Baru - baru ini saya ada terbaca dua buah artikel dan menonton sebuah klip video dari pihak saudara yang memaparkan perkara mengenai agama Hindu dan sejarah perkembangannya. Percubaan saudara amat baik dan dialu - alukan. Ia dapat memperkenalkan agama Hindu kepada orang bukan Hindu, terutamanya orang Islam yang langsung tidak tahu mengenai agama Hindu. Sekurang- kurangnya kini ramai yang akan memahami konsep tauhid agama Hindu, Veda dan sebagainya.
Melanggar Etika Perbandingan Agama.
Saya ingin menarik perhatian saudara sekalian(team Mrm) supaya lebih peka apabila menggunakan ayat-ayat suci kitab Hindu, terutamanya Yajur Veda yang dipetik tidak menyeluruh, disalah tafsir kemudian disimpulkan berdasarkan agama sendiri. Perbuatan begini amat bercanggah dengan etika perbandingan agama. Ia boleh dikira menghina sesuatu agama dan berdusta ( blasphemy) terhadap Tuhan.
Kesalahan pihak saudara mengenai kitab Yajur Veda.
Kesalahan Pertama.
Petik ayat di luar konteks (out of context) , disalahtafsir dan dimanipulasi berdasarkan kefahaman sendiri.
Contoh yang paling ketara,
menyalah tafsirkan ayat suci kitab Hindu Yajurveda 40.9
“andham tamah pravishanti ye asambhutim upasate “
“अन्धं तमः प्रविशन्ति येऽसंभुतिमउपासते”
Ditafsirkan salah begini.
“They enter darkness, those who worship the natural elements” (Air, Water, Fire, etc.) “They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti. (created things ..picture,chair, ….idol. tohmahan Zakir)

Kalau benar tafsiran saudara, sila tunjuk perkataan-perkataan yang mana menunjukkan api,air,angin, natural element...
Sloka Lengkap yang Sebenar.
Yajurveda 40.9
andham tamah pravishanti yeasambhutimupasate
tato bhuya ive te tamo ya u sambhutyamratah.
Sloka Lengkap yang Sebenar.
Yajurveda 40.9
andham tamah pravishanti yeasambhutimupasate
tato bhuya ive te tamo ya u sambhutyamratah.
अन्धं तमः प्रविशन्ति
येऽसंभुतिमउपासते
ततो भूय इव ते तमो य उ
ततो भूय इव ते तमो य उ
सम्भुत्याम्रताः
Tafsiran Sebenar.
"The actual mantras mentioned that God has no image(asambhuti/ formless/arupam) and has image (sambhuti/form/rupam).Don't worship Sambhuti or Asambhuti alone.The effects of Sambhuti are different from the effects of Asambhuti.So worship both Sambhuti and Asambhuti.

