Thursday 29 July 2021

Jhatka: Cara Sembelihan Hindu Kejam dan Kotor? (Jhatka Cruel and Unclean?)

 Jhatka: Cara Sembelihan Hindu Kejam dan Kotor?

(Jhatka: Cruel and Unclean?)


Fitnah Sembelihan Jhatka dengan Insiden Lain.

(Jhatka Slaughter Defamation with Other Incidents.)


Facebook Firdaus Wong Wai Hung, menyiarkan video bertajuk, “Korban Haiwan antara Islam dan Agama Lain.” pada 20 Julai 2021. Dalam siaran video berdurasi  6.35 minit. Audio suara mungkin milik Ahmad Iqram Mohd Noor, dikeluarkan oleh R&D Team MRM milik Firdaus Wong Wai Hung. 

(Facebook Firdaus Wong Wai Hung, posted a video entitled, "Animal Sacrifice between Islam and Other Religions." on July 20, 2021. In a 6.35 -minute video broadcast. The audio of the voice may belong to Ahmad Iqram Mohd Noor, released by R&D Team MRM belonging to Firdaus Wong Wai Hung.)


Seperti masa lalu, kandungan video itu memang salah dan fitnah terhadap agama Hindu. Dalam video itu, Ahmad Iqram cuba menggambarkan cara sembelihan Hindu/ Sikh sangat kejam dan tidak bersih. Dan mengagungkan cara sembelihan Islam.

(As in the past, the content of the video was indeed wrong and defamatory of the Hindu religion. In the video, Ahmad Iqram tries to describe the way Hindu/ Sikh slaughter is very cruel and unclean. And glorifying the Islamic way of slaughter.)


Saya telah membuat video penjelasan kepada video itu berdasarkan kandungan dibawah.

(I have made an explanatory video to the video based on the content below)


Jhatka  atau Jhatiti (Sanskrit) bermaksud kaedah SEGERA / SEKEJAP, CEPAT, SEKALIGUS  bukan Hentakan. 

(Jhatka or Jhatiti (Sanskrit) means the method of IMMEDIATELY / INSTANTLY , QUICKLY, AT ONCE not Hit.) 

Memancung haiwan dengan parang sekali putus leher. Tiada hentakan atau takikkan yang berulang. (Strong single stroke with a sharp machete. No repeated hacking or knocking)


Definisi yang diberi oleh Ahmad Iqram, "Hentakan yang kuat dengan satu pukulan"  

(The definition given by Ahmad Iqram, "A strong blow with one blow") 

Gambar video hentakan dengan tukul pada lembu ditunjukan. Gambar itu tiada kaitan dengan agama Hindu. 

(A video picture of a blow with a hammer on a cow is shown. The picture has nothing to do with Hinduism)


Konsep Jhatiti dalam Hindu. 

Orang Hindu disyorkan menjadi vegetarian tetapi dalam keadaan tidak dapat mengawal nafsu memakan daging ayam atau kambing maka diwajibkan sembelih cara Jhatka. 

(The concept of Jhatiti in Hinduism.

Hindus are recommended to be vegetarians but in a state of unable to control the desire to eat chicken or mutton then it is obligatory to slaughter the Jhatka way).


Syarat Sembelih. 1

Harus atas nama kula deivam atau kaval deivam. Karma atma haiwan berkenaan di tanggung oleh Deva berkenaan. Kalau tidak, dosa karma di tanggung oleh pemakan. 

(Slaughter Conditions.  1

Must be on behalf of Kula deivam or kaval deivam.  The karma of the atma/animal is borne by the Deva.  Otherwise, the sin of karma is borne by the eater.)


Syarat Sembelih. 2

Haiwan berkenaan tidak harus menyedarinya. Sekiranya haiwan berkenaan menunjukkan tanda seperti ketakutan, menjerit bising, menangis atau melutut, haiwan itu tidak harus dikorban. Ini kerana haiwan yang ketakutan akan merembes hormon pemusnahan sel, boleh membawa mudarat dalam jangka panjang. 

(Slaughter Conditions.  2

The animal should not be aware of it.  If the animal shows signs such as fear, making loud noise , crying or kneeling, the animal should not be sacrificed.  This is because animals that are afraid of secreting cell-destroying hormones, can bring harm in the long run.)


Syarat Sembelih. 3

Satu kali hanyunan putus leher / memisah kepala dan badan. Ini untuk mematikan haiwan pada kadar segera, kesakitan minima dan otak tidak dapat mengeluarkan arahan merembes hormon pemusnahan sel. 

(Slaughter Conditions.  3

One single swing cut off the neck / separates the head and body.  This is to kill the animal at an immediate rate, minimal pain and the brain is unable to issue instructions to secrete cell-destroying hormones).


Isu karma, darah dan kebersihan,

Ahmad Iqram menekan isu darah dalam Islam. Kebersihan bukan isu disini jika daging haiwan itu dimasak segera. Dalam agama Hindu ia lebih kepada isu tanggung karma. Dosa memakan haiwan.

(Karma, Blood and hygiene issues,

Ahmad Iqram stressed the issue of blood in Islam.  Hygiene is not an issue here if the meat of the animal is cooked immediately.  In Hinduism it is more to the issue of karmic responsibility.  Sin eats animals)


Setiap orang Hindu yang warak amat mementingkan amalan Dharma. Iaitu, hanya membuat perkara yang  membawa karma positif atau neutral. Tidak melakukan perbuatan karma negatif. 

