Friday 26 February 2021

Perayaan Ponggal Bersandarkan Bangsa atau Agama Hindu?

Perayaan Ponggal Bersandarkan Bangsa atau Agama Hindu? 

Perayaan Agama Hindu.

Perayaan ponggal atau Makara Sankranti ialah perayaan keagamaan Hindu. Kebenaran ini amat jelas dan telah dipraktikan oleh umat Hindu seluruh dunia. Walaupun perayaan ini lebih fokus kepada alam, namun ialah sebahagian daripada tanggungjawap seorang Hindu terhadap alam, haiwan, tumbuhan dll seperti mana telah dimaktubkan dalam Mahapanchayagna (tanggung jawab terhadap Tuhan, Devata, Pitru/Nenek Moyang, Bhuta/Alam, Manusia), menghormati Alam merupakansalah satu tanggujawab dharma yang wajib untuk setiap orang Hindu. Setiap unsur alam diberi sifat Kedewaan dan di sembah. Tiada agama lain membenarkan penganutnya menyembah unsur alam.


Pelbagai nama untuk perayaan ponggal di seluruh India. Di Malaysia lebih popular di panggil Perayaan Pongal kerana majoriti orang India Malaysia ialah daripada kaum Tamil.



Ringkasan Perayaan Ponggal. 

Perayaan selama 4 hari. Tarikh perayaan  ditentukan berdasarkan Surya Sidhanta, iaitu masa Uttarayan (pergerakan matahari dari kedudukan garisan Jadi ke arah garisan Khatulistiwa ke utara) dan masa upacara dimulakan berdasarkan Jyotida Shastra/Panchanga almanac. Masa ini dikira sebagai masa yang sangat bertuah, contohnya Bhisma memilih untuk meninggalkan jasadnya pada masa ini. Pada zaman lebih awal (abad 4 Masihi), gadis-gadis muda akan berpuasa (pavai nombu)  dalam bulan Margali selama sebulan dan mandi suci di sungai (Thai neeradal) pada Thai 1, hari Bhogi. Upacara ini hilang melalui masa atau masih dipraktikkan secara kecilan.


Hari Pertama, Bhogi Pandigai. Deva Indira dipuja kerana menghargai hujan. Tanpa hujan tiada hasil tanaman. Mandi minyak dan mandi suci. Bakar benda lama, membersihkan rumah. Namun pujaan terhadap Deva Indira berubah selepas insiden Govardan (Krishna mengangkat bukit dengan hujung jari). Namun membakar benda lama masih kekal.


Hari ke 2, Surya Ponggal. Deva Surya (anak Kasyapa) dipuja bersama Deva Ganesha. Hasil tuai pertama di sembah kepada Deva Surya sebagai menghargai cahaya matahari. Surya juga di sembah sebagai Mahadeva Shiva. Deva Surya dikenali Pratyaksha Brahman iaitu sumber kepada semua kehidupan atau Aditha Bhagawan.


Hari ke 3, Mathu Ponggal. Pujaan Gomata. Lembu dihargai kerana sumbangan di sawah dan panchagavya untuk yagna. Pujaan ini lebih menjurus kepada Mahadeva Shiva, menurut sejarah purana, Basava (lembu jantan Shiva) membantu dalam membajak. 


Hari ke 4. Kanum / Kanni Ponggal. Gadis-gadis muda menyembah Devi Katyayani (mewakili tanah subur). Memberi makanan kepada burung gagak, (tanda silaturahim keluarga, hubungan adik beradik, mendapat suami baik) dan sebagainya.



Perbezaan Permainan /Tradisi antara Negeri/Etnik/Ras berbeza di India.

Permainan tradisi yang berbeza diadakan mengikut citarasa penduduk setempat. Jalikattu di Tamil Nadu, permainan layang-layang di Assam, mengikat rakhi bandha di utara, mandi suci sempena magha mela atau Kumbha mela di sungai Ganga, Kaveri  dan sebagainya.



Sumber rujukan.

Sumber shastra mengenai  perayaan ponggal ada banyak, berdasarkan Surya Siddhanta, Jyotida Shastra,  Andal Tiruppavai, Manikavasagar Tiruvembavai, Vayu Purana, Mahabharata dan lain-lain lagi. 


Dari segi logiknya, jelas diterangkan/dapat dilihat bahawa perayaan Pongal merupakan perayaan agama!

Logik oh Logik.!


Klaim yang Logik? 

Ada orang Tamil (bukan Hindu/karuppar kootham) klaim Ponggal  milik orang Tamil telah di rampas/di curi oleh orang Hindu (seluruh dunia terdiri daripada pelbagai bangsa). Dirampas!!! BETUL kah? Mari kita tengok LOGIKNYA. 


Bandingan Ponggal dengan Hari Raya Puasa. 


Ponggal. 

Nama 'ponggal' itu hak Tamil, betul kerana perkataan Ponggal daripada bahasa Tamil, tetapi perayaan itu diraikan di seluruh India dari utara sampai ke selatan atas nama-nama lain, antaranya Makara Sankranti, Petha Panduga, Magha Mela dll. Betul tak? 


Hari Raya Puasa. (Hanya untuk perbandingan sahaja)

Bandingkan dengan orang Melayu di Malaysia,

Orang Melayu Islam merayakan Hari Raya Puasa, di India Hari Raya Puasa di panggil Eid Mubarak, dan di lain-lain negara di panggil nama lain. Maka, apakah logik klaim sebagai milik bangsa tertentu? Adakah orang Melayu klaim Hari Raya Puasa itu milik orang Melayu? Logikkah untuk klaim sedemikian? 


