Thursday, 26 December 2019

Awong dan Zamri Menghasut Lagi?

Awong  dan Zamri Menghasut Lagi? 

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.

com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
 google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
 enable_page_level_ads: true});

Racun Anak Murid Zakir? 
Firdaus dan Zamri sering menghambur racun hasutan dan  melakukan perbuatan memecahkan perpaduan melalui media. Apakah niat tersembunyi mereka sebagai anak murid Zakir? Mengapa masyarakat Hindu keturunan India sering diserang oleh Firdaus dan konconya Zamri Vinoth melalui media?

Mengkritik Pemimpin Satu Kesalahan? 
Apabila ada rakyat yang kritik PM Malaysia, mereka dituduh sebagai anti negara. Adakah seseorang boleh dituduh sebagai tidak setia kepada negara jikalau mengkritik PM yang salah fakta? (Tun sendiri pernah kritik DS Najib semasa menjadi PM ke 6). Apakah suara rakyat demokrasi telah hilang?

Pemimpin Jangan Leka Komen 
Tun sebagai pemimpin mengapa tidak bersuara hal masalah Uighur di China sebalik komen dengan fakta salah. 
Kesilapan Tun dalam hal ini,
Semasa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 mengkritik penggubalan undang-undang baharu CAA oleh kerajaan India.

1."Saya kesal melihat India, yang mendakwa merupakan sebuah negara sekular, kini mengambil tindakan untuk menafikan hak kewarganegaraan sebilangan rakyatnya beragama Islam...ramai yang menderita disebabkan undang-undang ini," dakwanya.

2.“We had accepted the chinese and Indian who came to this country, we give them citizenship even when they don’t qualify….to deprive of some muslim’s of their citizenship, of course if we do that here, what will happen, there chaos…” 

Perkara yang berlaku di India mengenai isu dalaman, tetapi Tun pula menyentuh hak kewarnegaraan rakyat Malaysia. Perkara seorang pemimpin bertutur tanpa berfikir dahulu sebelum bercakap. Nak tanya Tun, adakah datuk / ayah Tun  tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi rakyat negara ini? Mengapakah Tun lebih berminat menyuarakan sekularime di India, tetapi tidak suarakan sekularisme di Pakistan? Mengapakah tidak menyuarakan nasib Uighur ? Sebarang komen yang tidak waras daripada pemimpin negara boleh menyebabkan ada kucing mula bertanduk dan mula tunjuk sikap bodoh mereka. Contoh yang jelas ialah Firdaus dan Zamri. 
Ekoran komen Tun, Kedua-dua mereka  mempersoal kesetiaan rakyat terhadap negara dan cuba memberi idea penindasan terhadap masyarakat India di Malaysia dalam bentuk persoalan. Banyak pengikut taksub mereka pula membuat pelbagai komen yang tidak senonoh.


Fahami CAA dan NRC.

1.CAA ialah Undang-undang PATI. 

CAA itu pasal bukan warganegara (pati), bukan mengenai warganegara India  terutamanya Muslim. CAA ialah undang-undang pemutihan Pati seperti pernah Malaysia laksanakan. CAA bertujuan / mengenai memberi peluang kepada orang bukan Islam dari Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan yang dianggap ditindas lalu lari ke India, yang telah bermaustatin di India sejak sebelum 2014 untuk menjadi warganegara India.  Orang Islam tidak dimasukkan kerana tak akan orang Islam ditindas di negara Islam Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan sehingga terpaksa lari ke negara Kafir? Undang-undang ini bukan baharu. Pada 2003, Parti Kongres, PM Manmohan Singh pernah bentang undang-undang ini tetapi gagal. Modi bentang CAA lalu berjaya laksanakannya. (Info tambahan dalam rujukan 12)

2.NRC ialah undang-undang menyemak Kad Pendaftaran Penduduk (NRIC) 
Kerajaan India hendak menyemak Kad Adhar (IC) penduduknya untuk mengesan pendatang haram (pati).  Kalau sesebuah negara hendak menyemak IC penduduknya, apa salahnya? Malaysia pun pernah menyemak IC. 


Adakah Muslim ditindas di negara Islam? 
Ada logikkah dikatakan rakyat Muslim di Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh tertindas di negara Islam sendiri. Lagipun, kalau negara India tindas Islam,  mengapa hendak meminta orang Muslim masuk ke India, kan baik mereka tinggal di Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan?

Jangan Buat Andaian.
Suara sumbang daripada mereka mempersoalkan, kalau undang-undang seperti dikenakan di  Malaysia? Undang-undang seperti itu memang dah ada mengenai pati. Adakah Pati di Malaysia semua diterima jadi warganegara?  Apakah bentuk undang undang yang sedang difikirkan oleh Firdaus? 

Otak burung Firdaus berkata, “Di negara umat Islam menjadi majoriti, jarang
sekali minoriti bukan Muslim dizalimi. Di negara bukan Muslim menjadi majoriti
dan Muslim menjadi minoriti, seringkali Muslim menjadi mangsa kezaliman polisi.”


Keadaan Minoriti di Pakistan.
!947 (14.20%)- Jumlah penduduk Hindu Pakistan 1901 (40%),1951 (3.85%)
sekarang (2018) 1.8%. Sebab populasi kurang kerana pindah ke India, ditukar
agama ( diculik dan dikahwinkan kepada lelaki Islam)  dll.
Kuil- Menurut kaji selidik PHC, terdapat 428 kuil Hindu di Pakistan pada masa
Pemisahan 1947 dan 408 daripada ia kini menjadi kedai mainan, restoran,
pejabat kerajaan dan sekolah. 
Contonya, Kuil Pamwal Das Shiv Mandir, kuil bersejarah berabad-abad lamanya
di Baghdadi kawasan Bandar Lyari  telah secara haram diubah menjadi
Madrasah Muslimin dan rumah sembelih untuk lembu oleh ulama Muslim.
Kuil dijadikan tandas awam.

Rang undang-undang untuk menghalang penukaran agama secara paksa telah
dicadangkan oleh ahli-ahli politik Hindu tetapi ditolak oleh ahli parlimen Parti
Rakyat Pakistan, Gabenor dsb. Orang Hindu tiada sebarang hak istimewa seperti
Muslim di India. Siapakah yang ditindas sebenarnya?

Orang Islam di India ditindas?
Adakah Orang Islam kat India ditindas (mangsa kezaliman polisi)?
Kita sering dengar omong kosong / fitnah yang mengatakan orang minoriti Islam di India ditindas. Sekadar untuk pemahaman masyarakat majoriti Malaysia yang dihormati. (Sila lihat bagaimana Muslim 'ditindas' di India). Cuma peringatan, penduduk majoriti Hindu di India tiada hak istimewa.

Di India golongan minoriti Islam sejak zaman berzaman mempunyai hak istimewa.
i. Orang Islam diberi bantuan kewangan untuk mengerjakan Haji. 
ii. Orang Islam dibiayai belanja masjid dan gaji kakitangannya. 
iii. Orang Islam dibenarkan mengamalkan undang-undang Syariah dalam hal mereka. 
iv. Orang Islam mendapat hak dalam pendidikan, jawatan kerajaan sama seperti semua warganegara. 
v. Orang Islam pernah diangkat menjadi Presiden India (taraf Agong) .
vi. Ada banyak kolej dan university Islam beroperasi atas bantuan kerajaan. 

Tuan puan Muslim, nilaikan sendiri bagaimana golongan Minoriti  Muslim ‘ditindas’ di India. Lagipun populasi Muslim bertambah dan ramai pati Muslim hendak menjadi warganegara India walaupun ‘ditindas’.

Di Malaysia, golongan minoriti ada tak seperti ‘tindasan’di atas itu? 

Saya keliru juga,   nak tanya sikit kepada Firdaus, Zamri dan Muslim khususnya. Kalau FITNAH pasal orang kafir akan dapat pahalakah?


Om Namasivaya 

Sivasiddhi Spiritual Foundation 
26 Disember 2019

---------
1.Post Fb Awong 
Apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengkritik undang-undang India yang mendiskriminasi masyarakat beragama Islam di India, ada individu dan kumpulan di Malaysia yang mengkritik Perdana Menteri Malaysia.

Mereka itu seolah-olah masih atau lebih setia dengan negara India berbanding dengan Malaysia. Kiblat mereka masih di negara India! Belum tentu kehidupan mereka lebih baik jikalau mereka menetap di India berbanding dengan kehidupan mereka di Malaysia!

Apakah golongan yang lebih setia pada negara India setuju andai Malaysia pula meluluskan undang-undang yang sama terhadap mereka sebagaimana negara India menzalimi masyarakat Islam di India?

Di negara umat Islam menjadi majoriti, jarang sekali minoriti bukan Muslim dizalimi. Di negara bukan Muslim menjadi majoriti dan Muslim menjadi minoriti, seringkali Muslim menjadi mangsa kezaliman polisi.

2. Post Zamri 
---------
Rujukan 
  1. Manmohan bentang 

  1. Gov of India on Haj Subsidy (2018/22 - Muslim demand for end subsidy because against Syaria)

  1. CAA


  1. Court directive to pay Imams in India.
article titled “Nationalization of Hindu Temples” Sandhya Jain wrote. “ In 2002, Karnataka received Rs. 72 crores as revenue, returned Rs. 10 crores for temple maintenance, and granted Rs. 50 crores for madrasas and Rs. 10 crores for churches’. (Daily Pioneer, October 7,2003.)

  1. Artikel Penuh :  komen Tun
  1. Tun on Indian and Chinese not qualified for citizenship
  1. Info Tambahan 
  2. Documented, verifiable facts:

    #7July1947: Gandhiji calls for all Hindus and Sikhs in Pakistan to be allowed to come to India whenever they wish, if they feel persecuted in Pakistan

    #9Nov1947: Congress Working Committee adopts a resolution for the same, stating specifically that India will accept "all non-Muslims" from Pakistan at any time. 

    Nehruji and Rajendra Prasad Prasad make speeches about this multiple times.

    #2April1950: Nehru signs an agreement with Pakistan's Liaquat Ali Khan: Refugees allowed to return to sell their property, abducted women and looted property to be returned, forced conversions to be reversed, minorities granted state protection.

    #15Aug1985: NRC proposed by Rajiv Gandhi for Assam first, as a model.

    #18Dec2003: Manmohan Singh pleads in Parliament to grant citizenship to persecuted minorities from Pakistan, Bangladesh and Afghanistan.

    #2003: Clause 14A added to Citizenship Act

    #2009: Ashok Gehlot writes to P Chidambaram to grant citizenship to persecuted minorities from these countries.

    #9Nov2009: Congress adds rule 4 to Citizenship Act.

    13. Hindu Girls kidnapped, nikah to Muslim



No comments:

Post a Comment