Saturday 21 December 2019

Zamri Vinoth Tunjuk 'Pandai' Lagi.



Zamri Vinoth Tunjuk 'Pandai' Lagi.

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.

com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
 google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
 enable_page_level_ads: true});
google.com, pub-2960278825814307, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Cuba menghina dan mempersenda sembahan orang Hindu dalam bentuk persoalan.
Kalau kita tanya balik soalan-soalan sebegitu, apakah akan terjadi pada mereka?
Kitab agama baharunya dengan jelas telah mengharamkan Muslim daripada
menghina agama atau sembahan orang lain, Surah Al Anam, Ayat 108. Tetapi
mualaf baharu ini masih sesat lagi. Beliau pernah mengaku tidak boleh brain /
berfikir (mungkin brain beliau tidak berfungsi dengan baik). Harap ada Mukmin
yang boleh mendidik dia. Beliau telah mengemukakan pelbagai soalan yang
berkaitan sembahan Tuhan dalam bentuk berhala (secara tidak langsung
mengenai agama Hindu). Dan cuba menggambarkan kami orang Hindu tidak
berakal atau tidak waras sebaliknya beliau pula mendabik dada sebagai berakal
dan waras kerana telah menemui Tuhan sebenarnya. Maka saya rasa
bertanggunjawab untuk menjawab beliau supaya beliau dapat keluar daripada
kegelapan minda (tahap kewarasan yang tidak boleh brain) mengenai sembahan
orang Hindu.

Post Fb beliau pada 20/12/2019 (Zamri Vinoth)
Soalan Zamri:
Apakah Si Kafirun Benci kerana kita menggunakan akal fikiran dengan landasan kewarasan? 

Jawapan Sivasiddhi:
Gelaran kafir terhadap orang bukan Islam memang selalu digunakan oleh orang Islam. Dalam agama
Hindu, orang Hindu dipanggil Arya manakala bukan Hindu dikenali Anarya / Mleccha.
Disebabkan Zamri menggunakan perkataan Si Kafir, maka saya menggunakan cara beliau
dengan menggunakan perkataan Si Anaryan / mleccha. 
Agama kami tidak mengkafirkan / memurtadkan  sesiapa pun, maka tiada unsur benci terhadap
kepercayaan atau pandangan orang lain. Malahan setiap insan bertanggungjawap pada karma
baik / buruknya sendiri dan tanggungjawab untuk menilai keimanan seseorang itu HAK MUTLAK 
TUHAN
. Apakah Si mleccha ini benci kami kerana kami menggunakan akal fikiran
dengan landasan kewarasan kami? 

Soalan Zamri:
Apakah kamu Si Kafir membenci kami hanya kerana kami Islam yang mana pasti akan
menolak sembahan dan tuhan palsu yang telah kamu ciptakan dengan tangan kamu sendiri?

Jawapan Sivasiddhi:
Orang Hindu tidak perlu untuk membenci Si Anaryan / Paryan kerana tiada unsur kebencian
dalam agama Hindu kerana cara sembahan seseorang. Kami juga tidak membenci orang
yang menolak cara sembahan kami atau menganggap Brahman sebagai tuhan palsu.  Kami
hanya menganggap mereka itu kekurangan ilmu kerana tidak mampu berfikir dan memahami
cara sembahan orang lain.
Tahap pemikiran mereka belum mampu memahami Tuhan. Apakah
kamu Si Anaryan / Paryan membenci kami hanya kerana kami beragama Hindu yang mana
pasti hanya sembah Brahman (Brahm/ Arutperumjothy/ Parabrahman) yang mempunyai dua
sifat asas iaitu Nirguna (tanpa imej)  dan Sarguna ( berimej)? Kami juga tidak akan mengandaikan
sembahan orang berdasarkan prinsip kami. 

Soalan Zamri:
Bagaimana mungkin kami boleh terima Tuhan palsu kamu? kerana kamu yang menciptakan
tuhan berhala tersebut dengan tangan kamu sendiri? Sepatutnya tuhan yang menciptakan
kita ke atau kita yang menciptakan tuhan?

