Saturday, 14 October 2017

Menjawab Kemungkaran dan Persoalan-Persoalan Firdaus Wong Wai Hung Terhadap Ibadat Mencucuk Badan pada Upacara Thaipusam. Bah. 2

Menjawab Kemungkaran dan Persoalan-Persoalan
Firdaus Wong Wai Hung Terhadap  Ibadat Mencucuk Badan pada Upacara Thaipusam.


(Bahagian. 2 daripada 2 : Menjawap Persoalan)

Bertarikh  5 Oktober 2017 di fb.
Link fb Firdaus Wong.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1316550585122591&id=285669801544013

Paparan Fb Firdaus yang bertajuk:
[Menyeksa Diri Untuk Mendekatkan Diri Dengan Tuhan: Ia Anjuran Agama?]

Tajuk paparan itu sendiri menunjukkan niat buruk  ( bad faith)   Firdaus terhadap agama-agama lain termasuk agama Hindu.

Menjawab Persoalan - Persoalan Firdaus Wong dan MRMnya

Persoalan 1
a)..terdapatkah sumber atau ... kitab suci utama menganjurkan ritual mencederakan diri untuk diampunkan dosa?

Jawapan: Tidak. Tiada kitab Hindu menyuruh mencederakan diri ,kerana tiada unsur mencederakan  (mortification of flesh) atau meminta ampun ( redeem sins) dalam Thaipusam. 
Kitab Skanda Purana ada menjelaskan bagaimana Idumban melakukan ibadat ini paling awal, kemudian disambut sebagai Thaipusam. Ia juga menjelaskan kebaikan membuat ibadat Thaipusam.
Upacara ( ritual) berasaskan Kitab Veda, bahagian Karma Khanda dikenali Upasana. Ritual adalah sebahagian dari agama.
Unsur mencederakan diri untuk memohon ampun (mortification of flesh ) wujud dalam agama Abraham BUKAN Hinduisme.

 b)Adakah ia simbolik semata-mata?
Jawapan: Tidak. Tiada unsur simbolik. Ia ialah unsur ketakwaan dan keimanan kepada Tuhan. Meliputi unsur sejarah dan penjelasan tersendirinya.

c)Adakah agama ini terbina dengan simbolik-simbolik tersebut dan kemudian hari generasi seterusnya juga akan membina simbolik-simbolik ritual yang baru yang boleh menenggelamkan ritual yang ada sekarang. 
Jawapan: Tidak. Agama Hindu wujud secara abadi, sebab itu ia dikenali Sanathan Dharma ( Undang-undang Abadi). Upacara ritual hanyalah satu bahagian kecil dalam Hinduisme. Setiap satu ritual ada hikmahnya, tiada yang menenggelamkan yang lain. Tetapi ada unsur dinamisme untuk menambah baik selagi tiada unsur melanggar syariat asas  agama Hindu.

Persoalan 2

a)Dan adakah mereka membina ritual ini hanya berfalsafah untuk mendekatkan diri dengan Tuhan atau untuk diampuni dosa mereka dengan menganggap dengan menyakiti diri maka ia boleh menebus dosa?
Jawapan: Ritual adalah sebahagian daripada cara mendekati Tuhan, dan tiada unsur meminta ampun dalam ritual Thaipusam.

b)Tidakkah hal ini lebih dipandu oleh beragama dengan hawa nafsu?
Jawapan:Tidak. Mengawal hawa nafsu merupakan langkah awal utama yang wajib dipenuhi sebelum menyertai upacara Thaipusam. Berpuasa 48 hari, Tidur berasingan untuk mengelakkan sebarang hubungan kelamin,tidur atas tikar biasa, memakan makanan sayuran dengan ala sekadar sahaja. Mengawal minda daripada tidak memikirkan unsur bernafsu ,hanya bertafakur,meditasi,sembahyang sahaja.

Persoalan 3

Adakah ritual sebegini hanya berdiri di atas emosi, elemen sedih dan mengharapkan pengampunan semata-mata?

Jawapan:  Tiada unsur emosi, ianya ketakwaan sepenuhnya. Tiada unsur menyedihkan,ianya nikmat, hikmah, kesyukuran semata-mata. Tiada unsur meminta ampun.

Persoalan 4
a) Malah agama juga diwajahkan seakan begitu menyeksakan. Malah kesemua mereka akan melalui hari-hari yang keras sebelum perayaan itu seperti berpantang terhadap segala keselesaan dan seumpamanya.

Jawapan:  Tiada unsur keseksaan langsung. Hanya saudara Firdaus dan team Mrm cuba memaparkan atau mewajah upacara Thaipusam sebagai menyeksakan . Saya harap saudara  tidak menulis dengan niat jahat untuk memburukkan agama Hindu.

b) Adakah itu agama? Sedangkan agama berasal dari 2 suku kata Sanskrit iaitu A dan GAMA, A bermaksud ‘tidak’ dan GAMA bermaksud huru hara.