(Every pious Hindu is very concerned about the practice of Dharma.  That is, only do things that bring positive or neutral karma.  Do not do negative karmic deeds.)


Ahmad Iqram juga cuba mengagungkan sembelihan cara Islam sangat bersih, kasih sayang pada haiwan dengan cuba menunjukkan betapa kejamnya dan tidak bersih cara Hindu. 

(Ahmad Iqram also tried to glorify the very clean Islamic way of slaughtering, the love of animals by trying to show how cruel and unclean the Hindu way is.)


 Ahmad Iqram, agungkanlah cara agama kamu, saya tiada masalah, tetapi ia tidak patut dibuat dengan merendahkan amalan orang dengan cara yang salah/tipu. 

(Ahmad Iqram, glorify the way of your religion, I have no problem, but it should not be done by degrading people's practices in a wrong/deceitful way.)


Masalah Alih bahasa secara literal.

S. Ravi Ranjan,  "... STRONG SINGLE STROKE …"  (guna parang atau pedang tajam). 

Ahmad Iqram, "... HENTAKAN yang KUAT dengan SATU PUKULAN. (guna parang atau kapak, tetapi tunjuk gambar tukul). 

(Problem of Translating Literally.

S. Ravi Ranjan, "... STRONG SINGLE STROKE…" (use a machete or sharp sword). 

Ahmad Iqram, "... HIT a STRONG with ONE BLOW. (Use a machete or ax, but show the picture of the hammer). 

Kesimpulan. 

Jhatka atau Jhatiti ialah sembelihan haiwan dalam agama Hindu (atau Sikh sedikit berbeza konsep). Amat mementingkan karma, belas kasih terhadap haiwan, mengawal nafsu makan dan meminimakan derita haiwan. 

(Conclusion.

Jhatka or Jhatiti is the slaughter of animals in Hinduism (or Sikhs in a slightly different concept).  Highly concerned with karma, compassion for animals, controlling appetite and minimizing animal suffering.)


Menurut Manusmriti. 

Orang Hindu yang telah menerima Diksa atau Upanayana diwajibkan mengamalkan pemakanan vegetarian. Sekiranya hendak makan bukan vegetarian, maka diwajibkan sembelih cara Jhatka. 

(According to Manusmriti.

Hindus who have received Diksa or Upanayana are required to adopt a vegetarian diet.  If they want to eat non-vegetarian, then it is obligatory to slaughter the Jhatka way.)


Manakala mereka yang tidak menerima Diksa atau Upanayana, boleh memakan tanpa sembelih cara Jhatka, ia tidak mengumpul karma negatif atau positif. Sekadar sembahyang sebelum makan memadai. Kerana menurut hukum alam, semua benda hidup harus memakan benda hidup lain untuk kekal hidup. 

(While those who do not receive Diksa or Upanayana, can eat without slaughtering the Jhatka way, it does not accumulate negative or positive karma. Just a prayer before eating is enough. Because according to the laws of nature, all living things must eat other living things to survive.)


Orang Hindu diharamkan untuk memakan daging lembu kerana dosa besar

(Hindus are forbidden to eat beef because of a great sin.


Kepercayaan Hindu terhadap tiga Gunas atau tiga Jenis sifat manusia iaitu Sathva (kebaikan / vegetarian), Rajas (agresif / bukan vegetarian) dan Tamas (tidak aktif / bukan vegetarian)

(Hindus belief of three Gunas or three Kind of qualities of human namely Sathva (goodness/ vegetarian) , Rajas (aggressive/ non-vegetarian) and Tamas (inactive/ non-vegetarian) 


Orang Hindu selalu disarankan untuk menjadi vegetarian.  Diet vegetarian atau sattvic atau yogic  berpegang kepada Ahimsa, prinsip tidak menyebabkan bahaya kepada makhluk hidup lain.

(Hindus are always recommended to be vegetarians.  Vegetarian or sattvic or yogic diet holds to Ahimsa, the principle of not causing harm to other living beings). 


Memesongkan fakta agama Hindu seperti ini telah banyak kali dilakukan oleh Firdaus Wong dan Ahmad Iqram. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil ke atas mereka.

(Distorting the facts of Hinduism like this has been done many times by Firdaus Wong and Ahmad Iqram. Appropriate action needs to be taken against them.)


Om Namasivaya


Sivasiddhi

Sivasiddhi Spiritual Foundation

29 Julai 2021



Reference.


1.The video posted in Firdaus Wong 20 July 2021,  

https://fb.watch/6XHdAhBiJc/  . His Fb account closed on 29/07/2021


2.THE BRUTAL BARBARIAN WAY OF KILLING FARMS ANIMALS IN KERALA (INDIA)

148,793 viewsJan 31, 2013

https://www.youtube.com/watch?v=4Po-3nGuJ08


3. Jhatka

https://en.wikipedia.org/wiki/Jhatka


4.Jhatka: Cara Sembelihan Hindu Kejam dan Kotor? (27 Julai 2021)

https://youtu.be/E3-ctEdLPy8


5. Copy daripada Video MRM (video posted in Firdaus Wong 20 July 2021, )

https://youtu.be/EQ8bm6UphMw


6. Kalika Purana

7.Manusmriti

8. Shakta Agama


No comments:

Post a Comment