Berdakwah di Kuil?
Siapa bagi kebenaran? Adakah pengurusan Kuil tidak tahu mengenai Zamri yang sering menghina agama Hindu secara terbuka? Bukankah suatu kebodohan membenarkan seseorang yang menghina sembahan Kuil sebagai patung dan batu dibenarkan masuk ke kuil?
Zamri Vinod buat....
LAWATAN BELAJAR DI KUIL SRI MAHAMARIAMAN, Pauh, Arau, Perlis.
Niat Zamri.
Niat yang tidak baik apabila pergi ke sesuatu rumah ibadat. Apabila ada orang Islam mempersoalkan tujuan dia ke Kuil. Zamri menjawap bahawa tujuan dia ialah untuk berdakwah demi mempertahankan niat dia itu. Apakah dia ada berdakwah kepada Acharya/Sami di kuil itu?
Zamri Vinod Menjawab.
Tujuan dia ialah untuk BERDAKWAH...dia mengaku sendiri apabila ada orang Islam yang mempersoalkan niat dia pergi ke Rumah ibadat lain (Kuil/Wat..).
Menurut Hashim Kawsin dalam tiktok beliau, "kalau tujuan pergi ke kuil untuk ..., ambil gambar dan berdakwah tidak haram, kalau tujuan selain daripada dakwah ialah haram"
Persoalan saya.
1.Adakah seseorang yang berlainan agama boleh pergi ke tempat ibadat orang lain dengan tujuan berdakwah?(Bukankah berdakwah bermaksud cubaan untuk memesong/mengubah akidah amalan rumah ibadat itu?) Bagaimana jika seorang bukan Islam berbuat demikian di rumah ibadat mereka?
2.Mengapakah pihak Kuil ini membenarkan lawatan yang bertujuan begini, lebih lagi seorang yang pernah menghina sembahan orang Hindu secara terbuka?
Atau
3.Adakah Zamri menipu pihak Kuil semasa memohon untuk membuat lawatan itu? Adakah Zamri telah memberitahu pihak kuil bahawa tujuan lawatan itu untuk berdakwah?
Siapa salah disini?
Harap tiada pihak Kuil lain membenarkan keadaan begini…
Kitab Hindu jelas tidak menggalakan/membenarkan seseorang yang tidak suci untuk masuk ke kuil, lebih lagi seorang yang menghina secara terbuka. Zamri jenis kategori 'murtad Hindu' yang patut dijauhkan/ dilarang masuk ke kawasan kuil.
Pihak Kuil harus memberi penjelasan.
Om Mahakali Jayam
Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation.
1 Jun 2022
Rujukan
1.Hashim.kawsin.. (tutup ruang komen...)
https://vt.tiktok.com/ZSdbscLn4/?k=1
2.My Post in FB
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4403979323038327&id=100002789076780
3.One Center…
https://www.facebook.com/501579160197071/posts/1664271907261118/
No comments:
Post a Comment