Siri Menjawab Ahmad Iqram Mohd Noor #1.1
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
enable_page_level_ads: true});
Kepada,
1.Ahmad Iqram Mohd Noor.
(Penulis Buku:
Kau Sembah Apa? dan
Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu Berasal Daripada Islam?, dll)
2. Semua pengikut taksub Ahmad Iqram.
Setelah membaca artikel Ahmad Iqram di blog Rejuvenasi Akal,
Saya rasa tidak ada keperluan untuk membaca kedua -dua buku berkenaan. Saya boleh menyimpulkannya sebagai berstandard ‘Bacaria’ atau cerita khayalan dengan sedikit fakta daripada agamanya sendiri. Pendapat saya ini berdasarkan petikan daripada blog beliau kerana banyak menggunakan perkataan - perkataan mungkin, kemungkinan, berpendapat, dll menunjukkan penulis tidak yakin dengan ‘fakta sejarah'nya sendiri. Banyak perkataan, frasa atau ayat samada disalahtafsir, disalahpetik, dimanipulasi, atau diimaginasi oleh penulis terutamanya daripada Kitab Hindu.
Seterusnya beliau ‘MENCIPTA’ formula linguistik bahasa Sanskrit yang tersendiri untuk menegakkan fakta IMAGINASInya.
Artikel Ahmad Iqram Mohd Noor bertajuk, SEMUA AGAMA BERASAL DARI ISLAM? (Jun 14, 2014) di blog beliau Rejuvenasi Akal
https://rejuvenasiakal.wordpress.com/tag/semua-agama-berasal-dari-islam/
Fakta - Fakta Yang Dikemukakan oleh Saudara Ahmad Iqram untuk membuktikan ‘teori’nya.
A. Faktor Agama Islam.
1.Nabi Adam manusia pertama Islam di muka bumi berdasarkan kitab Islam.
2.Nabi Ibrahim seorang Islam berdasarkan kitab Islam.
Saya tidak ingin komen dalam bahagian ini yang berdasarkan agama penulis kerana saya tidak ingin untuk mencampuri urusan agama lain. Tetapi saya MENOLAK ‘teori’ ini berdasarkan fakta sejarah dan Kitab Hindu. (..akan dihuraikan dalam Siri… #2)
B. Faktor Agama Hindu
1. Orang Arya ialah anak cucu Nabi Ibrahim.
a. Arya dharma ( Hindu) berdasarkan Islam.
b. Brahma ialah Abraham (Nabi Ibrahim) dan Saraswati ialah Sarah.
c. Dalam Kitab Veda terdapat banyak ajaran Nabi Ibrahim.
d. Ram dikaitkan dengan Abram.
e. Ram dan Abraham adalah mungkin orang atau watak yang sama.
Saya MENOLAK kesemua ‘fakta’ faktor agama Hindu. Unsur salah tafsir, manipulasi, dipetik diluar konteks, imaginasi dll diguna pakai oleh penulis. (...akan dihuraikan dalam Siri… #2)
C. Faktor Sejarah
a. Orang Arya, berkulit putih, dari Parsi, membawa ajaran Nabi Ibrahim ke India. Mengenali Brahma sebagai manusia, tetapi kemudian disalah anggap oleh orang Arya, mula menyembah Brahma sebagai Tuhan.
b. Orang Dravida, hitam, dari Indus, pindah ke selatan India. sembah pelbagai Tuhan (politeism)
Saya MENOLAK kesemua faktor ini. Pakar sejarah dari Jabatan Sejarah di universiti tempatan atau luar mana yang mengesahkan ini? ( ...akan dihuraikan dalam Siri… #2
D. Faktor Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit dimanipulasi mengikut nafsu sendiri dan kepentingan penulis. Samada ia merupakan kebodohan atau percubaan fitnah. Contoh, manipulasi prefix A ( tidak) + Gama (huru - hara) = agama ( tidak huru - hara) , menggunakan prefix bahasa dengan andaian sendiri.
