Friday 23 February 2018

Surat Terbuka Umum

Surat Terbuka Umum.

Kepada,
Para Muslim yang Mukmin.
Pihak- Pihak yang berkenaan.

Firdaus Wong Wai Hung Official Menghina Agama Hindu.

Firdaus Wong dan organisasi MRM melalui posting fb di
Firdaus  Wong Wai Hung Official menghina agama Hindu dengan alasan hendak menjawab seseorang. Artikel asal tidak dapat diakses.( Kemungkinan besar telah dipadam oleh beliau )
Link asal.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1423323867778595&id=285669801544013

Salinan artikel Firdaus Wong berkenaan dalam simpanan saya. https://docs.google.com/document/d/1SaEmh4emKGPW3l_94tp96YqMwJHWkB1Vy5sWRgaE7s8/edit?usp=drivesdk

Modus Operandi menghina agama Hindu.

Firdaus Wong menghina agama Hindu dengan alasan hendak menjawap persoalan atau pendapat seseorang.

Petikan daripada artikel beliau.
“Jawapan Kepada Tuduhan Kononnya Kaabah Adalah Kuil Siva ‘Kaabalishwaran’ & Dalamnya Ada Siva Lingam”
...Idea ini dicetuskan oleh seorang penulis Hindu bernama Purushottam Nagesh Oak”

Saya setuju dengan tindakan Saudara Firdaus bertanya atau menjawap penulis berkenaan atau sesiapa yang menggunakan ia sebagai sumbernya. Patut membuat laporan polis dan ambil tindakan yang sewajarnya.  Saya sokong.

Tetapi, saya amat tidak bersetuju dan membantah tindakan saudara Firdaus Wong menghina agama Hindu dengan alasan menjawab seseorang. Bukti Firdaus menghina agama Hindu.

a)Pernyataan dalam artikel Saudara Firdaus, mengaitkan Tuhan Siva dengan syaitan.
“... mengaitkan bahawa imej Siva memiliki lembing trisula itu pengaruh dari dewa Greek iaitu Poseidon? atau imej Devil yang sering kali digambarkan syaitan berwarna merah memiliki trisula seperti Siva? “...”kemudian mengaku tidak wajar berbuat demikian … “

Pernyataan atau persoalan begini salah, ia tidak harus di kaitkan atau diutarakan walaupun dalam bentuk persoalan untuk paparan dikalangan umum. Sebarang posting dalam bentuk persoalan juga boleh menyampaikan idea tertentu.

Adakah seseorang terutamanya bukan daripada agama tuan, boleh mengeluarkan persoalan-persoalan sensitif mengenai agama tuan secara terbuka dikalangan umum?

b) Pernyataan dalam artikel Saudara Firdaus mengenai Siva Linga sebagai alat sulit. Pandangan begini adalah sangat menghina dan hanya akan dilakukan manusia jenis bangsat ,pariah atau mlecha seperti Swami Balendu). Hanya golongan yang malang akan berfikiran demikian.

Petikan dari artikel Firdaus,
“... Lingam bermaksud kemaluan atau simbol bagi Siva. Manakala Yoni pula bermaksud faraj atau kemaluan bagi dewi atau Shakti. Namun ada segelintir yang membuat laporan polis kononnya kami menghina dan mengfitnah agama Hindu dengan mengatakan Lingam & Yoni bukannya kemaluan lelaki dan perempuan.

Bukan kami yang mencipta idea Lingam dan Yoni adalah kemaluan lelaki dan wanita tetapi para sarjana Hindu sendiri turut mengakuinya? Swami Balendu menulis dalam websitenya "Shiva Lingam - How the Worship of a Penis started in Hinduism"  dan anda boleh membacanya di sini > http://bit.ly/2ndq24H …”

Pernyataan ini salah sama sekali.
Maksud sebenar Siva Linga boleh dirujuk daripada kitab asal versi Sanskrit yang menjelaskan ia sebagai lambang Tuhan yang Mahaagung. Boleh rujuk daripada Atharva Veda, Upanishads, Siva Purana ,Linga Purana, Skanda Purana dan banyak sumber lain.

Sumber Rujukan Yang Tidak Sahih Digunakan.