Jawapan Sivasiddhi:
Kami tidak meminta kamu atau sesiapa pun untuk menerima cara sembahan kami kerana itu
kami tidak melakukakan pendakwahan atau penukaran agama dan kamu TIDAK berhak
menilai keimanan kami kerana kamu bukan TUHAN
untuk menilai seseorang. Kami percaya
hanya Tuhan sahaja berhak menilai keimanan seseorang (HAKIM MUTLAK). Mengapa kamu
ingat orang lain sembah Tuhan palsu? Kerana kamu kekurangan ilmu, lalu ingat / andaikan
kami  membentuk berhala tersebut hanya dengan imaginasi kami sendiri. Peringatan: andaian
yang salah boleh menjadi FITNAH. Sebenarnya, memang Tuhan yang menciptakan kita dan
kita tidak boleh menciptakan Tuhan. Tuhan yang menciptakan kita telah / akan menjelma bagi
membolehkan kami melihat imej Tuhan.

Soalan Zamri:
Malah berhala yang kamu ciptakan itu tidak mempunyai sebarang daya upaya malah kamu
yang memberi bentuk dan ukiran kepada kepada tuhan palsu kamu. Kita yang memberi rupa
dan bentuk tuhan ke atau sepatutnya tuhan yang membentuk kehidupan kita?

Jawapan Sivasiddhi:
Berhala yang kami ciptakan itu tidak mempunyai sebarang daya upaya sebelum proses Pratishta
tetapi selepas proses Pratishta ia akan mempunyai kuasa . Kalau  kamu ingat kami yang memberi
bentuk dan ukiran, maka itu ialah kedangkalan ilmu kamu. Tiada konsep tuhan palsu dalam
agama Hindu kerana Tuhan hanya satu.
Kami berupaya melihat  rupa dan bentuk Tuhan apabila
Brahman mengambil rupa atau avatar. Memang sepatutnya kita yang patut membentuk kehidupan
kita berdasarkan keimanan kepada Brahman. Srimad Bhagavatam 10.33.36 Brahman akan
mengambil rupa bila diperlukan. 

Soalan Zamri:
Ya kami tidak akan sekalipun bersekongkol dengan menerima tuhan palsu kamu kerana ia
bertentangan dengan fitrah, logik dan kebijaksanaan akal yang waras. Ya tidak akan sekalipun
kami berkompromi dengan perbuatan Syirik ini!

Jawapan Sivasiddhi:
Kami tidak pernah meminta sesiapapun untuk bersekongkol dengan kami untuk menyembah
cara kami. Kami tidak pernah berdakwah, menukar agama orang atau mengkafirkan sesiapapun
sejak lebih 10,000 tahun namun ada 1.1 billion orang Hindu di seluruh dunia walaupun lebih
1000 tahun (700 AD - 1700 AD) agama Hindu cuba dimusnahkan oleh orang Arab, Mughal yang
berminda ISIS dan Missionari Kristian Eropah.
Ya, kami tidak akan sekalipun bersekongkol dengan menerima toyol, pontianak atau jembalang 
kerana kami hanya sembah Brahman yang hanya satu, maka tiada konsep palsu atau benar,
ia bertentangan dengan fitrah, logik dan kebijaksanaan akal yang waras (Kalau kamu ingat ada
tuhan palsu, maka kamu cuba menduakan Tuhan). Ya, kami juga tidak akan sekalipun
berkompromi dengan perbuatan Syirik seperti menyembah / membela toyol, jembalang atau
pontianak.!

Soalan Zamri:
Wahai Si Kafirun apakah kamu tidak berakal untuk berfikir? Kamu ciptakan tuhan kamu dari
batu dan kemudian mempersembahkan dan memberi makan kepada batu tersebut sedangkan
nescaya kamu tahu batu itu tidak mampu makan pun makanan tersebut apatahlagi bergerak
untuk mengambil makanan tersebut namun kenapa kamu masih lakukan perkara sia-sia ini?
Sepatutnya tuhan yang perlu beri rezeki dan keperluan kepada kita ke atau kita yang harus
beri rezeki dan keperluan kepada Tuhan? Siapa Tuhan sekarang ini kamu ke atau berhala
tuhan palsu itu?

