Sunday, 4 October 2020

Zamri Buat Bodoh Semula.

 Zamri Buat Bodoh Semula.


Zamri cuba mengandaikan dan membuat kesimpulan sendiri bahawa kitab-kitab Hindu membenarkan pemakanan bukan vegetarian dengan merujuk kitab Manusmriti.

Untuk pengetahuan Zamri, Manusmriti ialah kitab untuk Zaman Satya, BUKAN untuk Zaman Kali. Menurut kalendar Hindu, Zaman Kali bermula sejak 3102 SM. Maka kitab ini tidak dipakai sekarang. Namun, saya jelaskan sedikit mengenai kitab ini supaya kebodohan Zamri dapat dikurangkan. Seperti masa lalu, Zamri kembali dengan kedunguannya.


<script async src="https://pagead2.
googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.

js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.

adsbygoogle || []).push({
 google_ad_client: "ca-pub-

2960278825814307",
 enable_page_level_ads: true});


Sebenarnya Kitab-Kitab Hindu menyuruh/menyarankan penganut Hindu mengamalkan pemakanan Vegetarian tetapi membenarkan pemakanan bukan vegetarian (haiwan) kalau terpaksa. Seseorang  dibolehkan memakan (kalau nafsu makan tidak dapat dikawal) setelah disembahyangkan, dikorbankan  kepada Deva-Deva atau kerana sakit/nyawanya dalam bahaya. Perlu diingatkan disini, Deva atau Devata ini bukan  Parabrahman (Tuhan Mahaesa), tiada haiwan dikorbankan untuk Parabrahman atau Trimurthi (Shiva,Vishnu atau Brahma). Pengorbanan (Sacrifice) ini juga terdiri daripada Satvic (herba/yagna) atau Tamasic (haiwan/animal sacrifice).



Artikel terbaharunya telah meletakkan beberapa andaian sendiri Zamri berdasarkan pemahaman ceteknya terhadap agama Hindu.

1. Kitab-kitab Hindu membenarkan menikmati makanan bukan Vegetarian?

Daripada petikan Zamri.

[ Sebenarnya kitab-kitab Hindu membenarkan seseorang untuk menikmati makanan bukan vegetarian.”

Ia disebut dalam Manusmriti, Kitab Undang-Undang Hindu, dalam bab 5 ayat 30


"Pemakan yang makan daging makhluk yang untuk dimakan tidaklah melakukan sesuatu perkara yang buruk, walaupun ia melakukannya hari demi hari, kerana Tuhan sendiri menciptakan sesetengahnya untuk dimakan dan sesetengah lagi sebagai pemakan."]



Zamri Salah Konteks.

Ayat 5.30 perlu dibaca bersama ayat 5.28 dan 5.29 bukan sekadar ambil satu ayat dengan konteks yang salah, membuat andaian sendiri dan membuat kesimpulan sendiri ialah kerja orang dungu atau boleh diklasifikasi sebagai penista agama.(blasphemy)


Ayat Sebenar daripada Manusmriti.

Ayat 5.28. 

Tuhan makhluk (Prajapati) menciptakan keseluruhan (dunia ini) mempunyai roh ; baik yang tidak bergerak dan yang bergerak, (penciptaan adalah) makanan sangat penting (tenaga).


Ayat 5.29.  Makanan sangat penting untuk  pergerakan (tenaga); (binatang) tanpa taring (adalah makanan) bagi mereka yang taring, mereka yang tanpa tangan dari mereka yang mempunyai tangan, dan yang berani.


Ayat 5.30. Pemakan yang setiap hari memakan mereka yang ditakdirkan menjadi makanannya, tidak melakukan dosa; kerana pencipta itu sendiri mencipta kedua-dua pemakan (pemangsa) dan mereka yang akan dimakan (mangsa) (untuk tujuan khas itu).


Ayat-ayat  5.28-30 merujuk kepada semua benda hidup dan khusus kepada haiwan yang perlu memakan benda hidup lain secara umum. Bukan merujuk kepada manusia secara khusus. Manusia ada peraturan tertentu, kalau tidak berdosa memakan haiwan lain.


Larangan memakan haiwan lain.

