(Bahagian 1 daripada 2: Menjawab Kemungkaran)
Bertarikh 5 Oktober 2017 di fb.
Link fb Firdaus Wong.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1316550585122591&id=285669801544013
Paparan Fb Firdaus yang bertajuk:
[Menyeksa Diri Untuk Mendekatkan Dengan Tuhan: Ia Anjuran Agama?]
Tajuk paparan itu sendiri seolah-olah menunjukkan niat buruk ( bad faith) Firdaus terhadap agama-agama lain termasuk agama Hindu.
Untuk pengetahuan saudara, setiap manusia yang mempercayai kewujudan Tuhan melakukan pelbagai bentuk ibadat dengan tujuan mendekati Tuhan dan mendapatkan berkatNya. Tiada orang yang akan berasa susah atau rasa seksa apabila mengerjakan ibadah. Misalnya dalam Islam , bersunat ( memotong kulit…), berpuasa ( tahan lapar) mengerjakan haji ( mengharungi cuaca,kesesakan manusia dll). Saya rasa dan percayai setiap Muslim ( Mukmin dan Mukminah) melakukan semua ibadat ini dengan rasa penuh kesyukuran,menghayati kebesaran ,menikmati atau merasakan hikmahNya. Saya tidak tahu mengenai saudara Firdaus dan MRMnya, daripada tulisan post beliau, saya rasa beliau bersama team MRMnya mungkar dalam hal ini. Kemungkinan besar Firdaus melakukan kesemua ibadah tuntutan agamanya dalam keadaan terpaksa, rasa terseksa dan rasa menyakitkan diri dan jiwanya. Harap ada golongan arif agama dapat memberi pendidikan yang sewajarnya kepada Firdaus dan teamnya supaya bebas daripada kemungkaran.
Thaipusam.
Saudara menulis mengenai Thaipusam. Saya lihat saudara menjelaskan dengan baik walaupun ada sedikit kesalahan. “Menyembah Murugan..., nazar,[menebus dosa (memohon ampun).....SALAH], puasa, mencucuk diri dengan [besi...SALAH], makan vegetarian, tidur/ hidup sederhana”. Saudara perlu membuat beberapa pembetulan.
1.Tujuan melakukan ibadah Thaipusam.
Beribu-ribu penganut Hindu daripada keturunan India pergi ke Batu Caves dengan tujuan,
a) membayar nazar. ( tertunainya hajat tertentu)
b) memohon / untuk sesuatu kebaikan / kesejahteraan orang.(diri sendiri,orang kesayangan,semua orang,negara)
c) mengembirakan Murugan, (rasa puas apabila berbuat sesuatu kebaikan /menikmati hikmahnya)
d) menunjukkan rasa kesyukuran ( thanks giving / berterimakasih kerana memberi kehidupan ini).
2.Bukan untuk Menebus Dosa
Untuk perhatian Firdaus.
Tebus dosa atau mohon ampun BUKAN tujuan Ibadah Thaipusam. Thaipusam TIDAK digunakan untuk menebus dosa atau memohon ampun. Upacara menebus dosa dilakukan dalam ritual tertentu yang lain. Setiap dosa perlu dipertanggung jawapkan dan perlu dijawap pada hari penentuan. Mungkin dalam agama lain wujud unsur menebus dosa cara tertentu. Saudara Firdaus , jangan mencampur adukan agama Hindu dengan agama lain tanpa pengetahuan yang sewajarnya. (Rujukan daripada Wikipedia!? Sejak bila Wikipedia menjadi autoriti agama Hindu?)
3.Ritual mencucuk badan dengan benda tajam.
Petikan dari fb Firdaus.
“... jenis ritual yang membawa bentuk melukakan diri (ekstrem) samada…., mencucuk dengan objek tajam,... masyarakat Hindu Tamil,... Thaipusam”
(di petik mengikut kehendak tajuk))
Saudara Firdaus, Dalam agama Hindu, hubungan Tuhan dengan manusia ada pelbagai bentuk. Antara paling popular ialah hubungan Ayah/Ibu dengan anak. Kami percaya setiap insan ialah anak kepada yang Mahaesa. Oleh hal demikian Tuhan tidak pernah meminta atau menyuruh penganut Hindu mencederakan diri atau orang lain untukNya.
Dalam ritual mencucuk diri dilakukan oleh diri individu sendiri dengan bertujuan menguji tahap ketakwaan diri menjalani ibadah Thaipusam. Biasanya, tiada sebarang kecederaan berlaku samada dicucuk. (atau berjalan diatas api). Sekiranya berlaku kecederaan, maka orang itu tahu / dianggap tidak sempurna menjalani ibadahnya dan perlu melakukannya semula sehingga sempurna. Biasanya sistem saraf badan dapat dikawal oleh minda bagi mengelakkan kesakitan disebabkan ketakwaan. Benda tajam yang digunakan bukan dibuat daripada besi. Besi boleh berkarat,bahaya! Biasanya kami menggunakan emas atau aluminium.
Kalau saudara menyamakan upacara Asyura orang Islam ( Syiah) dengan Thaipusam, ia menunjukkan kekurangan ilmu pengetahuan saudara. Upacara Asyura memang bertujuan untuk mencederakan diri. JANGAN kaitkan dengan Thaipusam.
Untuk pengetahuan saudara Firdaus, orang Hindu melakukan ibadah Thaipusam dengan penuh ketakwaan, penuh kesyukuran, menikmati kebesaran Tuhan dan menghayati hikmah Dewa Murugan. Tiada sebarang unsur seksa,menyakitkan atau menyusahkan.
Nasihat kepada saudara Firdaus, jangan buat andaian dan kesimpulan sendiri mengenai agama Hindu. Sekurang-kurang tanya dan pastikan kepada organisasi Hindu atau saya. Jangan memburukkan nama baik saudara dengan cara yang tidak ilmiah ini.
Om Saravana Bhava.
Sri Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia.
8 Oktober 2017
#SivasiddhiSpeaks
C.c.
1.Malaysia Hindudharma Mamandram
2.Malaysia Hindu Sangam
3. Mahaasabha Malaysia
4. Firdaus Wong Wai Hung ( Official)
Firdaus Wong masih belum menjawap Surat Terbuka.
Link.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1707474889561714&id=1637620529880484
Link Bahagian 2 daripada 2: Menjawap Persoalan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1734609513514918&id=1637620529880484
No comments:
Post a Comment