Jawapan Sivasiddhi:
Wahai Si Anaryan / Paryan,  memang kami berakal untuk berfikir sebab itu kami memahami
konsep Tuhan dengan jelas dan nyata.
Kami buatkan berhala daripada batu hitam, pancalogam
dll kemudian menjalani proses pratishta (pengaktifan)  dan kemudian kami meletakkan
makanan (tanah), minuman (air), bunga (angkasa / ruang), kemeyan / colok (udara) dan
diya (api) sebagai menghargai tanda kebesaran ciptaan Tuhan dan juga untuk mendapatkan
tenaga kosmik (rahmat) Tuhan. Golongan kurang cerdik ingat/ andaikan bahawa kami memberi
makan kepada batu, memang kami tahu batu itu tidak mampu makan makanan tersebut apatah
lagi bergerak untuk mengambil makanan tersebut namun  kami masih lakukan perkara
berfaedah ini kerana berhala yang telah melalui proses Pratishta itu boleh menyerap tenaga
positif kosmik daripada alam semesta, kemudian memakan makanan itu sebagai prasad.
Konsep memberi makan itu sebenarnya diamalkan oleh golongan syirik yang membela toyol,
pontianak yang memang masih diamalkan dikalangan penduduk Malaysia umumnya dll. Memang
Tuhan yang beri rezeki dan keperluan kepada kita. Kalau kamu ingat  kami yang beri rezeki
dan keperluan kepada Tuhan, maka itu ialah kebodohan kamu sendiri. Tuhan orang Hindu pada
bila-bilapun ialah Brahman yang satu, yang mampu untuk mengambil imej pada bila-bila masa,
tempat atau waktu. Kalau Tuhan yang disembah itu tidak mampu atau tidak boleh melakukan
sesuatu seperti mengambil rupa, maka ‘Tuhan’ itu tidak sempurna, apalah gunanya menyembah
‘Tuhan’ yang ada kekurangan?’

Soalan Zamri:
Apakah kamu masih berakal dan waras?

Jawapan Sivasiddhi:
Memang kami  berakal dan waras sejak zaman berzaman, Sanatana Dharma (Hindu) ibu
kepada segala agama dunia, berjaya menjelaskan kewujudan Tuhan dengan jelas paling
awal sekali kepada tamadun manusia. Anda perlu mengkaji balik definisi ‘berakal dan waras’ anda.

Soalan Zamri:
Kemudian kamu meminta pertolongan kepada tuhan ciptaan kamu itu sedangkan ia tidak
mampu menolong dirinya sendiri dan ia memerlukan pertolongan kamu untuk mengendalikan
dan menggerakkan ia dan kamu memohon hajat dan pertolongan darinya untuk menyelesaikan
masalah kamu? Ia tidak mampu menyelesaikan masalahnya sendiri kerana ia bukan benda
hidup....ia adalah batu yang mati dan kamu masih minta tolong padanya? Kedangkalan apakah ini?

Jawapan Sivasiddhi:
Kedangkalan ilmu anda telah menyebabkan anda berada dalam kegelapan. Malangnya kamu, 
walaupun dipilih oleh Tuhan untuk lahir dalam keluarga yang mengamalkan agama Hindu,

tetapi kamu tidak mendalami ilmu agama asal kamu. Untuk pengetahuan anda, kami meminta
pertolongan kepada Tuhan, bukan kepada patung. Semasa kami berdoa / membaca mantera,
kami berdoa meminta hajat kepada Tuhan tiada mantera yang disebut sebagai Oh batu….,
Oh patung….. Setiap mantera disebut sebagai Oh Mahabesar (Praabrahman), Oh  Mahaesa
(Mahesan), Oh Mahamemenuhi (Sarvesvara), Oh Brahma (pencipta /al khaliq) …, Oh Vishnu
( pengendali / al Rebb)...
dll. Memang patung tidak mampu menolong dirinya sendiri dan ia
memerlukan pertolongan kami untuk mengendalikan dan menggerakkan ia kerana ia hanya
mekanisme, tetapi ia ialah mekanisme (alat bantu) untuk berinteraksi dengan tenaga Kosmik
dengan lebih efektif dan kami memohon hajat dan pertolongan dari Tuhan melalui mekanisme
berhala  untuk menyelesaikan masalah duniawi kami. Ia mampu menyelesaikan masalah kami
kerana ia mekanisme yang menghubungkan alam semulajadi (Tuhan)....ia adalah batu yang
telah diaktifkan dan kami masih minta tolong daripada Nya. Ini ialah kebijaksanaan sains yang
tiada agama lain yang mampu mengatasinya. 

Soalan Zamri:
Sungguh ku hairan ramai dikalangan kamu yang berpendidikan tinggi memegang jawatan
yang besar, ada lawyer, doktor, cikgu, engineer, mengaku diri kamu dari golongan yang bijak
pandai namun kamu gagal untuk menilai dan berfikir perkara yang asas tentang Tuhan kamu
sehingga kamu gagal mengenali tuhan yang sebenar dan kekal mengabdikan diri kepada tuhan
palsu yang kamu sendiri tahu ia bertentangan dengan akal logik kamu. Kemanakah hilangnya
kebijaksanaan kamu sehingga perkara asas begini pun kamu tidak mampu berfikir?