Jawapan: Ritual Thaipusam ialah sebahagian daripada ibadah agama dan tidak bercanggah dengan kitab Hindu.
Tafsiran bagi perkataan ‘agama’ yang saudara uarkan ini sangat luarbiasa.(Mana saudara dapat tafsiran begitu?) Sila bagi rujukan untuk tafsiran saudara. Adakah tafsiran ini ciptaan Ahmad Iqram dan MRM?

Maksud agama dalam Sanskrit ialah peraturan ,doktrin atau hukum yang wajib diikuti apabila melakukan sesuatu upacara keagamaan, ia menjadi tradisi ,ianya diturunkan dalam bentuk Sruthi ( Wahyu ) daripada Tuhan yang Mahaesa melalui masa dan keperluannya. Ia diturunkan sepanjang zaman.( unsur dinamisme Hinduisme)
Perkataan gama and agama tiada kaitan langsung, cara Firdaus mentafsirkan kedua-dua perkataan itu menunjukkan kedangkalan ilmu dan mentaliti sempit saudara. Inilah akibatnya,jika berguru dengan orang yang bergantung kepada formula tadika (2+2=4). Firdaus mungkin dalam keadaan  ['huru hara' (gama) pada mulanya,kemudian setelah jumpa  huruf 'a' ( tidak) , dia menjadi ' tidak huru hara' (agama).  …tafsiran Firdaus]

 c)Maka melihat kepada ritual ini adakah ia mencapai maksud kepada makna agama itu sendiri?
Jawapan. Ya. Ritual Thaipusam mencapai maksud dan menepati makna  agama Hindu. Saudara Firdaus tidak perlu rasa sebarang kesangsian terhadapnya. Mungkin saudara Firdaus sesat dalam pencarian dan keliru dalam proses mencari ketenanganan jiwa.

Persoalan 5
Mungkin juga ritual sebegini wujud hasil dari cara manusia cuba memahami untuk mendapat kesenangan itu perlu dikorbankan dengan kesakitan dan kesusahan lalu mendorong mereka untuk bertindak mengorbankan anggota badan mereka.
Jawapan. Ritual Thaipusam wujud daripada Wahyu , bukan daripada pemikiran manusia Andaian saudara menunjukkan sifat mungkar saudara akan kebesaran Tuhan.
Andaian saudara mengenai keperluan pengorbanan untuk mencapai kesenangan itu ada kebenarannya. Tetapi bukan seperti andaian negatif saudara.Tiada sebarang anggota badan dipotong atau tercedera samada sebelum, semasa atau selepas  Thaipusam. ( Kecuali yang tidak ikut peraturan)
Setiap penganut Hindu yang terlibat dalam ritual Thaipusam banyak  berkorban  dan tidak menggunakan jalan pintas seperti dalam setengah agama. Contohnya Isis ,”golongan sesat Islam ( diakui sendiri oleh Zakir dan TPM Datuk Zahid) yang cuba guna jalan pintas ke syurga dengan membunuh” . Ada segelintir “golongan sesat ( pegebom ‘berani mati’ / pengecut) ingin menebus dosa dan masuk syurga dengan meledakkan bom  dikalangan insan tidak berdosa. Saya percaya saudara Firdaus amat arif mengenai perkara jalan pintas untuk mencapai syurga yang disalah tafsir oleh golongan sesat dalam Islam. Saudara lebih baik menumpukan perhatian untuk mendidik golongan sesat dalam Islam yang menjadi ancaman kepada umat manusia sedunia yang dicipta oleh Tuhan yang satu itu.

Pengorbanan yang dilakukan oleh penganut Hindu semasa upacara Thaipusam terdiri  daripada pelbagai segi,
a)  Masa.
     Penganut mengambil masa 48 hari maksima untuk mengambil bahagian dalam ritual Thaipusam. Setiap hari dilalui pelbagai ritual sembahyang yang mempunyai tujuan dan hikmah tertentu.
b)  Wang.
      Setiap sen yang dibelanjakan   untuk Thaipusam   datangnya dari hasil titik peluh sendiri. Bukannya daripada subsidi atau  bantuan... etc.
c)  Mengawal hawa nafsu.
Adalah salah satu prasyarat
utama yang wajib dipenuhi
bagi setiap penganut yang
akan menyertai upacara Thaipusam.
d)  Keseronokan.
     Mengawal diri daripada sebarang keseronokan ,  hiburan, minuman alkohol dsbnya. Tumpuan pada sembahyang
 diutamakan.
e)  Berpuasa.
    Puasa ada hikmahnya. Begitu juga puasa orang Hindu sebagai persediaan Thaipusam. Ada beberapa jenis puasa diamalkan.
    i).    Makan vegetarian sahaja.
    ii).   Makan vegetarian ala
           sekadar sekali sahaja
           dalam sehari.
     iii). Makan buah dan minum
           susu sahaja ala sekadar.
     iv). Minum air sahaja dalam
           sehari.
      v). Langsung tidak makan
           atau  minum sehingga
           ritual Thaipusam selesai.