Sumber Firdaus Wong dalam menulis artikel mengenai Siva Linga itu adalah bukan daripada sumber primer daripada teks asal, versi Sanskrit.

Firdaus Wong jelas menghina dan fitnah mengenai Siva Linga kerana sumber yang tidak sahih daripada sumber Swami Balendu. Adakah Swami Balendu ialah seorang sarjana Hindu seperti yang dinyatakan oleh Firdaus Wong? TIDAK. Balendu ini menyamar sebagai seorang Hindu dengan menggunakan gelaran swami.

1. Swami Balendu ialah seorang atheist, murtad daripada agama Hindu. Ada pengakuannya sendiri.
http://www.dnaindia.com/india/interview-meet-swami-balendu-an-atheist-guru-with-a-non-religious-ashram-in-vrindavan-2113623

2. Percubaan Swami Balendu mengadakan Konferensi Atheist Mathura 14 Oktober 2016. Ditentang oleh Imam Masjid Shahi, Mathura dan Ketua agama Hindu.

https://www.google.com/amp/s/m.timesofindia.com/city/agra/Wife-of-atheist-guru-seeks-German-embassy-help-for-protection-of-her-human-rights/amp_articleshow/55071617.cms

3. Artikel Swami Balendu itu tidak ada sebarang sumber rujukan.Sebuah artikel tanpa sebarang rujukan yang sahih tidak boleh atau patut digunakan sebagai sumber rujukan. Perbuatan begini melanggar etika bidang penulisan ilmiah. Lebih-lebih lagi apabila membawa idea negatif. (sila rujuk artikel dia)

4. Nota Kaki atau bahan rujukan yang digunakan dalam keseluruhan artikel  Firdaus Wong itu hanyalah sumber sekunder. Tiada satu pun di rujuk daripada sumber primer iaitu teks Sanskrit asal.

5. Walaupun sekiranya Firdaus Wong menggunakan teks asal,  siapakah dia untuk mentafsir dan menghurai kitab Hindu? Adakah tafsiran Salman Rushdie mengenai Kitab agamanya boleh diterima oleh Firdaus Wong sebagai sahih? Sudah pasti TIDAK.

Pengunaan sumber-sumber sekunder dan sumber yang tidak sahih dalam penulisan artikel  berkenaan ialah suatu perbuatan menghina agama Hindu.

 Perbuatan Firdaus ini menimbulkan rasa resah dan rasa tidak puas hati dikalangan penganut agama Hindu dan boleh memcetuskan konflik agama dikalangan rakyat Malaysia. Ada di antara komentar yang boleh dilihat menunjukkan rasa  marah di posting fb beliau.

Kredibiliti sumber Firdaus Wong ini samalah seperti menggunakan sumber Salman Rushdie, seorang atheist yang murtad daripada agama Islam, menulis negatif mengenai agama Islam.

Bolehkah seseorang menggunakan sumber Salman Rushdie  atau Wikipedia untuk menulis, mentafsir dan menilai agama tuan - tuan? Adakah Firdaus Wong menggunakan atau mencadangkan penggunaan sumber Salman Rushdie itu sah?

Firdaus Wong Sering Menghina.

Perbuatan menghina agama Hindu sering kali dilakukan oleh Firdaus Wong dan MRM. Ini bukan kali pertama. Terdapat lebih daripada 10 kesalahan oleh Firdaus Wong dan team MRM terhadap agama Hindu.

Saya telah /pernah menulis kepada dalam fb Firdaus Wong sebelum ini untuk meminta penjelasan,  menuntut permohonan maaf dan menarik balik pernyataan tentang pembohongan dan fitnah mengenai agama Hindu daripada fb. Namun kesemua surat -surat ini tidak diendahkan oleh Firdaus.

Senarai Surat Saya.
1. Surat Terbuka. Tidak dijawab.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1707474889561714&id=1637620529880484

2. Surat Tuntutan. Tidak dijawab.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1737267279915808&id=1637620529880484

3. Surat Mengenai Thaipusam. Tidak dijawab.
Bahagian 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1733146380327898&id=1637620529880484
Bahagian 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1734609513514918&id=1637620529880484

4.Komen-komen saya dalam posting fb beliau tidak dipandang serius.