Jawapan Sivasiddhi:
Tiada benda untuk dihairankan kerana  ramai dikalangan kami yang berpendidikan tinggi
memegang jawatan yang besar, ada peguam, doktor, cikgu, jurutera, tetapi  tidak mengaku
diri kami dari golongan yang bijak pandai kerana kebijaksanaan duniawi tidak mampu mengatasi
kebijaksanaan Tuhan kerana kebijaksanaan  manusia itu juga daripada Tuhan. Kamu gagal
untuk menilai dan berfikir perkara yang asas tentang Tuhan sehingga kamu gagal dan
terperangkap dalam kotak minda bernama agama dan kekal mengabdikan diri kepada fikiran
sempit yang bernama agama dan termaktub pada buku tertentu. Sanatana Dharma jauh lebih
kepada skop yang lebih luas iaitu  spiritual ( jnana kanda / bebaskan diri daripada kotak minda )
dan agama (karma kanda / minda termaktub pada skop tertentu), ia lebih menggunakan akal
logik kami untuk mencari kebenaran. Namun golongan yang ingin berpegang kepada spiritual
atau agama juga tidak ditolak oleh Sanatana Dharma. Kebijaksanaan kami ialah telah mengajar
dunia akan kewujudan Tuhan yang satu itu.
Namun kebijaksanaan berbeza mengikut insan,
maka berbezalah pegangan pandangan atau agamanya, tiada seorang pun dikafirkan kerana
semua insan sama di sisi Tuhan.  Masalah di sini ialah kamu tidak mampu berfikir perkara asas
yang penting untuk beriman.

Soalan Zamri:
Apakah jika nenek moyang kamu tunjukkan selipar dan katakan itu tuhan nescaya kamu akan
sembah hanya kerana ia adalah adat turun temurun kamu? Atau kamu akan menentang ia
kerana ia bertentangan dengan logik dan kewarasan? Jika dalam perkara itu kamu akan
tentang kenapa sekarang kamu tidak menentang bilamana mereka mengatakan batu itu
tuhan kamu? Kemanakah hilangnya kebijaksanaan dan keberanian kamu?

Jawapan Sivasiddhi:
Nasib baik nenek moyang kamu tidak tunjukkan selipar dan katakan itu ‘Tuhan’ nescaya kamu
akan sembah hanya kerana ia adalah adat turun temurun kamu kerana tahap pemikiran kamu
sangat lemah. Aku masih ingat kamu mengaku menyembah batu dan memberi batu itu makan
semasa kecil.
(zamri-sembah-batu). Orang Hindu sebenar sembah Tuhan dalam bentuk imej 
tertentu dan bukan sembah batu. Kami tidak perlu menentang penyembahan berhala kerana ia
tidak bertentangan dengan logik dan kewarasan.  Nenek moyang kami tidak pernah mengatakan
batu itu tuhan kami dan tidak pernah sembah batu. Hanya kamu yang nampak batu kemudian
sembah batu dahulu. Keadaan yang sama boleh dilihat, kita nampak kamu bersujud di hadapan
bangunan, adakah kamu menyembah bangunan? Tentunya tidak, kewarasan dan kebijaksanaan
kami tahu menilai sesuatu perbuatan manusia. Tetapi  ke manakah hilangnya kebijaksanaan
dan kewarasan kamu? Harap -harap kamu tidak menyembah bangunan seperti mana kedangkalan
ilmu kamu dahulu.

Soalan Zamri:
Namun saya telah menentang nenek moyang saya dengan melafaskan ucapan kalimah
"LA ILLA HA ILLALLAH, MUHAMMADAR RASURULLAH " Tidak ada Tuhan yang layak
disembah serta diabdikan diri Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh serta Hamba Allah.

Jawapan Sivasiddhi:
Kalau kamu menentang sesuatu tanpa membuat kajian menyeluruh, itu merupakan kesilapan
kamu sendiri. Kalau itulah kebenaran yang kamu pasti, kami tiada apa-apa halangan kerana
yang menentukan kesahihan keimanan seseorang itu hak MUTLAK TUHAN. Cuma peringatan,
menukar agama kelahiran ialah DOSA mengikut agama Hindu
(https)  Sesungguhnya, saya
tidak perlu  menentang nenek moyang saya kerana mereka di landasan yang betul dan mengikut
ajaran dan kitab Veda yang telah diturunkan secara sruti (wahyu).  Orang Hindu sentiasa akan
berkata, “THERE IS GOD, THAT IS BRAHMAN”. (ADA TUHAN, IA IALAH BRAHMAN)
Zamri:
Sesungguhnya Tuhan yang ciptakan aku juga adalah Tuhan yang ciptakan kamu kita memiliki
Tuhan yang sama iaitu Allah yang mana sifatnya adalah :
1. Katakanlah (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.(TUNGGAL BUKAN BANYAK)
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.( KITA YANG
BERHAJAT DAN MEMERLUKAN BANTUAN TUHAN BUKAN TUHAN BERHAJAT DAN
MEMERLUKAN BANTUAN KITA)
3. Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan. ( TIDAK ADA ANAK ATAUPUN MAK BAPAK
APATAH LAGI SAUDARA MARA)
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (TIDAK ADA SATU PUN YANG SAMA
MAHUPUN SETARA DENGAN TUHAN)

