Sunday 21 April 2019

Firdaus Wong Wai Hung dan MRM R&D TEAM Membuat Perbandingan Bodoh Lagi.

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307", enable_page_level_ads: true }); </script>

Firdaus Wong Wai Hung dan MRM R&D TEAM Membuat Perbandingan Bodoh Lagi.

Perbandingan bodoh hanya akan menjatuhkan kredibiliti dan imej seseorang. (Rujukan 1)
Perbandingan Firdaus tidak logik mengenai bahagian yang melibatkan berhala dan penyembahannya  ( tidak melibatkan agama Islam). Walaupun anda tidak mengkhusus pada satu agama, namun perkataan berhala juga melibatkan agama Hindu. Maka saya tampil untuk membetulkan bahagian agama Hindu.
Jangan jadi 'bijak' bersama Zakir dengan perbandingan bodoh anda. Persoalan yang anda kemukakan ini pernah Zakir gunakan sebelum ini. Selain itu, Zamri Vinoth dan banyak lagi pengikut taksub Zakir sering membuat perbanding sebegini. Untuk menjawap kesemua mereka.

Saudara,
Dalam Islam, Kompleks Masjidil al Haram ialah kompleks keseluruhan, Kaabah ialah bangunan pusat manakala Hajar Aswad ialah Batu Hitam. Manakala dalam Hindu, Ada kompleks kuil keseluruhan, Garbha ialah bangunan pusat manakala Murthy (Statue / Berhala) ialah Batu Hitam.(arah / hala sembahan)

Logik Vs Bodoh
Perbandingan yang logik sepatutnya antara bangunan Kaabah dengan bangunan Garbha Kuil berhala atau antara Batu hitam Hajar Aswad dengan Batu hitam Murthy (berhala). Tetapi perbandingan yang dibuat oleh Firdaus dan gengnya ialah antara bangunan Kaabah dengan Batu hitam Murthy (berhala).




Perbandingan  bodoh Firdaus ialah membandingkan bangunan dengan batu hitam.

Petikan daripada pos Firdaus,
‘zaman Nabi, seorang muazin akan melaungkan azan di atas Kaabah (BANGUNAN) dan memijaknya…  ...siapakah penyembah berhala yang akan berdiri dan memijak di atas berhala (BATU HITAM) yang disembah?’ (Biadap mengemukakan soalan begini)

Untuk pengetahuan anda, Orang Hindu juga berdiri di atas bangunan kuil semasa upacara tertentu. Bagaimana seseorang itu boleh berdiri di atas kuil tanpa memijak bangunan itu? Penganut Hindu naik ke atas bangunan itu semasa upacara Kumbaabhisegam,  tujuan pembersihan, membaiki dll

Persoalan anda, 'Siapakah penyembah berhala yang akan berdiri dan memijak di atas berhala yang disembah? ' ialah persoalan yang paling BODOH dan BIADAP. Tiada orang waras yang akan tanya persoalan bodoh macam ini.

Diingatkan semula, Kaabah dan kuil ialah bangunan manakala Hajar Aswad  dan Murthy (berhala) ialah batu hitam . Perbuatan memijak Murthy ialah DOSA besar. Saya kembalikan soalan anda itu terhadap Hajar Aswad,  siapakah ...? Adakah orang Islam berbuat demikian? Saya percaya tiada orang yang akan berbuat demikian.
Namun, baru-baru ini, Zamri Vinoth berkata, " ada orang pernah memijak batu hajar aswad", saya tidak faham sejauh mana kebenaran pernyataan ini. Adakah sesiapa, orang Muslim boleh mengesahkan ini?...(perbualan telefon dengan Zamri 8/9/2019). Manakala Kamaruddin Abdullah berkata tiada orang Islam yang akan pijak secara sengaja (intentionally) kerana walaupun tidak disembah, tetapi masih menghormati Hajar Aswad.(perbualan telefon dengan Kamarudin 13/9/2019)

Gambar Kaabah Dipijak.
Mengenai gambar Kaabah,  Firdaus kata, ada orang Islam pijak pada sejadah yang mempunyai gambar itu. Saya tiada komen dalam hal Islam. Saudara, kalau awak hendak pijak itu masalah awak.  Setahu saya, tiada orang yang warak / waras akan memijak sebarang unsur ketuhanan yang dihormati,... kalau beriman. ( Apakah seorang warganegara boleh memijak bendera negaranya?)

Persoalan Bodoh Lagi.

Petikan daripada pos
Firdaus,
'...adakah gambar sembahan,  ...boleh dipijak.... agama lain? '

Saudara,
Kaabah ialah bangunan manakala murthy (berhala ) ialah arah (hala) sembahan. Bukan sahaja gambar Kaabah atau gambar hajar aswad, malahan gambar orang kesayangan pun kita tiada hati untuk pijak.

Ujian praktikal untuk Firdaus, sila letak gambar ibu bapa anda di lantai dan cuba pijak ' , Adakah anda akan pijak?  Cuba letak gambar batu hitam..... buat benda BODOH anda, ambil gambar, pos dalam fb. Tengok respon orang seagama anda. (Jangan buat benda bodoh).