Beliau melarikan diri daripada bertanggungjawab kepada posting beliau. Beliau tidak mahu menjawab. Beliau pernah menegaskan bahawa ‘hak dia untuk tidak menjawab’. Kemudian mengeluarkan posting baharu dengan pembohongan seterusnya.

Jika saya buat perbandingan cara Firdaus, petik beberapa ayat dari kitab kamu, kemudian buat tafsiran sendiri, seterusnya meuar-uarkan kepada umum. Adakah anda setuju ?  Apabila diminta huraikan bukti, jawapan dia,

“Saudara ...., anda boleh teruskan untuk membuat surat terbuka menjawab artikel kami kerana itu hak anda. Ianya juga hak kami untuk tidak membalasnya & hak kami untuk terus menulis. “
Admin..  Firdaus Wong Wai Hung (Official)”

Kepada para Mukmin dan Mukminah, maafkan saya sekiranya saya ada terlepas kata yang menyinggung. Saya  tidak dapat menerima pernyataan yang salah mengenai agama saya. Sebarang fakta diutarakan perlu daripada sumber primer.  Kerana perkara yang menyentuh akidah, lebih -lebih lagi ia diutarakan oleh seorang yang bukan agama berkenaan.
Apakah tindakan saudara sekalian, sekiranya seorang bukan Islam mengeluarkan pernyataan sebegini terhadap agama anda?

Saya bukan anti Firdaus Wong.  Hanya saya tidak dapat terima sikap beliau yang lari daripada bertanggungjawab keatas post beliau terhadap agama Hindu.

Golongan pendidik, penceramah, pendakwah dll perlu ada sikap bertanggungjawab bagi setiap perkataan yang diutarakan dikalangan umum. Sikap bertanggungjawab ini dapat menjamin intergriti, kredibiliti dan digniti seseorang itu.

Setiap rakyat Malaysia perlu beringat pesanan Prof. Shamsul Amri, "perpaduan adalah kunci survival kejayaan negara" . Marilah kita sama - sama mengekalkan perpaduan.

Saya bersyukur kerana masih ada dikalangan mukmin yang memahami tujuan saya mempersoal Firdaus Wong. Misalnya, saudara Shahrir Baharuddin,  Hazman Rahman,  Zulkarnaen Sokarnor dll,  terima kasih kerana memahami mengapa saya mempersoalkan Firdaus Wong.

Kepada Saudara Firdaus Wong.

Saudara Firdaus perlu bertanggungjawab kepada segala fitnah keatas agama Hindu.

Saya menuntut supaya saudara,
1. Meminta maaf secara terbuka melalui posting fb.
2. Menarik balik semua posting mengenai agama Hindu.
3. Tidak membuat sebarang posting mengenai agama Hindu.

Kalau Saudara Firdaus Wong tidak bersalah,  maka saya menuntut supaya saudara Firdaus menjawab semua soalan -soalan saya mengenai agama Hindu seperti yang dinyatakan dalam posting saudara. Saya boleh sediakan siaran langsung secara tertutup. Keadaan ini akan memberi peluang untuk membuktikan kebenaran Saudara.

Kesimpulan.

Saudara berhak untuk berdakwah mengenai agama saudara, saya tiada masalah dalam hal ini.  Tetapi saudara tiada hak untuk menulis atau fitnah mengenai agama Hindu. Selagi saudara belum membuktikan kebenaran atau meminta maaf secara terbuka, perbuatan ini ialah FITNAH.

Perbuatan Firdaus Wong ini melibatkan semua Muslim, ianya perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam sendiri.(Q. 6.108). Ia juga adalah perbuatan melanggar Perlembagaan Negara. Tindakan keras patut diambil terhadap Firdaus Wong dan organisasi MRM beliau.
Saya meminta rakyat Malaysia sama - sama bertanggungjawab demi menjaga keharmonian masyarakat.

Om Namah Shivaya

Sri Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation
Malaysia

12 Februari 2018

S. K.
Malaysia Hindu Sangam.
Malaysia Hindudharma Mamandram.

(P/S.Saya menggunakan nama Pena untuk mengelakkan publisiti murahan atau menjadi juara.  Akan tampil diri jika keadaan memerlukannya)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1785892831719919&id=1637620529880484


No comments:

Post a Comment