Post FB Firdaus Memfitnah Sai Baba.
Firdaus Wong dalam Fb menyiarkan satu siaran mengenai tokoh agama Hindu iaitu Sai Baba sebagai penipu, membuat serangan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak. Beliau cuba kaitkan hal wanita kepada tokoh agama Hindu setelah tersangkut dengan seorang ustaz tempatan iaitu Ustaz Ebit Liew baru-baru ini. Masalah antara kedua mereka cuba dikaitkan dengan tokoh Hindu. Firdaus Wong menyerang Sai Baba dengan artikel Ariff Ahmad III
Antara fitnah ialah,
1.Sexual harassment terhadap wanita-wanita.
2.Terdengar dakwaan dia melakukan sex abused dekat kanak-kanak lelaki.
3.Punca kekayaan tersebut adalah daripada aktiviti haram
4.Pentaksubnya pula akan menyerang mana-mana individu atau pihak yang cuba mengkritik dan membongkar penyelewengan dan kecurangan Sai Baba ini.
Adakah samada Firdaus atau Ariff Ahmad mempunyai bukti keatas klaim mereka?
Apakah keperluan menyentuh hal Sai Baba dalam masalah antara Firdaus dengan Ustaz Ebit Liew?
Ada diantara komen-komen dalam post ini mengambarkan situasi masalah antara mereka.
Post Firdaus Wong 25 Julai 2021.
SAI BABA - TOKOH AGAMA, KAYA, DERMAWAN DAN PENIPU!
Diceritakan Sai Baba punya hampir 100 juta pengikut. Yang ekstrimis ada hampir 6 juta orang sanggup mati untuknya. Begitulah betapa kuat dan berpengaruhnya Sai Baba ketika itu walaupun tiada media sosial di zamannya.
Sai Baba dikenali sebagai “wali” untuk agama Hindu yang “soleh” dengan “keramat” yang boleh merawat pelbagai penyakit. Yang lebih menarik, dia mampu mengeluarkan emas dari tangan kosong dengan menggunakan silap mata.
Sai Baba juga sangat kaya. Ketika zaman hidupnya, tiada siapa yang tahu dari mana datang kekayaannya. Dia membangunan hampir 1200 pusat organisasinya, banyak rumah-rumah perlindungan, sekolah-sekolah dan hospital-hospital dia bangunkan. Dia dikenali juga sebagai seorang dermawan dan filantropis.
Popularitinya di kalangan rakyat dan orang awam menjadikan Sai Baba untouchable dan invincible. Politikus dan kerajaan terpaksa menunggang popularitinya. Walaupun mereka mendengar dan mendapat laporan tentang kecurangannya.
Ketika itu pun telah muncul beberapa pihak yang bangkit membongkarkan penipuan-penipuan Sai Baba seperti silap matanya, cuci duit dan sexual harrassment terhadap wanita-wanita. Juga terdengar dakwaan dia melakukan sex abused dekat kanak-kanak lelaki.
Tetapi semua itu dinafikannya dengan kata-kata hikmah, sedih, cerita sumbangannya selama ini dan air mata mata keramat. Pentaksubnya pula akan menyerang mana-mana individu atau pihak yang cuba mengkritik dan membongkar penyelewengan dan kecurangan Sai Baba ini.
Nama Sai Baba terlalu besar sehingga para mangsa menjadi takut hendak melaporkan salah lakunya. Bahkan pihak kerajaan juga takut nak ambil apa-apa tindakan. Sehinggalah seorang demi seorang mangsa tampil.
Akhirnya nama Sai Baba goyang. Yang mencari kebenaran meninggalkan Sai Baba. Yang taksub, masih terus menyembah Sai Baba sampai hari ini.
Setelah kematian Sai Baba, didapati sejumlah harta bernilai berbillion dijumpai. Setelah disiasat, kebanyakan punca kekayaan tersebut adalah daripada aktiviti haram yang menggunakan khidmat Sai Baba untuk disucikan.
Itu kisah Sai Baba. Sebab itu Islam melarang taksub. Melarang melampau dan memuji muja tokoh secara berlebihan. Dalam berbaik sangka, tetap kena skeptikal. Islam tidak menolak logik, Islam itu sendiri logik dan beyond logic.
Terus ber #mindaskeptikal dan amalkan #evidencebased dalam kehidupan anda. Jangan ditipu dengan karaktor-karaktor seperti Sai Baba, Ustaz Mahdi, Abuya, Ibnu Muljam, dan akhir sekali Dajjal yang boleh membawa syurga dan neraka di depan mata anda.
;)
Kredit @aliff Ahmad lll
Apakah hubungan Aliff Ahmad dengan Firdaus Wong? Mengapakah Firdaus Wong mengkreditkan artikel ini kepada Ariff? Jika artikel milik Ariff, maka tindakan perlu diambil keatas Ariff Ahmad sekali.
Screenshot daripada Fb Firdaus ( Kini tiada dalam fb, akaun Fb Firdaus ditutup)
Komen saya dalam Link itu
Komen-komen lain dari post berkenaan.
Ada pengikut Firdaus menyoal dia kerana tidak puas dengannya.
Firdaus perlu pakar psikologi…
Jangan menyampah
Harun Yahya, Sai Baba, Ustaz… masalah perempuan? siapa Ustaz mangsa itu?
A non Muslim questions!
Baik buat aduan dan fokus dakwa, posting ini hanya mengundang caci maki
Aku rasa kau boleh senyap
Tak perlu sindir sampai Sai Baba
Tak ada Contoh lain ke selain drpd Sai Baba..
Firdaus Wong memberi amaran kepada mereka yang menyoal dia, seolah-olah dia amat suci!
"Diam itu lebih baik bagi anda kerana anda tidak tahu apa yang saya tahu"
"... tulisan anda menjadi penyesalan diakhirat"
Posting macam ini hanya membawa kebencian dan rasa marah antara kaum dan ugama. Tindakan tegas perlu diambil terhadap orang yang bertanggungjawab.
Om Namasivaya.
Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation.
29 Julai 2021
Rujukan
1. Post Fb Firdaus mengenai Sai Baba (Akaun Fb Firdaus telah ditutup)
https://www.facebook.com/100067836357092/posts/141405804797297/
Firdaus Nangis?.
No comments:
Post a Comment