Penyembahan Idol.
Maksud idol ialah menjadikan seseorang atau sesuatu sebagai idola hidup. Seseorang atau sesuatu dianggap sebagai panduan atau pegangan hidup seseorang, cuba meniru segala galanya, apabila terlalu taksub mungkin mula menyembah idola itu (tidak semestinya di sembah).
Contoh,  ada orang  suka pelakon A,   mereka akan cuba ikut cara pelakon itu.
Dikalangan orang Islam, saya percaya idola hidup ialah Nabi. Maaf kalau saya silap.  Adakah menjadikan Nabi sebagai idola anda itu salah?
Bagi orang Hindu,  idola hidup ialah Tuhan,  contoh Rama. Kita ambil Tuhan sebagai Idola, menjadi taksub ( keimanan) lalu menyembah. Orang Hindu sembah Tuhan. Kitab anda ada menyebut, 'don't pray other idol beside God'. Saya tidak pasti maksud sebenar. Tetapi, yang pasti orang Hindu tidak sembah idola lain kecuali Tuhan.
Orang Hindu ambil Tuhan sebagai idola dan sembah.

Persoalan Firdaus yang lain ialah mengenai penyembahan berhala, membuat murthy dan bukti teks agama.

Petikan daripada pos Firdaus,
‘adakah perbuatan menyembah dan mengukir patung itu memiliki sumber dan suruhan di dalam teks agama utama mereka?’

Jawapannya ialah  ya, ada. Dalam Veda,  ayat Yajur 40.8 - 11 jelas menunjukkan kewujudan Tuhan dalam bentuk rupa (sarguna) dan tanpa rupa (nirguna). Orang yang percaya kewujudan Tuhan kedua-dua keadaaan Tuhan ialah bhakta yang sebenar. Kitab Shilpi Shastra, menghuraikan cara membuat murthy dengan terperinci. Dalam Kamigah Agama, dihuraikan cara murthy di kuil ditabalkan (dipasang / dikuduskan) dengan terperinci. Selain itu, Kalki Purana  dan banyak lagi kitab menjelaskannya.

Menyembah berhala (patung)?
Tidak. Untuk makluman anda, orang Hindu tidak sembah berhala,  orang Hindu sembah Tuhan dalam bentuk berupa dan tidak berupa. Kuil berhala ialah tempat sembahan Tuhan dalam bentuk berupa.
Orang yang ada keimanan akan nampak Tuhan kerana dapat arul (hidayah) untuk membuka MATA HATI. Dengan mata fizikal hanya nampak murthy (berhala) iaitu sifat fizikal. Dengan mata hati, Tuhan dapat dilihat (sifat rohani). Dalam erti kata lain, seperti perkara tersurat dan tersirat.

Manakala orang yang tiada keimanan tidak akan nampak Tuhan kerana belum mendapat arul (hidayah),  masih BUTA HATI, mata hati belum dibuka. Maka hanya murthy sahaja dapat dilihat kerana mata fizikal sahaja berfungsi. Hanya nampak sifat fizikal sahaja.

Kesimpulan.
Buatlah huraian yang baik mengenai agama kamu tanpa melibatkan agama lain. Jangan menghinakan diri dan agama anda dengan kebodohan sendiri. Jangan rosakkan nama Zakir sudah tersedia  rosak dengan perbandingan bodoh anda. Sri Sri Ravi Shankar berpendapat ‘A fool is better than Zakir’, anda tahu maksudnya?

Om Namasivaya
Sri Sivasiddhi,
Sivasiddhi Spiritual Foundation
21 April 2019

Rujukan.
1.Pos asal Firdaus.
Apabila Belum Muslim Menganggap Kaabah Itu Adalah Berhala...


2.The Real Interpretations That Hindus Follow. Yajur Veda (Y.40.9)
August 22, 2017

3.Sabharathanam S. P. (Trans. Part 1), Srimat Kamikagamah, Purva Pada, The Himalayan Academy, Kauai.

4.Temples and Statues in Hinduism
March 19, 2014

5.Sembah Patung? Agama apa itu?
June 02, 2017

6.Wrong Perception on Hinduism by non-Hindus – Tell Them The Truth
June 21, 2014

2 comments:

  1. kamu mengatakan orang bodoh, tapi maaf, kamu yg bodoh disini. kenapa? jika kaabah dan hajar aswad dibuang, orang islam tetap akan sembahyang ke arah tapak kaabah itu. kerana kabah itu hanyalah tanda arah. dan dan kamu harus tahu.. sebelum kaabah.. kiblat orang islam adalah di madinah. jadi kesimpulannya.. jangan syok sendiri.. jika kita cetek ilmu..pergi belajar..jangan kata org bodoh, jangan tegakkan benang yg basah dgn kebodohan kita. dan hasut orang lain jadi bodoh mcm kita. maaf. teguran ini untuk orang yg melampau mcm kamu, sebab disini jelas kamu jahil tapi buat2 pandai. sebaliknya jika kamu benar. sy sendiri akan puji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kata orang bodoh, saya kata jangan buat perbandingan bodohh dan jadi bodoh.
      Orang Hindu juga boleh sembah Tuhan tanpa kuil, Jnana Yoga, contoh golongan pengikut Arya Samaj

      Delete