Paling kelakar yang saya pernah baca. Perbuatan yang paling bodoh dilakukan oleh penulis dalam percubaan untuk memperbodohkan orang ramai. ( ..dihuraikan dalam Siri ini … #1)
E. Faktor Imaginasi dan Manipulasi.
Ahmad Iqram banyak menggunakan unsur imaginasi dan andaian sendiri atau andaian orang lain. Contohnya daripada artikel beliau,
Sejarawan Arab berpendapat… pasti...Hindu berasal dari Abraham.
a. Ram dan Abraham mungkin watak yang sama . Ab (Ayah) + raham = Abraham.
b. Ab / Ap ( bapa)+ Ram = Abram = Abraham.
c. Brahm ( Brahma) kemungkinan berasal dari Ram.
Sekiranya unsur imaginasi seperti ini diterima sebagai fakta, maka kita boleh membuat pelbagai andaian lain yang akan menjadi fitnah agama. Unsur manipulasi dan imaginasi hanya sesuai untuk majalah dongeng. (...akan dihuraikan dalam Siri… #2)
Berdasarkan petikannya, Dua Persoalan Utama dapat dikenalpasti.
Persoalan 1.
Ahmad Iqram mendakwa bahawa agama Hindu bukanlah agama tauhid yang pertama atau tertua dunia. Sebaliknya Ahmad Iqram mempercayai dan mengandaikan bahawa agama Islam yang sebenarnya agama tertua.
Petikan daripada post Ahmad Iqram,
“Saya telah nyatakan bukti bahawa agama Tauhid yang pertama itu adalah Islam yang di bawa oleh Nabi Adam. ke Nabi Ibrahim sehinggalah Nabi Muhammad.”
Saudara, jika saudara PERCAYA bahawa,
“agama Tauhid yang pertama itu adalah Islam yang di bawa oleh Nabi Adam ke Nabi Ibrahim sehinggalah Nabi Muhammad.”
Saya TIDAK ada masalah atau halangan, sebab itu hak saudara untuk mempercayai seperti mana tuntutan agama saudara berdasarkan kitab agama saudara, saya HORMATI kepercayaan saudara.
TETAPI, jika saudara berkata bahawa saudara telah membuktinya berdasarkan FAKTA perbandingan agama dan sejarah, dibandingkan dengan agama Hindu, saya MENOLAK ‘teori’ imaginasi saudara ini. (
...akan dihuraikan dalam Siri… #2)
Persoalan 2
Agama Hindu Berasal Dari Islam?
Ahmad Iqram mendakwa agama Hindu berasal daripada agama Islam, ini ialah kerana Ahmad Iqram membuat andaian sendiri bahawa orang Arya mengamalkan dan membawa ajaran Nabi Ibrahim ke India. Kemudian setelah berinteraksi dengan penduduk tempatan (Dravida), mereka telah terpesong dan menjadi syirik. Ahmad Iqram mengemukan ‘fakta’ daripada Kitab Hindu.
Saya MENOLAK ‘teori’ ini. Agama Hindu ialah agama tertua dunia yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Sudah PASTI agama Hindu tidak berasal dari mana -mana agama lain. Agama Hindu ialah IBU kepada agama lain. Kitab Hindu disalah tafsir dan dimanipulasi mengikut kehendak dan nafsu fitnah penulis. (...akan dihuraikan dalam Siri… #2)
Saya MENOLAK ‘teori’ atau khayalan Ahmad Iqram Mohd Noor berdasarkan pelbagai sebab.
Sebagai permulaan, mari kita melihat daripada faktor D, FAKTOR BAHASA SANSKRIT .
Analogi Literal Bahasa Sanskrit (prefix bahasa)
Petikan daripada artikel saudara,
“… dalam bahasa Sanskrit A itu bermaksud ‘tidak’ seperti perkataan ‘agama’, a itu bermaksud tidak, gama itu bermaksud huru-hara yang memberi makna tidak huruhara. Di dalam analogi literal bahasa Sanskrit membuang perkataan A daripada perkataan Abraham lalu disebut dengan Braham atau Brahma.”
Jikalau ‘teori’ saudara dipersetujui sebagai sahih (diterima pakar bahasa) maka berdasarkan ‘teori /analogi’ saudara, saya juga dapat/boleh membuat pelbagai ‘teori’ literal bahasa Sanskrit yang baharu, contohnya,
a. Brahman (Tuhan) … .Abrahman (Bukan Tuhan)
b. Brahma (Tuhan Pencipta)..... Abrahma (bukan Tuhan Pencipta)
c. Dll.
Saudara, dalam bahasa Sanskrit, perkataan AGAMA bermaksud aturan, peraturan (syariat), manakala perkataan berlawanan untuk agama ialah NIGAMA bermaksud tiada aturan atau tiada peraturan ,melanggar syariat. Prefix ‘ A ‘ diganti dengan agama prefix ‘ Ni ‘. Untuk pengetahuan saudara, ada banyak prefix yang berbeza yang lain yang sebegini digunakan dalam bahasa Sanskrit berdasarkan perkataan dan kesesuaian penggunaan ayat.
Berdasarkan kedua -dua contoh diatas, sekiranya kita berpegang kepada analogi prefix ‘ a ‘ dengan tanpa ‘ a ‘ cara saudara Ahmad Iqram, maka Abrahman bermaksud BUKAN Tuhan, iaitu boleh dikatakan Setan . Manakala Abrahma pula boleh disimpulkan sebagai BUKAN Tuhan Pencipta atau setan pemusnah. ( Secara peribadi, saya pasti analogi ini salah)
Boleh saya tahu,
1. Siapakah guru bahasa Sanskrit saudara yang mengajar maksud gama dan agama kepada saudara sehingga membawa kepada analogi literal sedemikian? Zakir ke?
2. Adakah saudara pakar linguistik Sanskrit?
3. Adakah saudara tahu membaca bahasa Sanskrit?
Kesemua ‘fakta’ atau faktor - faktor Ahmad Iqram boleh dipertikaikan. Faktor - faktor lain akan dihuraikan atau dipertikaikan secara TERPERINCI dalam bahagian Siri Menjawab Ahmad Iqram Mohd Noor #2
Saudara Ahmad Iqram,
Satu artikel itu cukup untuk menilai buku - buku fantasi saudara. Saudara perlu WARAS dalam menghurai atau menilai hal - hal yang berkaitan agama, lebih -lebih apabila menyibuk diri dalam hal agama lain yang tidak tahu hukum - hakamnya. Perbuatan sebegini sebenarnya ialah percubaan / usaha menghina agama Hindu, dan/tetapi tanpa disedari saudara sedang menghina agama saudara sendiri. Sedarlah diri.
Saya mencabar saudara Ahmad Iqram untuk menjawab surat /post ini. Saya boleh membuktikan kesemua ‘fakta’ yang dikemukakan saudara tiada nilai fakta, ianya hanya andaian dan imaginasi saudara berpandukan nafsu taksub agama.
Sekiranya saudara benar, saudara ingin membuktikan kebenaran ‘fakta’ saudara, saya boleh berdebat secara langsung atau tertutup.
Yang jelas , Zakir Naik BERJAYA memperbodohkan lebih ramai orang seagamanya.
Om Namah Shivaya.
Sri Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia.
11 Mac 2018.
S. K.
1.Ahmad Iqram Mohd Noor
(messenger fb)
2. Firdaus Wong Wai Hung
Official (messenger fb)
3. Malaysia Hindu Sangam
4. Malaysia Hindudharma
Mamandram
5. Hindu Youth Organization
Malaysia
Mana jawapannya. Asyik siri ke 2 jawapan pun takde
ReplyDeletebaca siri kedua,
ReplyDelete