Tuesday 7 September 2021

Kedudukan Wanita dalam Hindu.

 Kedudukan Wanita dalam Hindu. 


Ada 'bijak pandai' daripada bukan Hindu kata, 

"Kedudukan bagi kaum wanita  dalam agama Hindu direndahkan martabatnya berbanding agama lain." 


Betulkah? Mari kita teliti sikit. 


Hanya dalam agama Hindu

1. Tuhan juga disembah dalam bentuk/sifat /imej perempuan. Contoh, Mahadevi Parvati, Dewi Lakshmi, Dewi Sarasvati dll. Ada mazhab khusus, iaitu Mazhab Shakta. (Agama lain semua Tuhan sifat lelaki) 


2. Ada banyak wanita sebagai tokoh agama, Rishika/pendita wanita yang menghasilkan kitab. Contohnya, Lopamudra, Garghi, Avvai dll. Avvai menghasilkan Attichudi. (Agama lain tiada) 


3. Ada sami/priest, Ketua kuil, pemimpin upacara agama wanita. (Agama lain tiada) 


4.Tuhan membahagikan samarata antara Lelaki dan Perempuan dengan membahagikan diri sendiri. Tuhan Siva membahagikan samarata dengan Isterinya Parvati sebagaimana badan manusia bahagian kiri dan kanan beroperasi secara berbeza masa/tugasnya. (Agama lain tiada) 


5. Kaum Ibu dihormati 1000 kali lebih berbanding ayah. (Manusmriti) 


6. Dewi Lakshmi (berkat) tidak akan kunjung ke rumah yang tidak menghormati wanita. (Manusmriti) 


7.Ada kuil khas untuk wanita sahaja. (Agama lain tiada) 


8.Ada upacara tertentu hanya wanita sahaja boleh buat. (Agama lain tiada) 


9. Ibu merupakan guru pertama kepada seorang manusia. Diikuti ayah kemudian guru agama. 


10. Wanita tidak perlu bersusah payah belajar Vedas untuk mencapai taraf dvija tetapi melahirkan anak sudah cukup syarat mencapai taraf dvija. Namun, wanita terlibat dalam pelbaga bidang, ada wanita yang menulis sebahagian kitab Vedas. 


Dll. 


Jadi agama mana yang memberi wanita kedudukan yang sama dengan lelaki?  Fikirlah sendiri. Kajilah dahulu sebelum komen tentang agama orang. 



Om Namasivaya 


Sivasiddhi 

Sivasiddhi Spiritual Foundation 

7 September 2021. 


No comments:

Post a Comment