Wednesday 18 October 2017

Menjawab kepada petikan [Perkembangan Agama Di India]


Menjawab kepada petikan
[Perkembangan Agama Di India] Firdaus Wong Wai Hung (Official) bertarikh 18/7/17.

Kepada Firdaus dan team MRM .Tahniah diucapkan terlebih dahulu kerana memperkenalkan Agama Hindu kepada orang Islam yang rata-ratanya tiada pengetahuan. Namun agak mendukacitakan apabila membaca keseluruhan artikel kerana ada unsur bias yang cuba mengambarkan penganut Hindu telah terpesong daripada ajaran sebenar.Saudara perlu menarik balik artikel sebegini , perlu  pembetulan dilakukan dan meminta maaf kerana menukarkan fakta.Kesalahan- kesalahan dalam artikel ini.
1. Tiada agama Brahma. Agama Hindu / Sanatana Dharma / Arya Dharma . Vedanta membawa unsur Brahmanisme ,Bukan agama Brahma. Brahma ialah Trimurthi selain Vishnu dan Shiva. Brahman ialah Tuhan yang satu.

2. Brahman bermaksud Tuhan. Tuhan tidak bernama.Penjelmaan Tuhan/Brahman ada nama seperti Brahma,Vishnu,Shiva..

3. Idea Dravida dan Arya adalah agenda British untuk memecahbelahkan masyarakat India untuk memudahkan penguasaan penjajahan. Masyarakat Harapa hingga Zaman puranik sampai kini adalah masyarakat yang sama melalui evolusi masa ,budaya dan lokasi.

4.Kitab Veda  diturunkan sebagai wahyu /Sruti ( direct revelation of God). Benar seperti ditulis dalam post. Kitab ini diperolehi oleh Vyasa melalui pertapaan /meditasi dan direkodkan oleh Tuhan Ganesha pada waktu ia diturunkan. Manakala  Smriti (remembered Text / dikumpul semula setelah sekian masa yang lama)  ialah  teks dikumpul semula, huraian,tafsiran dll supaya tidak hilang dan lebih mudah difahami. Ia berasaskan syariat asal agama Hindu.Tiada unsur penambahan.

5. Amalan kasta tidak pernah wujud dalam agama Hindu. Perkataan kasta dibawa masuk / diperkenalkan oleh mubaligh Kristian Portugis untuk memudahkan pencerobohan dan dalam memesongkan akidah orang Hindu. Vasudewa Kudampakam, bermaksud setiap insan ialah ahli keluarga Tuhan. Yang wujud ialah Varna, manusia dikelaskan mengikut tahap minda. Tetapi pada waktu kemudian ia disalah tafsir dan disalahguna oleh masyarakat yang tamak kuasa sehingga lupa ajaran sebenar agama Hindu. Ia juga dimanipulasi oleh golongan penjajah agama. Brahmin ialah golongan yang mengamalkan ajaran / tuntutan agama 100% . Sesiapa yang amalkanya ialah Brahmin.
6. Untuk pengetahuan saudara.., orang Hindu tidak menyembah patung,haiwan atau pokok. Berikan ayat / mantra mana dari Kitab Hindu yang menyatakan / membuktikan bahawa orang Hindu menyembah patung…?  PERINGATAN.
Orang Hindu menyembah Brahman/Tuhan dalam pelbagai bentuk. Ini kerana Brahman Maha berkuasa,..Orang Hindu percayai Tuhan boleh menjelma., Tuhan boleh mengambil sebarang rupa,bentuk pada bila bila masa dan di mana mana saja. Kalau Tuhan tidak mampu, ia menjadikan sifat Tuhan tidak sempurna. Adakah sifat Tuhan lemah? Berikan ayat / mantra daripada kitab Hindu yang menyatakan bahawa Tuhan tidak akan atau tidak mampu menjelma…?

7. Berkenaan petikan dari Veda.... Na tasya...., saudara . Tuhan yang Esa,ia adalah kebenaran mengenai Tuhan yang disumbangkan oleh agama Hindu kepada agama lain. Orang Hindu mempercayai Tuhan yang satu,tidak berupa,tidak bernama...., kebanyakan agama kemudian meminjam dari agama Hindu.

8. Penyembahan Tuhan dalam bentuk kuil dan murthy ( patung) memang diperkenalkan kemudian oleh pendita Hindu.  Ia merupakan konsep dinamisme dan perkembangan sains dan teknologi untuk memudahkan umat manusia mendekati Tuhan. Ia berasas syariat agama Hindu. Ia diturunkan secara Sruthi. Pembinaan Kuil  membawa kebaikan kepada manusia di dunia. (Hayati Yajur 40.10 dan 11) jangan hanya cuba tunjukan Yajur 40.9 untuk tujuan manipulasi. TIADA SATU AYAT YANG HALANG penyembahan Tuhan dalam bentuk Patung Berhala.
9. Amalan monoteism memang asas agama Hindu, penjelmaan Tuhan dalam pelbagai bentuk rupa dilihat / disalahtafsir sebagai politeism oleh segelintir manusia yang tiada ilmu.
10. Kuil Brahma tidak dibina bukan kerana pengaruh Empayar Gupta atau sanskrit. Ia mempunyai sejarah tersendiri untuk tidak membinanya,kecuali sebuah kuil sahaja di Rajastan.
11. Cerita mengenai orang Arya adalah pembohongan semata- mata , perkara yang sebenar diputar belit ikut manipulasi dan propaganda penulis.
Kesimpulan
Tuhan maha mengetahui, janganlah tulis  secara prejudis. Mungkin boleh temberang dengan orang yang tidak tahu. Tetapi kamu tidak boleh temberang pada Tuhan.
Penulis cuba mengambarkan bahawa orang Hindu telah terpesong daripada ajaran agama Hindu. Tulisan begini menunjukan niat tidak baik (bad faith) penulis dengan memesongkan atau memberi gambaran yang salah kepada pembaca. Rujukan yang ditonjolkan oleh saudara tidak semestinya mewakili agama Hindu.

Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia

No comments:

Post a Comment