Friday, 12 April 2019

Tafsiran Sebenar Yang Orang Hindu Amalkan. Kitab Yajur Veda.(Y.40.9)

Tafsiran Sebenar Yang Orang Hindu Amalkan.
Kitab Yajur Veda.(Y.40.9)

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307", enable_page_level_ads: true }); </script>


Segelintir manusia  yang tidak arif mengenai agama Hindu cuba untuk tafsirkan maksud sendiri. Petik ayat di luar konteks (out of context) , disalah tafsir dan di manipulasi berdasarkan kefahaman sendiri dan cuba menasihati orang Hindu. Hanya memaparkan sebahagian ayat Y.40.9 sahaja, tidak memaparkan ayat Y.40.10 dan Y.40.11

Ayat suci Kitab Hindu Yajurveda 40.9 yang dipaparkan oleh golongan yang tidak arif.(Zakir dan kuncu-kuncunya seperti Firdaus Wong)

“अन्धं तमः प्रविशन्ति ये‌‍‌ऽसंभुतिमउपासते”
“andham tamah pravishanti ye asambhutim upasate “

Ditafsirkan salah.
“ Mereka masuk dalam kegelapan, yang menyembah elemen alam  (asambhuti) seperti  udara,air,api dsb.
Mereka masuk ke kegelapan yang lebih dalam,yang menyembah benda ciptaan (sambhuti) seperti gambar,kerusi,... patung.”

Mereka cuba membuktikan bahawa menyembah Tuhan dalam bentuk imej ialah salah.

Sloka Lengkap yang Sebenar.

Yajurveda 40.9
अन्धं तमः प्रविशन्ति ये‌‍‌ऽसंभुतिमउपासते
ततो भूय इव ते तमो य उ सम्भुत्याम्रताः
andham tamah pravishanti yeasambhutimupasate
tato bhuya ive te tamo ya u sambhutyamratah.

Mereka masuk dalam kegelapan, yang menyembah  dalam bentuk tanpa imej  (asambhuti) SAHAJA.
Mereka masuk ke kegelapan yang lebih dalam,yang menyembah  dalam bentuk imej (sambhuti) SAHAJA”

Yajur 40.10

अन्य देवाहुः सम्भवादन्यदाहुरसम्भावात् |
इति शुश्रुम धीराणां ये नस्तद्विचचक्षिरे ||

Sembah Tuhan dalam bentuk tiada imej (asambhuti)   dan sembah Tuhan dalam bentuk berimej (sambhuti) dapat hasil yang berbeza

Yajur 40.11

संभूतिं  च विनाशं च यस्त द्वेदोभय सह |
विनाशेन मृत्युं तीर्त्वा संभूत्यामृतमश्नुते |

Dan HANYA mereka yang  mempercayai kedua - dua bentuk  Tuhan ,tiada imej dan berimej ialah penganut yang sebenar, akan sampai ke pangkuanNya.”

Tafsiran Sebenar.

Mantra itu sebenarnya menyatakan Tuhan dalam bentuk tiada imej  (asambhuti/ formless/arupam) dan berimej (sambhuti/form/rupam).Jangan sembah sambhuti atau asambhuti  sahaja berasingan dengan menolak salah satu . Hasil menyembah Tuhan dalam bentuk asambhuti berbeza dengan sembah dalam bentuk  sambhuti. Jadi sembah Tuhan dalam kedua - dua bentuk sambhuti dan asambhuti. Keimanan sebenar ialah mempercayai Tuhan mahaberkuasa, Tuhan yang tidak berupa mampu dan boleh mengambil sebarang rupa atau bentuk. Orang yang hanya PERCAYAI salah satu bentuk sambhuti atau asambhuti SAHAJA sebenarnya dalam kegelapan. Orang percayai Tuhan Mahaberkuasa, mampu dan boleh dalam bentuk sambhuti dan asambhuti akan sampai kepangkuannya, Syurga.