Orang Tamil (bukan Hindu/karuppar kootham)  Klaim Lagi.

Dia kata orang Hindu  tidak faham perbezaan antara agama dengan bangsa. 

Orang Hindu  tidak tahu atau mereka tidak tahu? Hari Raya Puasa ialah perayaan orang Melayu atau orang Islam.? (Semua orang Islam merayakan di seluruh dunia atas pelbagai nama). Dan, Ponggal ialah perayaan orang Tamil atau orang Hindu? (Semua orang Hindu merayakan di seluruh dunia atas pelbagai nama, sila rujuk peta di atas). Siapa sesat atau gagal logiknya?


Kedua-dua perayaan itu berdasarkan agama, boleh di nilai sendiri. Sedikit unsur bangsa iaitu panggilan nama perayaan sebagai ponggal milik bahasa Tamil seperti mana nama Hari Raya Puasa dalam bahasa Melayu dan sedikit adunan cara diraikan mungkin berdasarkan unsur setempat seperti pakaian, permainan tradisi dan kemudahan yang ada.


Persoalan.

Mengapa hanya orang bukan Hindu/karuppar kootham (segolongan kecil Tamil sahaja) hendak menidakkan hak perayaan orang Hindu?

Siapa dalang dalam hal ini? Apakah tujuan sebenar kumpulan ini? Adakah mereka sedang berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan orang Hindu untuk memenuhi agenda mereka untuk menukar agama dan menghapuskan agama Hindu?


Hanya Hindu di Tolak!

Golongan  ini sering kata, orang Tamil bukan orang Hindu (mereka klaim orang Tamil beragama Tamil???), tetapi mereka tidak pernah kata orang Tamil bukan orang Islam atau orang Tamil bukan orang Kristian! Siapakah sebenarnya mereka ini?

Golongan ini HANYA menolak Brahmin Hindu keturunan Tamil tetapi TIDAK menolak Paderi Kristian keturunan Tamil dan Ulama Islam keturunan Tamil. Pada hal Brahmin, Paderi dan Ulama menjalankan tugas yang hampir sama berdasarkan agama masing-masing. Tetapi Brahmin Tamil yang daripada agama Hindu yang berasal dari India di tentang, manakala dua agama lain itu daripada luar India disanjung.

Golongan yang klaim ponggal sebagai milik orang Tamil dan bukan berkaitan agama Hindu ialah kumpulan karuppar kootham yang anti Hindu. Kini beberapa kumpulan daripada agama Kristian seperti Pastor Mohan C Lazarus dan daripada agama Islam mula menyertai kumpulan anti Hindu itu. Apakah agenda mereka ini?


Terbaharu..( diedit 9/1/2022) sekumpulan India Muslim memaparkan banner

(dibawah). Adakah pihak Jakim atau Mufti Perak

membenarkan/ menghalalkan perbuatan pihak masjid ini?

Setahu saya, ada pihak yang mengatakan, orang Islam tidak

boleh mengucap Selamat Hari Deepavali. Sekiranya ucapan Deepavali tidak boleh

adakah ucapan pada ponggal boleh? Atau pihak ini juga ada agenda seperti karuppar kootham?


Suatu banner di Ipoh.



Orang Hindu Sedar Tak!


Tamilatile Ponggal, Ennadrilum Makara Sankranti. 

Tennaduya Sivane Potri, ennathirkum Iraivane Potri.


Hindu Agama Universal

Semua orang boleh merayakan ponggal sekiranya mereka mahu. Agama Hindu ialah agama kebenaran abadi untuk semua manusia yang merupakan satu keluarga (Vasudhaiva Kutumbakam). Orang Tamil bukan Hindu/karuppar kootham boleh klaim namun tiada orang berhak menolak hakikat agama Hindu.



Om Namasivaya 

Sivasiddhi 

Sivasiddhi Spiritual Foundation 

26 Februari 2021 


Ps. Karuppar kootham ialah segolongan anti Hindu dari Tamil Nadu, India. Mereka telah dipengaruhi oleh pemikiran atheist daripada EV Ramasamy.

Reference 

1.http://www.pongalfestival.org/history-of-pongal.html


2.https://en.m.wikipedia.org/wiki/Makar_Sankranti


3.Historical Dictionary of the Tamils

By Vijaya Ramaswamy, Jawaharlal Nehru University


4.https://en.wikipedia.org/wiki/Pongal_(festival)


5.Mohan C Lazarus claims Ponggal is a Christian festival, not a Hindu… 

https://youtu.be/mKXyoFrjMC4


6.http://ennapadambhagavati.blogspot.com/2011/01/


7.https://en.m.wikipedia.org/wiki/Uttarayana


8.https://buddymantra.com/surya-siddhanta-pongal/


9.https://jayasreesaranathan.blogspot.com/2019/12/know-vedic-concept-of-uttarayana-winter.html


10.https://www.wisdomlib.org/hinduism/book/the-brahmanda-purana/d/doc362841.html


11.https://dharmawiki.org/index.php/Surya_(%E0%A4%B8%E0%A5%82%E0%A4%B0%E0%A5%8D%E0%A4%AF%E0%A4%83)

Complete detail about Surya bhagawan.


12https://issuu.com/yiru9/docs/the_brahmanda_purana


13.https://en.m.wikipedia.org/wiki/Magh_Mela


14.https://en.wikipedia.org/wiki/Dodda_Basavana_Gudi


15.https://www.quora.com/What-is-the-history-behind-the-celebration-of-Pongal



No comments:

Post a Comment