5.51. Dia (orang) yang membenarkan (penyembelihan binatang), dia yang memotongnya, dia yang membunuhnya, dia yang membeli atau menjual (daging), dia yang memasaknya, dia yang menghidangkannya, dan dia yang memakannya, (semuanya mesti dianggap sebagai) pembunuh (haiwan).


5.52. Tidak ada orang berdosa yang lebih besar daripada (manusia) yang makan haiwan, kalau tidak menyembah Dewa atau nenek moyang, berusaha menambah (sebahagian besar) dagingnya sendiri oleh daging makhluk lain.


Ayat-ayat 5.51-52 jelas menunjukkan larangan memakan haiwan lain kecuali yang dikorbankan. Dosa yang paling besar kalau makan hanya kerana hendak memenuhkan perut.


Terdapat juga larangan dalam kitab-kitab lain. Contoh larangan memakan haiwan dalam Kitab Veda, Atharvaveda 6.140.2,

‘Wahai gigi! Anda makan nasi, anda makan barli, anda makan gram dhal dan anda makan bijan. Bijirin ini khusus untuk anda. Jangan bunuh mereka yang mampu menjadi ayah dan ibu’ dan Atharvaveda 8.6.23

‘Kita harus memusnahkan mereka yang memakan daging yang dimasak serta daging yang tidak dimasak, daging yang melibatkan pemusnahan jantan dan betina, janin dan telur.’

Dalam Mahabharata, Anusashan Parva.115.47,

"Dia yang ingin menambah dagingnya sendiri dengan memakan daging makhluk lain, hidup dalam kesengsaraan dalam spesies apa pun yang dia dapat kelahirannya berikutnya." 


Hampir kesemua kitab-kitab Hindu menyarankan pemakanan SAYUR-SAYURAN (vegetarianisme) kepada semua penganut Hindu. Tetapi keperluan memakan haiwan lain hanya yang dikorbankan kerana karma haiwan itu diserap oleh Deva atau Devata itu. Sekurang-kurangnya sembahyang sebelum makan dapat mengurangkan karma buruk.


2. Zamri hilangkan separuh ayat. Taqiyah?

Daripada petikan Zamri.

[Ayat seterusnya Manusmriti, iaitu, bab 5 ayat 31 berkata


"Memakan daging adalah patut untuk pengorbanan, ini adalah tradisi yang dikenali di dalam peraturan tuhan-tuhan"]


Ayat Sebenar.

5.31. 'Pengambilan daging (sesuai) daripada/untuk pengorbanan,' yang dinyatakan sebagai peraturan yang dibuat oleh para dewa; tetapi bertahan/ jangan (dalam menggunakannya) pada (kesempatan) yang lain dikatakan sebagai proses yang pantas untuk menjatuhkan diri ke dalam golongan Rakshasas.


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa pemakanan daging hanya dibolehkan sekiranya dikorbankan kepada Deva bukan untuk makan sesuka hati kerana nafsu makan. Sekiranya makan untuk mengemukkan badan, nescaya nerakalah tempatnya sehingga tamat tempoh hukuman.


3. Amalan Vegetarian kerana Pengaruh agama lain?

Daripada petikan Zamri.

[Walaupun kitab-kitab Hindu membenarkan umatnya untuk makan makanan bukan vegetarian, ramai penganut Hindu mengamalkan pemakanan vegetarian kerana mereka dipengaruhi oleh agama-agama lain seperti Jainisme dan lain-lain.]


Agama Hindu sebagai agama tertua, Kitab-kitab Hindu amat jelas dalam hal pemakanan. Amalan memakan vegetarian paling disarankan dan pemakanan bukan vegetarian hanya diamalkan kalau dalam keadaan tertentu sahaja. Agama lain yang kemudian cuba memilih apa yang terbaik kepada mereka berdasarkan saranan Guru mereka, contohnya Jainism dan Buddhism. Jadi, anda jangan memandai hendak membuat kesimpulan sendiri.


4.Tumbuhan Juga Makhluk Hidup, Juga Merasa Sakit?

Daripada petikan Zamri.

[ Jika seseorang boleh hidup tanpa membunuh sebarang makhluk hidup, saya akan menjadi orang yang pertama untuk menerima pakai cara hidup begini. Pada masa dahulu ramai berfikir yang tumbuh-tumbuhan tidak hidup. Hari ini ia adalah satu fakta sejagat bahawa hatta tumbuhan juga makhluk yang hidup. Oleh itu logik yang mereka guna untuk tidak membunuh makhluk hidup tidak tercapai walaupun dengan menjadi vegetarian tulen.]


Kitab-kitab Hindu amat jelas bahawa tumbuhan juga makhluk hidup, mungkin Zamri tidak tahu sahaja kerana tidak pernah membaca kitab Hindu.

Dalam agama Hindu, hidup tanpa membunuh sebarang makhluk hidup bermaksud PUASA. Iaitu hidup tanpa memakan benda hidup. Golongan yang puasa yang sebenarnya ialah memakan buah-buahan yang bersifat tidak dibunuh, contohnya buah pisang, mangga, betik dan sebagainya, hanya sekadar memakan isinya yang bakal musnah secara semulajadi dan meminum susu (tidak membunuh induknya) dan air.  Saya cadangkan saudara Zamri mula berpuasa cara begini menjadi orang ‘pertama menerima pakai cara hidup ini’

Vegetarianisme BUKAN bermaksud tidak membunuh, tetapi hidup dengan melakukan karma yang minima melalui pemakanan. Tumbuhan yang terpotong itu boleh tumbuh balik dan pancaindera manusia tidak terikat pada persepsi kesakitan atau kesiksaan tumbuhan. Namun memang golongan pendita memahaminya.


5.Membunuh Makhluk Hidup Yang Kekurangan Deria Bukanlah Kekejaman?

Daripada petikan Zamri.

[Biasanya orang vegetarian akan berhujah dengan mengatakan bahawa tumbuh-tumbuhan hanya mempunyai dua atau tiga deria manakala haiwan mempunyai lima deria. Oleh itu membunuh tumbuhan adalah kekejaman yang lebih ringan berbanding membunuh haiwan. Katakan jika saudara anda dilahirkan pekak dan bisu, kekurangan dua deria berbanding manusia lain. ]


Minda Zamri amat lemah untuk memahami realiti kekejaman antara haiwan dengan tumbuhan, seorang kanak-kanak pun dapat memahami perbezaannya. Tumbuhan tidak akan menangis atau menjerit kesakitan atau berdarah apabila dipotong /sembelih  manakala haiwan berbuat demikian menjerit,menangis, berdarah dsbnya. Adakah Zamri faham maksud kekejaman?

Kebodohan apakah ini sehingga tidak tahu perbezaan antara tumbuhan dengan manusia? Golongan OKU dikira sebagai orang kurang deria? ( dua atau tiga deria?). Ini merupakan penghinaan terhadap golongan OKU. OKU bermaksud orang kurang upaya, bukan orang kurang deria.


6. Memakan daging lembu?

Daripada petikan Zamri.

[ ‘Tidak hairanlah Dia (Tuhan)  telah membenarkan kita menikmati daging lembu’ ]


Agama Hindu melarang pemakanan lembu. Dosa besar menanti sesiapa yang memakan atau membunuh lembu. Sekiranya agama baharu anda membenarkannya, itu hak anda tetapi jangan cuba menjustifikasikan amalan anda dengan agama Hindu.

Saya tidak kisah jika ada orang yang ingin menjadi pemakan lembu. Hanya kerana memakan daging lembu, mereka tidak seharusnya menyibuk dalam hal  vegetarian orang  Hindu  dengan menjustifikasi amalannya sebagai betul untuk semua.

Menurut Atharvaveda 10.1.29, ‘Sudah tentu merupakan dosa besar untuk membunuh yang tidak bersalah. Jangan bunuh lembu, kuda dan manusia.’ Pembunuhan lembu merupakan dosa besar kerana hasil lembu iaitu Pancagavya (5 bahan asas daripada lembu ) digunakan untuk membuat Yagna (pengorbanan) untuk Deva atau Brahman). 



Bolehkah saya buat kesimpulan seperti Zamri?


Saya tidak akan buat kerja bodoh seperti Zamri untuk menyibuk dan membuat andaian sendiri terhadap kitab dan agama orang.

Perbandingan boleh dilakukan dalam ayat Quran yang melarang pemakanan daging babi tetapi membenarkan pemakanan babi sekiranya keadaan memaksa.

Kitab al Quran, Surah al Maidah ayat 5.3,

“Prohibited to you are dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah, and [those animals] killed by strangling or by a violent blow or by a head-long fall or by the goring of horns, and those from which a wild animal has eaten, except what you [are able to] slaughter [before its death], and those which are sacrificed on stone altars, and [prohibited is] that you seek decision through divining arrows. That is grave disobedience. This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion. But whoever is forced by severe hunger with no inclination to sin - then indeed, Allah is Forgiving and Merciful.”


Jadi, kalau saya buat andaian/kesimpulan seperti Zamri, Adakah saya perlu membuat kesimpulan bahawa Kitab Islam membenarkan pemakanan daging babi? Tentunya tidak. Kitab Islam mengharamkan pemakanan daging babi. Ayat itu jelas melarang pemakanan daging babi, dan TIDAK membenarkan pemakanan babi kecuali keadaan terdesak. Inilah kebodohan Zamri yang ditunjuk olehnya.


Begitulah juga kitab-kitab Hindu melarang pemakanan bukan vegetarian tetapi memberi kebenaran bersyarat. Jadi, Zamri jangan hendak memandai untuk cuba menjustifikasi sifat pemakanannya yang sudah terkeluar daripada amalan Hindu. ZamrI TIADA HAK untuk membuat kesimpulan bahawa ‘kitab-kitab Hindu membenarkan seseorang untuk menikmati makanan bukan vegetarian’. Simpanlah kebodohan anda pada diri anda sendiri.

Namun agama Hindu tidak melarang pendapat yang berbeza kerana segala keputusan membawa kepada karma sendiri dan tiada agenda dalam agama Hindu untuk menghindukan sesiapapun.


Om Namasivaya.


Sivasiddhi.

Sivasiddhi Spiritual Foundation.

4 Oktober 2020.


PS. Adakah golongan mukmin dan mukminah sedar apa yang sedang dilakukan oleh Zamri atas nama pendakwahan agama? 



1.Mengenai amalan memakan Vegetarianisme https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2014/06/vegetarianism-in-hinduism.html


2.Law of Manu

https://www.sacred-texts.com/hin/manu/manu05.htm


3.Petikan Zamri pada 3/10/2020 dalam Fb.

https://docs.google.com/document/d/1KweufpgE_lp2ZH2uQxz68U2Gsuo9kKWvFJ2ZfGqRhgU/edit




1 comment:

  1. In Hindu thought there are no commandments. Humans used to eat a variety of food including meat and other foods. However as we evolve we have abhorred eating meat because our consciousness has evolved too. Today animals are farmed and fed with poisonous chemicals and we know eating these animals is slow suicide. Look at those eating Beef, many look like buffalos. We are not static brained and need to evolve with the times. Commandments are meant for people who are of animal nature, where we put a mental fence, thou shall not KILL, Thou shall not commit adultery, thou shall not have more than 4 wives, thou shall not have idols before me, I am the final messenger and so on. These are meant for the Jahils who lived in the past 1500 years ago in many parts of the world. Most Hindus are beyond these small minded and perverted ideas. Most of us did not have Harems or sex slaves, we did not rob caravans or kill people and make slaves of their women and children. Hindus are far more realized and have been given independent mind to make up their judgement. Nobody needs to be told when to have sex, what to eat, how many wives and the other crap. The most fundamental matter is to understand WHO AM I? Once we realise this then all else is in place and we can make the appropriate judgement and decisions in our life. Our Gurus teach us to realise WHO WE ARE. Not when to do this and that. The Hindu calendar has some guidelines and we follow where and when possible. Fasting is encouraged to be regularly performed. Please use your brains, God is not some idiot who demands this and that. Nobody even knows whether he exists, this is just belief and if You had a torchlight just 1000 years ago You would have been THE GOD.

    ReplyDelete