Kesemua cara puasa ada hikmah atau tujuan tertentu akan diamalkan pada masa tertentu.Tidak ada yang rasa seksa atau dipaksa. Ia dilakukan atas dasar keimanan dan ketakwaan terhadap Tuhan. Kalau anda yang berpandangan sempit ingat ia sebagai seksaan, itu adalah kemungkaran diri sendiri terhadap Tuhan yang Mahaesa. Puasa yang diamalkan oleh saudara dalam Islam sangat berbeza dengan puasa orang Hindu.

Kesimpulan
Untuk pengetahuan saudara Firdaus, orang Hindu melakukan ibadah Thaipusam dengan penuh ketakwaan, penuh kesyukuran, menikmati kebesaran Tuhan dan menghayati hikmah Dewa Murugan. Tiada sebarang unsur seksa,menyakitkan atau menyusahkan.
 Setiap orang Hindu amat menghormati agama lain. Tetapi mentaliti segelintir orang Muslim seperti  Saudara Firdaus dan anak buah pimpinan saudara tidak faham agama orang lain seperti agama Hindu. Mentaliti sempit,membuat pelbagai andaian seperti:
a. Ingat orang Hindu sembah
    patung, batu dll.
b. Ingat  upacara nazar
    Thaipusam itu menyeksakan.
c. Ingat orang Hindu  akan masuk
    neraka.
d. Ingat orang Hindu sebagai kafir,
    tidak sembah Tuhan.
5....dll

Kami orang Hindu tiada masalah jika itu ialah pandangan saudara. Sebabnya, kami tahu kami hanya perlu menjawab kepada Tuhan dan Tuhanlah pengadil yang muktamad di akhirnya nanti.
Mentaliti sempit begini  boleh menyebabkan anda menyimpang daripada ajaran agama sendiri. Walau apa pun pegangan agama anda, anda tidak sepatutnya membuat perbandingan dan pentafsiran sendiri berdasarkan agama sendiri. Ini kerana ia akan bercanggah dengan agama anda sendiri dan etika perbandingan agama.

Saudara hayatilah kitab kamu.
Dalam al Quran  ada disebut:
a)  manusia tidak boleh
     melampau…” (anda telah
     melampaui batas) (Surah al
     Maidah: 87)
b)  ….jangan hina (bandingkan
     dengan niat jahat) agama  lain
      ...( Q.6.108)
c)  ….setiap info perlu dikaji
     sebelum mempercayainya
     (sebelum post di fb)...(Q.17.36)
d) ...

Nasihat Kepada Firdaus Wong dan Team RnD MRM.
1. Fokus dalam menambah baik ilmu agama sendiri dan mempraktikkan dengan ketakwaan dan keimanan,bukan mengikut HAWA NAFSU.
2. Mempelajari agama Hindu dengan lebih mendalam lagi kalau hendak menulis mengenai agama Hindu. Sekurang-kurangnya dapatkan nasihat daripada yang arif, seperti senarai cc.di bawah MHDM, MHS, Mahaasabha,  SSF dll sebelum post di fb.
3. Menumpukan perhatian kepada golongan Islam yang sesat daripada ajaran sebenar seperti Isis, militan dan pengebom  dan sebagainya. Cuba didik golongan penagih dadah yang sesat itu. ( pesanan Tun Mahathir)

Jangan sibuk atau risau mengenai Thaipusam atau agama Hindu. Tidak wujud amalan dan kepercayaan pelik yang  bercanggah dengan akal dan fitrah manusia. Hanya akal fitrah saudara tidak mampu untuk menilainya. Walau apa pun,biar Tuhan menentukannya.
Didik R&D Team MRM
            saudara dengan lebih
            baik supaya tidak
            merosakkan nama
            saudara sebagai
            pendakwah.

Malaysia negara majmuk amat perlu bagi setiap rakyat untuk hormat dan menghormati sesama kita. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia.Salam hormat.

Om Saravana Bhava.

Sri Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia.
12 Oktober 2017
#SivasiddhiSpeaks

C.c.

1. Malaysia Hindudharma Mamandram
2. Malaysia Hindu Sangam
3. Mahaasabha Malaysia
4. Firdaus Wong Wai Hung
    ( Official)

Firdaus Wong masih belum menjawap Surat Terbuka.
Link.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1707474889561714&id=1637620529880484

Link Bahagian 1 daripada 2: Menjawap Kemungkaran.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1733146380327898&id=1637620529880484

No comments:

Post a Comment