Sivasiddhi:
Sesungguhnya Tuhan yang ciptakan aku juga adalah Tuhan yang ciptakan semua, tiada orang
mampu  memiliki Tuhan iaitu Brahman yang mana sifatnya ialah :
1. Kami katakan (Tuhan kami) ialah Brahman Yang Maha Esa (Mahesvaran).(TUNGGAL TETAPI
BOLEH MENJADI BANYAK) OMNIPRESENT (Mahamemenuhi) , OMNISCIENT (Mahamengetahui) ,
OMNIPOTENT (Mahaberkuasa) 

2. BRAHMAN , Atributasi dan Avatarnya yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat.( KITA YANG BERHAJAT DAN MEMERLUKAN BANTUAN TUHAN BUKAN TUHAN
BERHAJAT DAN MEMERLUKAN BANTUAN KITA)
3. BRAHMAN tiada beranak dan tidak juga diperanakkan  apabila dalam keadaan Nirguna /
Asambhuti (tiada imej)  ( TIDAK ADA ANAK ATAUPUN EMAK BAPA APATAH LAGI SAUDARA
MARA). Tetapi Brahman dalam keadaan Sarguna / Sambhuti (berimej) mampu mengambil rupa
atau avatar, maka avatar yang di ambil boleh ada rupa, imej, gambar, keluarga dll.
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya dalam keadaan NIRGUNA (TIDAK ADA
SATU PUN YANG SAMA MAHUPUN SETARA DENGAN TUHAN). Tetapi dalam keadaan
SARGUNA, semua boleh jadi atribusi Nya.(Ekan anegan).  YajurVeda 40.11 : Orang yang
percaya KEDUA-DUA bentuk, Tuhan wujud dalam keadaan Imej (Sarguna / Sambhuti)
dan tanpa imej (Nirguna / Asambhuti) ialah  bhakta (penganut) yang sebenar, akan sampai
kepadaNya. 

Zamri:
Alhamdulilah aku telah kembali ke pangkuan jalan dengan menghapuskan berhala serta tuhan
palsu di dalam hati aku dan kini hanya mengabdikan diri hanya kepada pencipta yang sebenar.
ANDA BILA LAGI?
Sivasiddhi :
Bersyukur  aku kerana dipilih oleh Tuhan untuk lahir sebagai Hindu dan berada di jalanNya,
memahamiNya dan boleh sembahNya dalam kedua-dua bentuk berhala (Sarguna) dan Nirguna
serta Brahman  sentiasa di dalam hati aku. Dan kini hanya mengabadikan diri hanya kepada
pencipta yang sebenar untuk mencapai moksha. 
ANDA TELAH MENGUBAH HALUAN ATAS PILIHAN SENDIRI,  MAKA FOKUSKAN DIRIMU
UNTUK MENCAPAI JANNAH DALAM HALUAN BAHARU ITU. NAMUN JANGAN LUPA
HUTANG KARMA PERLU KAMU BAYAR JUGA.
TIDAK PERLU RISAU PASAL ORANG LAIN
KERANA TIADA ORANG MENANGGUNG DOSA ORANG LAIN. 
ANDA BILA LAGI HENDAK SEDAR ?
Om Namasivaya 
Sivasiddhi. 
Sivasiddhi Spiritual Foundation 
21 Disember 2019


Rujukan


1.Jangan Jadi ‘PANDAI’  Bersama Zamri!


2.Mengapa Zamri Vinoth Kalimuthu Sembah Batu?




4.Maksud Sebenar Parya  (Anarya) . 


5. Seorang Mualaf Menasihati Zamri 


6. Muslimin Menyelar Zamri kerana hina agama asalnya. 


7.Tafsiran Sebenar Yang Orang Hindu Amalkan.
Kitab Yajur Veda.(Y.40.9)


No comments:

Post a Comment