Pentafsiran diatas berdasarkan sumber tafsiran Akhila P., Arya Samaj, Devi Chand, Griffith dan Jagatguru Adi Shankara.

Oleh hal demikian, orang Hindu tidak menyimpang ajaran Veda. Orang Hindu percaya Tuhan yang Mahakuasa boleh mengambil sebarang bentuk atau imej  pada bila- bila masa atau tempat.
Harap Zakir dan kuncunya yang tidak arif dapat pencerahan dan tidak menyibuk dan menceroboh ke dalam agama Hindu. Kekal di jalan yang diberikanNya,jangan sesat. Tuhan merestui anda.

Diringkaskan oleh Sri Sivasiddhi.
Disahkan oleh Swami Brahmananda.Dhyana Ashram, Kulim, Kedah.
(Presiden  Mahaasabhah)
9 Ogos 2017
Updated 12/04/2019Om Namah Shivaya.
Sivasiddhi Speaks
-------------------------------------------
(English translation)

The Real Interpretations That Hindus Follow. Yajur Veda (Y.40.9)

Some innocent children of God tries to interpret their own meaning about Hinduism. They just picked verses out of context, misinterpreted and manipulated according their own understanding  and further tries to advice Hindus. Only by quoted part of verse Y.40.9 and never revealed Y.40.10 dan Y.40.11

The sacred verse of  Yajur Veda 40.9 shown by the innocent children of God.

“अन्धं तमः प्रविशन्ति ये‌‍‌ऽसंभुतिमउपासते”
“andham tamah pravishanti ye asambhutim upasate “

Misinterpreted as,
“They enter darkness, those who worship the (asambhuti) natural elements  such as air, water, fire, etc.) “They sink deeper in further darkness, those who worship (sambhuti) created things such as ..picture,chair, ….idol.

They are trying to prove that praying to God in murthy / idol form is wrong.

The Actual Complete Sloka.

Yajurveda 40.9
अन्धं तमः प्रविशन्ति ये‌‍‌ऽसंभुतिमउपासते
ततो भूय इव ते तमो य उ सम्भुत्याम्रताः

andham tamah pravishanti yeasambhutimupasate
tato bhuya ive te tamo ya u sambhutyamratah.

They enter darkness believe God in ONLY no image form (formless form/asambhuti,arupam) ,they are in the further darkness who believes ONLY in image form (sambhuti/rupam)

Yajur 40.10

अन्य देवाहुः सम्भवादन्यदाहुरसम्भावात् |
इति शुश्रुम धीराणां ये नस्तद्विचचक्षिरे ||

Praying to God in no image form (asambhuti)  and praying to God in image (sambhuti) has different effects.

Yajur 40.11

संभूतिं  च विनाशं च यस्त द्वेदोभय सह |
विनाशेन मृत्युं तीर्त्वा संभूत्यामृतमश्नुते |

AND ONLY those believe in both form and formless form of God is the real believer,will reach His abode."

Actual Interpretations

"The actual mantras mentioned that  God has no image (asambhuti/ formless/arupam) and has image (sambhuti/form/rupam).Don't worship sambhuti or asambhuti alone.The effects of sambhuti are different from the effects of asambhuti.So worship both sambhuti and asambhuti.

The above interpretations  is based to the source from Akhila P., Arya Samaj, Devi Chand, Griffith and Adi Shankara’s comments.

So Hindus are correct based to Vedas.Hindus believes the omnipotent God is able to take any form or image at any time or place. Hope the innocent children of God are enlightened and do not transgress and interfere into Hinduism. Remain in the given path ,do not go astray.God bless you.

Summarized by Sri Sivasiddhi.
Verified by Swami Brahmananda. Dhyana Ashram, Kulim,Kedah
(President of Mahaasabhah)
9 August 2017
Om Namah Shivaya.
Sivasiddhi Speaks

1 comment: