saya terpaksa  membuat komen lanjutan di fb FWWH (O),supaya beliau bertanggungjawab ke atas pandangan/kenyataan terbuka pihak beliau mengenai paparan umum. Jika beliau berdiam diri, ini akan menjejaskan kredibiliti dan integriti beliau sebagai seorang pendakwah. Saya tidak mahu perkara sebegini berlaku kepada mana-mana pihak.

Beberapa petikan komen saya di fb FWWHO (diubahsuai)

“Firdaus Wong. …., tak nak jawap ' hak aku', tak nak  jawap atau tak tahu jawap. Inilah akibatnya kalau …...”

“Saudara - saudara Islam yang komen, renunglah sedikit.  Firdaus mengeluarkan artikel/pernyataan yang salah mengenai agama Hindu. Saya meminta beliau menjawab fitnah beliau terhadap agama Hindu. Kamu semua, kalau mukmin/mukminah yang sebenar,nasihatkanlah beliau supaya menjawab surat terbuka berkenaan. Kejujuran dan integriti seseorang itu bergantung kepada kekuatan dia memegang pada perkataan yang diutarakan. Kalau beliau benar ,suruh beliau menjawab. Sikap tidak mahu menjawab menunjukkan / boleh diandaikan   bersalah / dosa seseorang.”

“Jika seseorang membuat perbandingan cara En.Firdaus, petik beberapa ayat daripada kitab kamu, kemudian buat tafsiran berdasarkan kefahaman sendiri, seterusnya menyeru kepada umum. Adakah anda setuju ?  Apabila diminta untuk membuktikan dakwaan beliau, beliau berdiam diri.”
Berdiam diri tidak semestinya benar, banyak yang bersalah juga diam.

Dalam masa menunggu, saya juga telah menghantar satu salinan surat berkenaan kepada  Saudara Kamaruddin Abdullah melalui mesej peribadi fb beliau. Namun tiada sebarang reaksi.

Setelah hampir seminggu saya menunggu, saya cuba menghubungi beliau melalui telefon pada 3/8/2017,12.40 pm +-, beliau menjawab panggilan itu.Kami berbual hampir 20 minit, perbualan yang agak harmoni.Setelah meletakkan pandangan masing-masing , akhirnya beliau berjanji untuk berbincang mengenai perkara ini,(mencari masa untuk bertemu beliau di pejabatnya) dan akan menghubungi saya setelah sampai di pejabat. Namun sehingga kini (21 Oktober 2017),saya tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak beliau.

Ringkasan perbualan telefon.

Saya menegaskan supaya beliau perlu menjawab fitnah beliau ke atas agama Hindu.

Beliau berpegang bahawa beliau tidak salah gunakan fakta terhadap agama Hindu. Mempersoalkan terjemahan orang Hindu/saya, siapa penterjemah,buku belum habis baca,belum faham,berbeza pendapat. ( Adakah  Firdaus Wong sudah baca habis Veda,Yajur Veda, sudah faham? Siapakah Firdaus Wong untuk terjemah/persoal kitab Hindu?)

Dengan itu saya meminta beliau membuat kenyataan umum melalui fb beliau ,mengenai pendirian beliau supaya dapat menjaga kredibiliti dan integriti beliau.
Beliau berjanji akan hubungi saya setelah sampai di pejabat pada hari itu. Namun  sehingga ke hari ini ,tiada sebarang reaksi positif daripada beliau.


Ringkasan Surat Terbuka.

Saya meminta En Firdaus Wong supaya memberi bukti.
1. Y.40.9- berikan perkataan mana yang disebut ‘natural elemen, air,water,fire’, beri tafsiran untuk ayat Y.40.10-11) serta tafsiran asal teks.
2. Ayat mana dalam Kitab Hindu / Veda yang menyatakan penyembahan Tuhan dalam bentuk patung berhala (idol) itu salah (ayat sebenar,bukan tafsiran).
3. Mantra mana yang digunakan oleh orang Hindu untuk menyeru batu,patung dsb.
Ada banyak persoalan sampingan ditimbulkan / akan ditimbulkan dalam surat berkenaan.  ( untuk pencerahan ,sila baca surat pertama bertarikh 28/7/2017, rujuk #SivasiddhiSpeaks