Yajur 40.9
Those who is believe God in ONLY no image form ( formless form/asambhuti) is in the darkness ,those who believes ONLY in image form (sambhuti) is in the further darkness.
Yajur 40.10
Praying God in no image form (asambhuti) and praying God in image (sambhuti) has different effect.
Yajur 40.11
AND ONLY those believes both form and formless form of God is the real bhakta,will reach His abode."
AND ONLY those believes both form and formless form of God is the real bhakta,will reach His abode."
Tolong Hentikan Penyebaran Fakta yang Salah.
Tolong hentikan penyebaran maklumat yang salah mengenai Agama Hindu. Adalah berdosa membuat fitnah ke atas agama lain. Baca Y.40.9-11 sepenuhnya daripada teks asal.
Tolong hentikan penyebaran maklumat yang salah mengenai Agama Hindu. Adalah berdosa membuat fitnah ke atas agama lain. Baca Y.40.9-11 sepenuhnya daripada teks asal.
Dosa.
Menurut Garuda Purana, orang yang membohongi (menghina) benda berkaitan agama akan disiksa di neraka. Saya rasa dalam Kitab Islam ada menyebut tentang dosa menghina agama lain. Fahamilah kitab kamu dengan sebaik - baiknya.
Tafsirkan
Kalau saudara pakar sanskrit, tolong baca dan tafsirkannya supaya faham sepenuhnya.
Mantra-10
अन्य देवाहुः सम्भवादन्यदाहुरसम्भावात् |
इति शुश्रुम धीराणां ये नस्तद्विचचक्षिरे ||
अन्य देवाहुः सम्भवादन्यदाहुरसम्भावात् |
इति शुश्रुम धीराणां ये नस्तद्विचचक्षिरे ||
Mantra-11
संभूतिं च विनाशं च यस्त द्वेदोभय सह |
विनाशेन मृत्युं तीर्त्वा संभूत्यामृतमश्नुते |
संभूतिं च विनाशं च यस्त द्वेदोभय सह |
विनाशेन मृत्युं तीर्त्वा संभूत्यामृतमश्नुते |
Kesalahan Kedua.
Saudara ada menyebut ayat - ayat di bawah ini melarang sembahyang berbentuk idol (patung berhala)
‘Following verse shows the prohibition of worshipping idols:
1) “na tasya pratima asti
“God do not have any image.” (Yajurveda 32:3)
2) “shudhama poapvidham”
“God do not have established body and it is pure.” (Yajurveda 40:8)’ …...( petikan daripada paparan fb Firdaus Wong Wai Hung (Official).26 Jul. 2017

Saudara Firdaus, Ayat - ayat itu menjelaskan keadaan Tuhan/Brahman yang tidak ada rupa. Pengetahuan mengenai konsep Brahman/Tuhan tidak mempunyai imej, nama,hanya Satu...telah diketahui paling awal di dunia oleh penganut Hindu berbanding agama - agama terkemudian. Agama - agama terkemudian samada meminjam,mempelajari atau meniru daripada agama Hindu (kecuali yang dapat wahyu)
Saudara, dalam Kitab Veda, tidak ada satu patah perkataan yang melarang penyembahan Tuhan dalam bentuk patung berhala. Saya mencabar saudara berikan saya mana satu ayat yang melarang penyembahan Tuhan dalam bentuk tertentu (patung) daripada Veda? (I want the exact verse says the prohibition not interpretation )
Sembah Patung/Batu.
Mungkin dalam kitab kamu ada larangan terhadap sembah patung/batu. Saya sangat setuju dengan larangan sembah patung/batu. Tunjukkan kepada saya mana satu agama/orang yang sembah patung/batu. Adakah sesiapa sembahyang dengan mengucap , ‘ oh patung …..oh batu…’. Buktikan kepada saya mana satu mantra yang diucap semasa orang Hindu sembahyang yang menyeru pada patung,batu…
Kesalahan- Kesalahan Lain
Akan disenaraikan jika diperlukan.
Sedarlah Diri.
Kalau tidak faham agama orang,janganlah cuba mentafsir sendiri dan menyeru kepada orang. Tafsirlah kitab kamu dan serulah kepada orang lain. Saya rasa kamu lebih memahami kitab kamu. Tidak salah berdakwah,tetapi cara dakwah perlu ada adab. Dakwahlah dengan cara yang berhemah.Adakah Nabi berdakwah dengan membuat perbandingan agama?
Kesimpulan.
Tafsiran yang salah ialah percubaan menghina agama ,bercanggah dengan amalan dan etika. Juga berdosa mengikut kitab kamu.Percubaan untuk memesong akidah ialah dosa yang besar dalam agama Hindu.
Saudara Firdaus,
kalau kamu tidak arif, belajar. kalau kamu tersilap, betulkan.
kalau kamu betul, berdebat.
kalau kamu berani, silakan.
Tuhan Mahamengetahui, kamu perlu menjawap kepadaNya bila tiba waktunya.
Om Namasivaya.
Sri Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia
Sri Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia
28 Jul. 2017
(Refer Sivasiddhi Speaks in fb)
No comments:
Post a Comment