Kesalahan - kesalahan  Firdaus Wong dan Admin FWWHO

Kesalahan Pertama.
Petik ayat di luar konteks (out of context)  disalahtafsir dan dimanipulasi berdasarkan kefahaman sendiri.
Kesalahan Kedua.
Saudara ada menyebut ayat - ayat dari Veda melarang sembahyang berbentuk idol (patung berhala)
Kesalahan Ketiga
Mengambarkan bahawa orang Hindu sembah Patung/Batu.  Lain daripada Tuhan.dll

Kesalahan 4
Shiva Lingam dikatakan sebagai alat sulit manusia.

Kesalahan 5
Veda dan Upanishad menyatakan “tidak boleh dipatungkan, tidak boleh diwajahkan”

Kesalahan 6
Percubaan kaitkan Trisula Shiva dengan simbol setan (red devil).

Kesalahan 7
Paparan fb menyebut agama Brahma.Tiada agama Brahma dalam agama Hindu

Kesalahan 8
Saudara kata ada amalan kasta dalam agama Hindu. Amalan kasta tidak pernah wujud dalam agama Hindu.



Kesalahan 9
Amalan monoteism memang asas agama Hindu, penjelmaan Tuhan dalam pelbagai bentuk rupa dilihat / disalahtafsir sebagai politeism

Kesalahan 10
Upacara Thaipusam dipaparkan sebagai upacara menebus dosa. Salah.



Adalah menjadi tanggungjawab saudara Firdaus sendiri  sebagai seseorang penulis dan pendakwah agama bagi menjamin kredibiliti, integriti dan kewibawaan diri dan team MRM dengan mempertanggungjawabkan segala setiap perkataan yang diutarakan kepada umum.

Masyarakat Muslim juga mengharapkan  Saudara  Firdaus Untuk Menjawab Surat Saya.

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa ahli komentar dalam fb FWWHO yang menyokong permintaan dan persoalan saya. Antaranya Saudara Abu Umar, Apha Mada,Habib Husuain dan Iliyas Ismail, masing - masing berharap dan menunggu jawapan daripada pihak Firdaus Wong berkaitan surat terbuka berkenaan. Terima kasih  saudara - saudara mukmin.

Saya berjanji untuk menunggu panggilan atau jawapan saudara Firdaus dan tidak akan melanjutkan surat baru. Dalam proses menunggu, Saudara Firdaus Wong Wai Hung tidak
menjawab. Tetapi,tiba-tiba beliau  paparkan satu lagi artikel baru berkaitan Thaipusam  pada 5 Oktober 2017 , paparan yang amat memesongkan fakta sebenar upacara Thaipusam.

 Jalan Penyelesaian
 Perkara ini boleh diselesaikan dalam dua cara dan disiarkan secara terbuka di fb saudara.
1. Kalau silap/salah, betulkannya dengan meminta maaf dan menarik balik semua pernyataan yang diuar-uarkan di semua paparan fb beliau. Jangan tulis lagi mengenai agama Hindu tanpa pengesahan.
2. Kalau benar, pertahankannya dengan cara menjawab semua persoalan dengan bukti - bukti sokongan secara terbuka, berdialog harmoni secara terbuka / berdebat secara terbuka ( live).


Saya mewakili umat Hindu di Malaysia menuntut supaya saudara menarik balik semua paparan saudara mengenai agama Hindu dalam paparan saudara dan memohon maaf secara terbuka melalui satu posting di paparan Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Sekian. Salam harmoni.



Om Namah Shivaya.

Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia.
20 Oktober 2017


Sk.
1. Datuk R.S. Mohan Shan,
    Presiden Malaysia Hindu
    Sangam.
2. En. Radhakrishnan, Presiden
    Malaysia Hindudharma
    Mamandram.
3. Swami Brahmananda,
    Presiden Mahaasabha,
    Malaysia.
4. Firdaus Wong Wai Hung (Official)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1737267279915808&id=1637620529880484

Link Surat Terbuka .
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1707474889561714&id=1637620529880484

No comments:

Post a Comment